Mama yang baru pertama kali melahirkan anak pasti berdebar bila mana anak sudah memasuki usia 6 bulan. Maklumlah nak mempersiapkan makanan anak pasti rasa berdebar dan adakalanya keliru.

Jangan keliru dan berdebar kerana perkongsian daripada Puan Aimi Zafira ini pasti buat anda rasa yakin dan seronok untuk berikan suapan pertama pada anak.

Jom cuba seperti yang dikongsikan oleh beliau.


Puri Lobak Merah dan Labu

Bahan-bahan:

50 g labu 
1/2 batang lobak merah ( size sederhana )

Keliru Nak Gabungkan  Sayuran Untuk Puri Anak, 6 Pilihan Ni Pasti Buat Anak Suka Dan Kenyang!

Cara memasak

1. Labu dan lobak merah dipotong dadu

IKLAN

2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut

3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut

4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati

* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan
* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Keliru Nak Gabungkan  Sayuran Untuk Puri Anak, 6 Pilihan Ni Pasti Buat Anak Suka Dan Kenyang!

Puri Keledek dan Bunga Kubis

IKLAN

Bahan-bahan

1 biji keledek ( saiz sederhana )
50 g bunga kubis

Cara memasak

1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu

2. Bersihkan bunga kubis dan potong kecil

IKLAN

2. Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut

3. Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati

* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim
* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Di bawah ada 4 lagi gabungan yang mama boleh cuba untuk anak. Resipi dan langkah buatnya boleh klik pada link.

Keliru Nak Gabungkan  Sayuran Untuk Puri Anak, 6 Pilihan Ni Pasti Buat Anak Suka Dan Kenyang! Keliru Nak Gabungkan  Sayuran Untuk Puri Anak, 6 Pilihan Ni Pasti Buat Anak Suka Dan Kenyang! Keliru Nak Gabungkan  Sayuran Untuk Puri Anak, 6 Pilihan Ni Pasti Buat Anak Suka Dan Kenyang!Keliru Nak Gabungkan  Sayuran Untuk Puri Anak, 6 Pilihan Ni Pasti Buat Anak Suka Dan Kenyang!

Nah, pasti rasa happy dan yakin bila nak sediakan buat anak nanti. Pastikan yang terbaik buat anak-anak kita. 

Selamat mencuba.

Kredit: Aimi Zafira

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI