Masalah kelemumur berkuping sering kali terjadi. Bagi menyelesaikan masalah kelemumur selalunya ramai yang menggunakan syampu anti kelemumur. Namun masalah kelemumur masih juga belum reda. Ingat ya, jangan menggaru kulit kepala secara agresif kerana tindakan terbabit akan mengakibatkan masalah kelumumur menjadi semakin teruk.
Kelemumur, Rawat Dengan Daun Limau Purut Yang Dikisar
Walaupun masalah kelemumur tidak boleh berjangkit dan tidak merbahaya, tetapi jika dibiarkan tanpa dirawat dan dipantau dengan betul ia boleh mengganggu penampilan seseorang individu dan boleh menyebabkan rasa rendah diri.
PETUA HILANGKAN KELEMUMUR GUNA DAUN LIMAU PURUT
Tak Perlu Risau Kesan Sampingan
Bagi anda yang mengalami masalah kelemumur dan sudah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata anda cuba daun limau purut pula. Caranya mudah sahaja;
Ambil 10 helai daun limau purut.
2. Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
3. Kalau rajin, boleh sahaja tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
Ads
4. Anda boleh mesin juga ye menggunakan mesin pengisar tapi agak-agak airnya, jangan terlalu cair.
5. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan sapukan di kepala. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
Ads
6. Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye. Bilas sehingga bersih.
NOTA: Amalkan selalu nescaya anda akan dapat lihat hasilnya. Selamat mencuba!
Dalam rumah tangga, komunikasi antara pasangan sangat penting. Dari situlah apa saja perbincangan boleh mendapat kata sepakat. Suami boleh tahu masalah isteri, isteri pun boleh faham keadaan isteri.
Ini kerana setiap masalah yang hadir dalam rumah tangga boleh diselesaikan dengan baik dan menjadikan pasangan lebih ikhlas mencintai antara satu sama lain.
Seperti perkongsian Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, tanpa komunikasi, sifat hormat dan kepercayaan boleh menyebabkan rumah tangga dalam bahaya.
Inilah hal yang bahaya dalam rumahtangga:
1. Tanpa berkomunikasi, tiadalah perhubungan.
2. Tanpa sifat hormat, tiadalah percintaan.
3. Tanpa kepercayaan, tiada lagi sebab untuk diteruskan.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah, kita kena selalu semak, hari ini kita dah bercakap tak dengan pasangan. Dah tegur, berborak dan berbincang tak untuk apa sahaja perkara.
Kalau tak, letaklah handphone ke tepi sekarang dan fokus mengadap pasangan. Mungkin ada perbuatan seharian kita yang dah kecilkan hatinya. Kena selalu semak ye.
Kemudian lihat pula nada kita bercakap, adakah bercakap dengan nada yang penuh penghormatan dan penghargaan.
Kadang mereka ini inginkan kita beri perhatian dan tunjukkan rasa penghargaan dengan membantu, membelai dan menyantuni mereka sesungguhnya. Itupun sudah cukup melegakan mereka.
Kita ini hidup bukan sehari dua tetapi sampai hujung nyawa. Bahagia kita bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi ia untuk dikongsi.
Moga rumahtangga kalian sentiasa harmoni sampai syurga nanti ya. Semarakkan cinta sepanjang masa.
Siapa kata anak kita tak letih belajar seharian. Pagi ke sekolah dan petangnya ke kelas petang pula. Memang memenatkan. Sudahnya anak balik ke rumah dalam keadaan tak bermaya dan letih.
Sebagai ibu selain sediakan pemakanan yang sihat untuk anak, ada cara mudah yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar untuk disediakan buat anak-anak.
BAGAIMANA NAK POWER UP OTAK ANAK?
===============================
Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.
Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.
Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial?
Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka.
Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:
1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.
2. Masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.
4. Blend.
5. Campurkan dengan madu atau gula apong (di Sarawak sahaja) atau gula kabong.
Hidangkan. MUDAH dan CEPAT.
Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK.
Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.
Jom semua, bukan ibu saja sihat, anak pun sihat dengan pegaga ni. Paling penting otak anak kembali segar.
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar
.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nabi Muhammad SAW menyuruh ibu bapa ajar anak solat bila sudah berumur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umurnya 10 tahun. Tapi sebaiknya sebelum mencecah usia anak 7 tahun, kita kena dedahkan anak dengan amalan solat.
Bagaimanapun untuk membiasakan anak-anak kecil solat ada caranya. Bukan hanya sekadar suruh tetapi perlu buat sesuatu pendekatan yang boleh menarik minat anak untuk belajar solat dan seterusnya menjadikan rutin harian.
Berikut dikongsikan tip untuk ajar anak kecil bersolat. Lagi awal dibiasakan lagi mudah. Jangan risau bab kesempurnaan kerana ia boleh diperbaiki tetapi yang utama adalah DISIPLIN.
1) Biasakan solat depan anak
Bila ada anak kecil, kebanyakan kita lebih selesa untuk solat di dalam bilik. Namun dalam situasi ini, sebaiknya kita perlu biasakan anak untuk lihat ibu bapanya solat. Anak-anak kecil akan mudah belajar dan cepat meniru perbuatan kita.
Betul ada masanya anak kecil akan memanjat belakang badan, baring atas sejadah, menarik kain telekung dan sebagainya. Sebaiknya bersabar sikit kerana fasa ini akan berlalu bila anak semakin besar.
Bila setiap hari kita terangkan yang elok-elok untuk mereka, lama kelamaan anak akan faham dan tak menganggu ibu bapa lagi.
2) Ajak anak solat
Selalu ajak anak solat bersama. Contohnya “Abang, adik dah azan. Jom kita solat sama-sama nak tak?”
Ajakan ini untuk bagi anak rasa diri diperlukan untuk sama-sama solat. Dari situ, baru rasa keseronokan yang tinggi setiap kali diajak solat.
3) Ajarkan anak mengambil wuduk
Selepas ibu bpaa ambil wuduk, ajar sekali anak cara berwuduk. Bila setiap hari mereka dilatih, Insyaallah anak akan mampu buat sendiri dengan turutan yang betul.
4) Beli sejadah, telekung atau kopiah khas
Terdapat pelbagai cara untuk pastikan anak-anak bersemangat untuk solat. Kita sebagai ibu bapa perlu kreatif untuk menarik minat anak. Antaranya boleh belikan sejadah yang comel atau telekung khas.
Kini dah banyak pilihan sejadah yang cantik dan menarik untuk anak-anak. Misalnya sejadah keluaran NAWAITU yang menawarkan pelbagai koleksi untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Menariknya mengenai sejadah NAWAITU ini ia menggunakan material daripada foam serta anti slip di setiap permukaan belakang sejadah.
Material memory foam yang tebal dan lembut, mampu menahan daya tekanan dan sejadah kembali ke bentul asal untuk memberi keselesaan yang maksimum ketika beribadah, serta memberi galakan dan semangat anak-anak apabila solat. Bukan itu sahaja, khasnya sejadah NAWAITU ini juga boleh digantung selepas solat.
Menggunakan tagline NAWAITU seisi keluarga, anda boleh dapatkan produknya menerusi website: www.nawaitu.com.my; facebook: nawaitu.hq; instagram: nawaitu.hqatau hubungi 016-9441593
NAWAITU juga merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 yang menerima anugerah Sejadah Keluarga Pilihan Pa&Ma.
5) Berikan pujian
Berilah anak pujian untuk setiap usaha yang dia lakukan walau hanya solat 1 rakaat sahaja. Pujian sebenarnya memberi kesan motivasi yang sangat besar pada diri anak. Bila mereka termotivasi, dengan sendiri mereka akan solat tanpa disuruh suruh.
6) Bersabar
Nak mengajar anak cinta solat semuanya mengambil masa. Kita sebagai ibu bapa kena sabar dan istiqamah dalam mendidik anak agar cinta kepada solat.
Jadikanlah rumah kita sebagai sekolah ibadah pertama anak-anak. Sesungguhnya solat akan mencegah kita dari kemungkaran. Apa yang penting terapkan disiplin, dengan izin Allah perlahan-lahan anak akan memahaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.