Keliru Nak Sediakan Makanan Pejal Untuk Anak Umur 6 Bulan, Ibu Ni Kongsikan Tip & Menu Sihat, Sedap!

Share

Apabila anak menghampiri usia 6 bulan, keterujaan pastinya untuk menyediakan makanan pejal buat bayi. Namun dalam rasa teruja, terselit rasa ragu-ragu untuk menggabungkan makanan tertentu agar serasi dengan bayi kita.

Tip dan resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Aini Suriani boleh dijadikan panduan untuk ibu lain yang kini masih tercari-cari resipi sesuai untuk diberikan kepada bayi. Tipnya cuba dulu dan lihat samada ia serasi atau tidak. Jom cuba!

Bubur kosong.

Harini genap Aira 7 bulan.
Saja nak share meal Aira sepanjang umur dia 6 bulan.

20 hari pertama mama bagi solid food, ikut konsep 3 dr (3 day rule) dimana perkenal bahan baru selama 3 hari berturut-turut untuk melihat alahan dan ok atau tak. Setakat ni semua ok kecuali pisang. Ada sembelit sikit. Next day baru mama campur protein macam ayam dan ikan merah.

Snacking.

Bahan wajib ada

Antara bahan yang wajib dalam meal Aira ialah:

1. EVOO minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
Tujuan minyak supaya makanan baby padat dengan tenaga. Selain tu membantu serapan vitamin larut lemak seperti vitamin ADEK.

2. Air masak, sangat penting kalau tak nak anak sembelit.

Mama pun tak letak garam, gula atau sesedap rasa dalam meal Aira. Biar Aira rasa natural bahan. Ok je, yang penting jangan paksa anak makan, jangan sumbat terus kat mulut takut gagging. Just sua kan sudu kat depan mulut dan biar anak yang sua ke mulut sendiri. Baru dia bagi respond nak ke tak nak.

Ni pulak waktu Aira makan:

Breakfast (before 10.30 pg)
Lunch (12.00-1.00 tghari)
Snacking (4.00-4.30 ptg)
Dinner (6.30 ke 7.30 mlm)
Snacking malam, kalo diangauummm je.

Actually pengalaman dalam perkhidmatan asuhan selama ni buat mama suka menggali ilmu pemakanan kanak-kanak.

Resipi wajib cuba: Punya Senang Simpan Sayur Rosak Pun Tak Balut Je Dalam Tisu Aluminium Foil!

Published by
Siti Ramlah Mahmud