Pengalaman pertama menyuapkan anak makan pada usia enam bulan sememangnya satu detik terindah bagi semua ibu. Namun bila anak menjangkau usia lima bulan lebih dan enam bulan, ibu mula rasa cemas dan berdebar-debar mencari menu terbaik untuk anak.

Jangan cemas dan keliru ketika menyediakan bubur kosong atau puri sebaliknya cari resipi dan cara penyediaan paling tepat daripada ibu berpengalaman lain. Resipi bubur nasi dan puri yang disediakan oleh ibu Sazna Najihah menerusi Happy Baby Food Malaysia ini ibu boleh jadikan panduan. Resipinya mudah dan ringkas sahaja.

Menu Nadhif Furqan masa 6 bulan hari tu. Masa ni ummi excited sangat bila anak dah start makan solid food. Setiap hari cari menu dalam hbfm.

Stock beras frozen. Ummi kan orang yang jenis tak penyabaq. So nak cepat ummi buat beras frozen. Cepat masak. Tak sampai 10 minit dah masak.

Kejadian beras frozen.

First solid food Nadhif : Bubur Kosong + evoo

SWEET POTATO PUREE

Potong dadu dan basuh bagi bersih
Toskan
Kukus 15-20 minit
Siap kukus, masukkan sedikit air , blend hingga tekstur menjadi halus.

DRAGON FRUIT PUREE
(betik, pisang, avocado atau apa apa jenis buah yang lembut tak perlu masukkan air)

Potong dragon fruit menjadi dadu atau apa apa jenis bentuk yang mudah dimasukkan ke dalam pengisar makanan.
Blend sehingga halus. (Tak perlu masukkan air). So yummehhh!

TOFU WITH DATES GRAVY

Potong tofu ikut cita rasa.
Kukus 5-10 minit. Siap, biarkan sejuk.
Blend kurma dengan sedikir air. Kalau tak masukkan air, sedih dengaq blender tu teriak. Blend tu kulit dengan biji buang. Kalau tak buang kulit nanti dah siap blend kena tapis. Kalau pekat sangat tambah air, kacau sikit, tuang atas tofu.

MashAllah! Rasa macam tau fu fah. Anak makan sikit mak perabih. Sebab sedap sangat. Yummmeh.

Terdapat beberapa lagi gabungan puri yang disediakan oleh ibu ini untuk anaknya malah sebagai panduan ibu di luar sana. Jom kita cuba!