Salam Shah Alam Specialist Hospital (SSASH) telah menganjurkan kelas antenatal pertama sejak kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Kelas antenatal SSASH selepas PKP diadakan pada hari Sabtu bersamaan 12 September 2020 bertempat di Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre (SACC). Bagaimanapun oleh kerana kita masih berada dalam tempoh PKPP dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, maka kelas antenatal yang dianjurkan juga tidak terlepas daripada mematuhi SOP dengan pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer dan pengambilan suhu badan setiap peserta yang hadir.

Mungkin disebabkan banyak hospital telah menangguhkan kelas antenatal anjuran mereka maka kelas antenatal SSASH ini telah mendapat sambutan dan dihadiri oleh 30 pasangan bakal ibu bapa di sekitar Shah Alam, Puchong, Klang, Putrajaya bahkan ada yang datang dari luar daerah termasuk Melaka dan Seremban.

Kelas Antenatal Salam Shah Alam Specialist Hospital Dapat Sambutan 30 Bakal Ibu Bapa

Ads

Pasangan bakal ibu bapa yang hadir ke kelas antenatal ini kelihatan teruja untuk menimba ilmu memandangkan majoriti mereka sedang menanti kelahiran anak pertama. Jadi sudah tentu peluang menghadiri kelas antenatal yang menyediakan pelbagai ilmu dan persediaan sebelum kelahiran bayi diharap dapat membantu mereka menguruskan bayi kelak.

Program kelas antenatal yang bermula seawal pukul 9 pagi dimulakan dengan slot oleh Pegawai Dietetik SSASH  yang berkongsi tajuk Pemakanan Optimum Semasa Hamil & Menyusu.

Kelas Antenatal Salam Shah Alam Specialist Hospital Dapat Sambutan 30 Bakal Ibu Bapa

Ads

Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, ia disambung pula oleh Jururawat Kebidanan yang menunjukkan Teknik Penyusuan Badan & Penjagaan Bayi. Ia sememangnya slot paling dinantikan oleh para bakal ibu yang berharap ia dapat jadi bekalan untuk mereka menyusu dan menguruskan bayi selepas dilahirkan nanti. Sesi seterusnya pula dikelolakan oleh Doktor Pakar Kanak-Kanak yang mengupas tajuk penting bayi baharu lahir iaitu masalah Jaundis dan Imunisasi.

Selepas berhenti makan tengah hari, tajuk yang paling penting bagi setiap ibu hamil adalah Kehamilan dan Kelahiran yang dikongsikan oleh Doktor Pakar Sakit Puan & Perbidanan. Pelbagai kupasan tentang persediaan untuk melahirkan bayi disampaikan oleh doktor. Ia sedikit sebanyak memberikan info kepada bakal ibu yang kebanyakannya sudah memasuki trimester ke-3 kehamilan dan tidak berapa lama sahaja lagi akan melalui proses melahirkan anak.

Ads

Pa&Ma turut hadir membuka kaunter pendaftaran ahli Pa&Ma Moms To Be 2.0. Dengan menyertai komuniti ini, para bakal ibu akan dimasukkan di dalam grup telegram Pa&Ma Moms To Be yang akan berkongsi pelbagai info, artikel, peraduan dan berpeluang menang hadiah cabutan bertuah. Sebagai penghargaan kepada bakal ibu yang mendaftar pada hari tersebut, Pa&Ma menghadiahkan mereka sehelai bedung bayi setiap seorang sebagai kegunaan anak yang akan dilahirkan kelak.

 

Kelas Antenatal Salam Shah Alam Specialist Hospital Dapat Sambutan 30 Bakal Ibu Bapa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI