Jika biasanya mama selalu hidangkan kentang goreng apa kata ubah kebiasaan ini dengan keledek goreng. Banyak khasiat yang terkandung dalam ubi keledek. Lagi bagus kalau mama papa boleh masak menggunakan airfryer kerana lebih sihat tanpa minyak.
Menurut perkongsian DrRizal Abu Bakar, sarapan untuk anak penting sebelum ke sekolah. Ibarat kereta yang diisi petrol. Kalau petrol penuh bergerak dari KL ke Ipoh dengan senang hati. Perjalanan panjang, petrol penuh.
Kalau petrol tinggal suku sahaja tiba-tiba kena ke Ipoh tanpa perlu penuhkan petrol. Agak-agak sampai atau tidak? Sama macam baharu bangun tidur tidak makan apa-apa, perut kosong, nutrisi dalam tubuh mungkin tinggal suku. Disuruh belajar sampai ke petang. Dapatkah belajar dalam keadaan begini?
Kebaikan Keledek
*Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus.
*Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa?
Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini.
*Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU membantu menurunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Ads
Antara kelebihan lain:
1. Vitamin B6
Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.
2. Vitamin C
Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.
3. Anti-oksidan
Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.
Ads
4. Zat Besi
Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protin.
5. Magnesium
Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.
6. Pottasium
Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.
Ads
7. Gula
Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.
8. Karotenoid
Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan ada 32% pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memasukkan karotenoid dalam diet mereka. Karotenoid juga membantu mengurangkan kemungkinan serangan semula kanser pada tubuh.
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke empat.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
“Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau berikanlah kesembuhan dan kesihatan yang baik buat anak kecil ini agar kedua ibu bapanya dapat terus melihat senyumannya. Moga ada keajaiban untuk si comel ini terus membesar dengan sihat dan sempurna”.
Siapa pun yang menatap wajah si kecil ini, pasti akan sebak membayangkan anak-anak sendiri. Apatah lagi dalam usia ini adalah fasa anak-anak meneroka dan belajar sesuatu yang baru.
Namun takdir Allah, tiada siapa yang mampu menolaknya. Kemalangan yang berlaku melibatkan kedua ibu bapa termasuk anak comel ini tidak disangka sama sekali namun untuk beri kekuatan hanya doa dipohon dari semua orang.
Mohon doakan kesembuhan Riefky
Kami dengan rendah diri memohon dari semua agar doakan kesembuhan adik Muhd Adam Riefky bin Muhd Zahir agar sembuh seperti selalu.
Kemalangan semasa menaiki motosikal bersama ibu bapanya di depan Taman Seri Akasia, Mengkuang Bukit Mertajam.
Tiada daya dan upaya kami selain doa dari semua. Baby Iqy baru berusia 6 bulan masih kritikal dan kini berada di Hospital Pulau Pinang selepas terlibat dalam kemalangan dengan ibu bapa dia semasa menaiki motosikal.
Buat pembedahan buang sedikit tempurung kepala
Sudah dilakukan pembedahan dan doktor membuang sedikit tempurung kepala sementara sahaja disebabkan ada sedikit bengkak pada bahagian otak.
4 kali degupan jantung berhenti
Tak minta banyak cuma minta doakan anak sekecil ini dan ibu bapanya kuat untuk hadapi dugaan Allah ini. Bayangkan 4 kali degup jantung baby Iqy berhenti dan sekarang masih belum stabil.
Mintak secebis doa dari kalian semoga Allah makbulkan setiap doa kita semua. Amin, terima kasih rakyat Malaysia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ruam lampin merupakan masalah biasa yang sering dialami oleh bayi. Perkara ini sering dan normal terjadi bagi bayi yang berumur 12 bulan ke bawah. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi radang dan kemerahan di kawasan lampin, termasuklah paha, punggung dan bahagian kemaluan.
Ruam lampin boleh dirawat di rumah sahaja, dan boleh sembuh dengan cepat jika dirawat dengan betul dan baik.
Ruam lampin sering terjadi kerana kerengsaan. Pendedahan terhadap air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi terutamanya jika bayi menggunakan lampin yang kurang penyerapan.
Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa akibat bergeser dengan kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan menyebabkan ruam.
Menurut Dr Samhan, 1/3 bayi akan mengalami ruam lampin. Ibu bapa pasti akan berasa sayu dengan apa yang dihadapi bayi mereka. Terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan untuk elakkan bayi daripada terkena ruam lampin. Mari lihat video perkongsian mengenai tip elakkan ruam lampin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sebalik kegembiraan menimang cahaya mata Khamis lepas, rupanya pelakon jelita Sari Yanti pernah hamil luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan membuang satu tiub fallopiannya.
Menurut Sari, lepas sebulan berkahwin dengan pelawak terkenal Jep Sepahtu, dia disahkan hamil tetapi kerap mengalami turun darah dan dimasukkan ke hospital. Rupanya dia mengandung luar rahim atau kehamilan ektopik.
Walaupun usia kandungan masih kecil tetapi disebabkan ia membesar dalam tiub fallopian sehingga menyebabkan tiub tersebut pecah maka Sari terpaksa menjalani pembedahan membuang sebelah tiub fallopiannya.
Mulanya dia yang sebelum ini sudah mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan pertama beranggapan susah untuk hamil lagi kerana tiub fallopian sudah tinggal satu sahaja.
Tetapi rezeki Allah siapa yang boleh menduga. Tak lama lepas menjalani pembedahan dia hamil sekali lagi. Sari sangat bersyukur dan gembira dengan kurniaan tersebut.
Tak hairanlah Sari agak low profile sepanjang kehamilannya. Rupanya dia nak jaga betul-betul kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan.
Rezeki Dikurnia Bayi Perempuan
Alhamdulillah Sari akhirnya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada hari Khamis lepas.
Jep telah berkongsi sekeping gambar bersama isterinya Sari yang memangku bayi mereka di dalam instagramnya.
Allahuakhbar. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas ucapan serta doa yang tak henti-henti buat kami. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tq Sayang Sariyanti
Jep dan Sari mendirikan rumah tangga pada 25 Februari tahun lalu.
Tahniah diucapkan kepada Sari dan Jep di atas kelahiran cahaya mata sulung. Selamat menjalani tempoh berpantang Sari Yanti.
Bantuan Awal Persekolahan, agihan bermula 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.