Anak-anak kita semua ada kelebihan. Sama ada ibu bapa perasan atau tak je. Bagi ibu bapa yang rajin layan anak-anak, mereka biasanya mudah nampak bakat anak-anak dari awal. Malah perkembangan yang lain-lain juga cepat.
Sama seperti kisah ibu ini, Angahfarah Idrus yang berkongsi bakat anak ketiganya berusia 3 tahun 7 bulan, Adam Kamil. Istimewanya Adam Kamil, dia terlalu suka dengan aktiviti melibatkan seni seperti mewarna.
“Hari-hari nak buat aktiviti. Paling wajib yang dia nak buat adalah mewarna. Orang kata anak tangan kidal ni berseni. Tak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi jika saya perhatikan itu kelebihan yang ada pada Adam Kamil.
“Saya pun tak sangka juga dengan bakat Adam Kamil. Mungkin bagi kanak-kanak yang sebaya dengannya mereka lebih suka aktiviti fizikal dan bermain. Dia pun ada masanya bermain juga tetapi kalau bab seni dan mewarna ni memang betul-betul minat,” katanya.
Sebelum Adam Kamil minat dengan aktiviti mewarna, difahamkan ibunya banyak membiasakan dengan aktiviti kuatkan otot jari seperti main sepit-sepit, koyak kertas dan beberapa aktiviti lain lagi.
Tapi melalui pengalaman sebelum ini memang hari-hari anak akan dibiasakan main sepit-sepit je untuk kuatkan otot tangan bagi membiasakan mereka untuk memegang pensel.
Sewaktu awal Adam Kamil minat dengan aktiviti seni, caranya mewarna pun tetap ada keluar juga. Tapi disebabkan selalu ajarnya teknik mewarna yang cantik, alhamdulillah dia cepat faham dan belajar.
Sentiasa restock kertas lukisan dan set warna
Oleh kerana minat yang mendalam untuk aktiviti seni, stok kertas lukisan, set warna (pensel, krayon, watercolor) memang sentiasa restock. Tapi nasib baik juga ada kedai ECO kerana kualiti set warna dan kertas lukisan pun ok.
Bukan itu saja, kadang ibu pun dah buntu nak sediakan bahan aktiviti dia kerana setiap hari minta. Ada yang saya lukis sendiri, ada juga yang print dan beli buku gambar lukisan.
Hasil yang sangat kemas
Hasil kerja Adam Kamil itu telah mendapat pujian kerana diusianya 3 tahun dah boleh mewarna dengan kemas dan cantik. Ini kerana anak-anak yang lebih berusia darinya pun belum tentu dapat hasilkan warna yang cantik.
Malah cara dia memegang pensel warna dan kedudukannya juga tak kekok. Ini kerana bagi anak kecil yang jarang-jarang memegang pensel, mereka akan buat ikut keselesaan. Jika tengok pada bakatnya, berpotensi untuk pergi jauh jika digilap dengan betul.
Kredit: Angahfarah Idrus
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI