Apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin atau ‘due date’, bakal ibu akan mula berasa bimbang terhadap kontraksi yang bakal dilalui.
Bertambah rasa keliru adakah ia kontraksi sebenar dan tiba waktu melahirkan atau pun hanya kontraksi palsu atau Braxton Hicks.
Untuk panduan bakal ibu yang baru pertama kali hamil, kontraksi sebenar dan kontraksi palsu atau Braxton Hicks adalah dua jenis kontraksi yang berbeza.
Untuk mengenalpasti perbezaan antara kedua-duanya, fahami 5 perkara di bawah.
1. BILA IA MULA BERLAKU?
Kontraksi Palsu: Berbeza daripada tendangan, kontraksi ini dapat mula dirasai sejak trimester kedua, iaitu sekitar 4 bulan. Ia adalah salah satu cara untuk menyediakan tubuh anda bagi proses melahirkan yang sebenar.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar hanya akan berlaku apabila menghampiri tempoh bersalin.
Ads
2. BAGAIMANA RASA SAKITNYA?
Kontraksi Palsu: Anda akan berasa seperti mengetat dan ‘mengeras’ di bahagian hadapan perut sahaja. Tetapi ia biasanya tidak menyakitkan. Ia juga akan menghilang dalam beberapa ketika.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar akan disertai dengan rasa yang lebih sakit dan tekanan yang lebih hebat. Kesakitan ini tidak terhad kepada bahagian perut sahaja. Mungkin ada yang berasa sakit pada bahagian abdomen, pinggang, dan ada yang berasa seperti ‘cramp’ semasa didatangi haid. Kesakitan ini akan bertambah kerap dan semakin kuat.
3. TEMPOH KONTRAKSI?
Kontraksi Palsu: Berlaku dengan pantas, kurang daripada seminit. Tempohnya berlaku secara tidak tetap.
Ads
Kontraksi Sebenar: Berlaku lebih lama, sekitar 60 saat atau lebih. Ia akan berlaku secara tetap. Selalunya doktor anda akan menasihatkan agar anda mencatatkan kontraksi ini. Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mencatatkannya dengan mudah.
4. ADAKAH IA AKAN MENGHILANG?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini boleh menghilang apabila anda menukar posisi, berjalan, berehat, atau meminum air.
Kontraksi Sebenar: Tanda hampir bersalin ini akan menjadi semakin kuat dan tidak akan berhenti walaupun anda mengubah kedudukan dan pergerakan.
Ads
5. APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini tidak merbahayakan dan ia boleh berlaku sebanyak beberapa kali dalam sehari. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh cuba minum air kosong, relaks, dan menukar posisi. Namun, anda juga perlu ‘alert’ jika bayi kurang membuat 6-10 kali pergerakan dalam tempoh 1 jam.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi ini biasanya akan diikuti dengan tanda hampir bersalin yang lain seperti palitan darah, cecair mukus, atau pecah air ketuban. Segeralah ke hospital jika anda berasa kontraksi yang kuat setiap 5 minit dalam tempoh 1 jam.
Pengalaman melahirkan adalah berbeza bagi seseorang wanita, namun dengan mengambil tahu serba sedikit tentangnya, anda mampu bertindak dengan bijak.
Mengidam atau teringin makan sesuatu makanan adalah fenomena biasa untuk wanita hamil, terutama semasa berada dalam trimester pertama atau kedua. Walau bagaimanapun, makanan yang paling menjadi idaman wanita hamil ialah makanan yang manis, masin atau pedas, yang mana jenis-jenis makanan ini adalah tidak berkhasiat untuk bayi anda.
Sudah tentu anda ingin menitikberatkan kesihatan bayi dalam kandungan yang memerlukan nutrisi, tetapi mengidam makan makanan manis dan berlemak pasti mengganggu anda. Tip-tip di bawah boleh membantu anda mengawal rasa mengidam anda menjadi lebih mudah dan sihat.
Campurkan makanan sihat dengan makanan yang tidak berkhasiat
Jika anda begitu teringin makanan manis dan makanan ringan, cuba campurkan makanan ini bersama makanan sihat. Contohnya, anda makan granola manis dan rangup dengan bijirin tinggi-serat. Dengan cara ini, anda boleh memenuhi rasa mengidam anda dan juga menyerap serat untuk mengelakkan sembelit. Contoh lain ialah, anda mahu makan snek masin, yang merupakan makanan paling diingini semasa hamil, jadi anda boleh makan bersama salad.
