Tahniah diucapkan kepada pelakon dan ahli perniagaan, Hairi Safwan yang menyambut kelahiran puteri sulung, pada jam 2.52 13 Ogos yang lalu.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
menurut laporan Berita Harian, Hairi bersyukur bayi yang dinantikan seisi keluarga, selamat dilahirkan isteri, Fara Afiza Azman.
“Alhamdulillah, anak perempuan ini dinantikan keluarga saya sejak sekian lama. Ini kerana dalam keluarga saya, lebih ramai lelaki berbanding wanita.
“Jadi kehadiran bayi ini cukup dinantikan. Alhamdulillah, anak ketiga saya cukup sifat dan sihat. Ibunya stabil dan menjalani proses berpantang…. Semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Sebelum ini, Hairi mempunyai dua anak lelaki iaitu Arif Haikal dan Azad Hakim.
“Jadi, lengkaplah keluarga kami. Namun, jika ada rezeki pada masa depan, saya tidak menolak. Apa-apapun tanya isteri saya dahulu. Kalau dia okay, saya lagilah okay,” katanya.
Hairi dilihat turut memuat naik posting di Instagram miliknya dengan kapsyen yang pendek tetapi amat bermakna.
“Alhamdulillah my baby girl,” tulisnya
Juara program realiti Anak Wayang 2009 ini bernikah dengan Fara yang juga guru sekolah, pada 22 Mac 2014 di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Sumber: BHarian Online
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.