Satu perasaan keliru dan ragu-ragu ketika memulakan makanan pejal untuk bayi. Bimbang makanan yang disediakan tidak cukup nutrisi malah salah saiz dan teksturnya hingga boleh memudaratkan bayi.

Hal-hal semacam ini jangan tersalah langkah. Saiz misalnya perlu diberikan dengan saiz kecil mengikut yang disarankan agar bayi tiada sebarang risiko tercekik, begitu juga dengan tekstur bubur dan sebagainya. Malah buah-buahan yang dipotong juga perlu diketahui agar anak-anak kita mudah untuk memegangnya kelak.

Menerusi facebooknya, Dr Redza Zainol berkongsi beberapa tip sebagai panduan untuk ibu bapa yang baru pertama kali mencuba memberikan makanan pejal untuk anak.


Minggu lepas berjumpa dengan seorang ibu. Dia tanya makanan apa yang dia patut beri pada bayinya.

✔️ Anak yang baru berusia 6 bulan, mereka dah boleh diberi makan bubur nasi bersama dengan 3 jenis sayur / buah dalam 1 hari.

✔️ Ayam, daging lembu atau ikan pun wajib diberikan setiap hari.

IKLAN

✔️ Mulakan dengan bubur nasi sebanyak beberapa sudu besar dan naikkan sehingga setengah cawan (½ cup) untuk setiap hidangan. Ni untuk bayi 6-8 bulan.

✔️ Bayi usia 6-8 bulan boleh makan bubur nasi hingga 3 kali sehari.

✔️ Selain tu, tekstur makanan juga penting untuk kita ambil perhatian. Bayi usia 6-8 bulan yang sihat lebih mudah menelan makanan yang separa pepejal seperti puri.

✔️ Anak yang usianya 9-11 bulan, dah mula mengunyah dan boleh makan makanan yang dipotong kecil.

✔️ Anak usia 12 bulan, dah mula belajar menggigit dan boleh diberi makanan seperti nasi.

✔️ United States Food and Drug Administration (USFDA) cadangkan bayi bawah 1 tahun, tak sepatutnya diberikan makanan bersaiz lebih lebar dari 0.5cm, kerana risiko bayi tercekik.

Sebelum ibu ni balik, sempat pula dia tanya resipi masakan. Macam-macam betullah.

Bukan itu sahaja malah beliau juga turut berkongsi 10 resipi puri bayi yang cepat siap dan sihat secara percuma untuk ibu. Selamat mencuba dan jadikan panduan yang dikongsikan ini sebagai satu pengalaman indah untuk bayi kita.


EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents