Keliru Bayi Dah Kenyang Ke Belum? Periksa 3 Perkara Ini Sebelum Hentikan Penyusuan

Share

Mama kadangkala keliru adakah bayi sudah kenyang semasa menyusu. Adakah tindakannya bermain-main dengan mama tandanya dia sudah kenyang? Kenalpasti 3 tanda ini sebelum hentikan penyusuan.

Penyusuan susu ibu kepada bayi adalah hadiah yang sangat berharga dan istimewa yang anda berikan kepada bayi sebaik sahaja dilahirkan. Ia memiliki pelbagai kebaikan kepada bayi dan mama dari segi kesihatan, perkembangan, fizikal, mental, keselamatan dan lain-lain.

Mama perlu tahu memastikan melihat tanda-tanda ini supaya bayi mendapat susu yang cukup. Penyusuan mengikut kehendak bayi (breastfeed on demand/ on cue) amat disarankan untuk kepentingan kedua-dua belah pihak bayi dan ibu.

MACAM MANA SAYA NAK TAHU BAYI INGIN MENYUSU?

Bayi selalunya akan menunjukkan tanda-tanda ini apabila ingin menyusu. Mama perlu peka dan cepat bertindak!

1.Bayi menggerak-gerakkan mata.

2.Membuka mulut, menjelirkan lidah serta memusingkan kepalanya untuk mencari payudara ibu (rooting reflex).

3.Bayi mengeluarkan tangisan soft whimper sound.

4.Mula menghisap jari tangan, selimut/ kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya.

Susukan bayi segera bila bayi menunjukkan tanda-tanda ini, jangan tunggu sehingga bayi menangis kerana ia akan menyukarkan pelekapan yang baik.

TIP MENENTUKAN BAYI TELAH KENYANG MENYUSU

Bagaimana nak tahu bayi sudah cukup menyusu? Setelah menyusu dalam satu tempoh, bayi akan menunjukkan tanda-tanda ini yang menunjukkan dia sudah kenyang.

1.Pada permulaan penyusuan, biasanya bayi menegangkan badannya. Tetapi selepas mula menghisap dengan baik, tubuh bayi akan mula relaks.

2.Kebanyakan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendirinya selepas berasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap sehingga tertidur.

3.Mustahak bagi ibu membiarkan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga habis sebelum memberi payudara yang lain bagi membolehkan bayi mendapat susu akhir atau hindmilk serta meningkatkan penghasilan susu. Hindmilk juga sangat penting untuk tumbesaran si manja.

6 TANDA BAYI MENDAPAT SUSU YANG CUKUP

Mama ragu-ragu bayi adakah bayi mendapat susu cukup? Anda juga boleh melihat tanda-tanda ini. Bayi yang telah mendapat susu yang cukup menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;

1.Bayi kerap membuang air kecil. Air kencingnya berwarna kuning jernih melebihi 6 kali sehari.

2.Bayi membuang air besar tiga hingga lapan kali sehari (bagi bayi kecil). Kekerapan ini akan berkurangan apabila bayi berumur lebih daripada satu bulan).

3.Bayi kelihatan sihat dan tidur nyenyak. Apabila terjaga daripada tidur, dia kelihatan sihat dan cergas.

4.Bayi mempunyai tona otot yang baik dan kulit yang sihat.

5.Peningkatan berat bayi yang normal iaitu kira-kira 100-200g seminggu bagi sebulan pertama dan 85-104g seminggu pada bulan kedua dan seterusnya sehingga  bayi berusia 1 tahun.

6.Berat badan bayi meningkat dua kali ganda daripada berat semasa lahir semasa berusia 5 hingga 6 bulan dan meningkat tiga kali ganda daripada berat semasa lahir semasa berusia setahun.

Published by
Azma ML