Jangan melangkau sarapan pagi
Sarapan pagi lengkap dan berkhasiat membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar anda sebelum waktu makan tengah hari. Sarapan pagi untuk ibu hamil perlu mengandungi gandum penuh untuk tenaga, protein untuk pembinaan darah, kalsium untuk tulang yang sihat, vitamin dan bahan lain. Oleh itu, mengikuti jadual makan yang betul adalah langkah bijak untuk cara pemakanan semasa kehamilan.
Makan makanan ringan dengan kuantiti yang lebih kecil
Jika anda benar-benar teringin untuk mengambil makanan yang tidak sihat dan tanpa pengganti makanan sihat, anda boleh teruskan keinginan anda, tetapi ambillah dalam kuantiti yang lebih kecil berbanding biasa. Berbanding makan secawan aiskrim penuh-lemak, anda boleh menukarnya dengan makan separuh cawan aiskrim. Begitu juga dengan snek kurang berkhasiat lain, anda boleh mengambilnya dalam bahagian yang kecil untuk menghilangkan rasa mengidam dan lapar anda.
Cuba untuk tidak makan makanan ringan
Jangan beli makanan yang tidak sihat sehinggalah anda benar-benar terasa ingin makan makanan tersebut. Sebaliknya, anda sediakan makanan yang berkhasiat di rumah anda, jadi, jika tiba-tiba anda teringin untuk makan sesuatu, anda boleh mencapai dahulu makanan berkhasiat yang ada. Anda mungkin akan rasa malas untuk keluar dan membeli makanan kegemaran anda, jadi anda ‘terpaksa’ makan dahulu makanan berkhasiat yang ada di rumah.
Secara umumnya, cara terbaik untuk mengelakkan makanan tidak sihat adalah dengan tidak makan makanan tersebut, kerana makanan ini akan membuatkan anda terlebih berat badan, mendapat dibetes gestasi, dan masalah lain yang boleh mnjejaskan bayi anda. Selain itu, jika anda mengidam bahan bukan makanan seperti rambut, abu, kotoran, atau bahan-bahan lain, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil pica, yang memerlukan anda untuk segera berjumpa dengan doktor. Pica mungkin adalah petanda anda mengalami kekurangan nutrisi kalsium atau zat besi teruk.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hasrat penyanyi Nubhan untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaiaan apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran kali kedua baru-baru ini.
Nubhan menyampaikan khabar duka itu menerusi instagramnya semalam selepas isterinya mengalami pendarahan pada usia kandungannya 7 minggu.
“Tak ada rezki anak ke 3, gugur buat kali yang ke-2”
“Usia kandungan 7 minggu, so kena berpantang yang ringan-ringan saja,” kongsi Nubhan menerusi instagramnya.
Terdahulu, video yang dikongsikan oleh Nubhan itu turut merakamkan momen ketika perkhabaran gembira isterinya mengandung selepas melakukan pemeriksaan melalui kit ujian kehamilan.
Bagaimana pun beberapa minggu selepas itu, kandungan tidak menunjukkan perkembangan yang baik dan berlakunya pendarahan.
“Tak ada rezeki, baby dah keluar,” kata Nubhan menerusi video berdurasi lebih dua minit itu.
Dalam pada itu, rata-rata seluruh pengikut Nubhan di instagram mengucapkan takziah di atas perkhabaran duka itu.
“Tak ada rezeki tapi dia tunggu nak tarik parents dia ke syurga bersama”
“Nangis tengok video ni. InsyaAllah lepas ni Allah akan beri lebih lepas ni..huhu”
“Salam takziah..insyaAllah ada rezeki lain menanti..ameen”
Terdahulu, Nubhan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek pada Ogos 2015. Mereka ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia, 4 tahun dan Ahmad Aaffan yang kini berusia dua tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @nubhan.ahamad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lagi sebulan bakal melahirkan anak sulungnya, pelakon Raja Ilya dilihat semakin aktif melakukan pelbagai aktiviti. Semuanya demi memastikan proses kelahiran bayi sulungnya itu lancar.
Beberapa perkongsian Raja Ilya di Instagramnya jelas mempamerkan pelbagai aktiviti riadah yang kini menjadi kegemarannya.
Apa yang dilakukan olehnya adalah menunggang skooter elektrik dan beriadah sambil menghirup udara segar.
“Mommy on the wheel. Lagi 1 month dah completely tak boleh nak buat semua activity ni.
“So selagi boleh selagi tu kita buat,” tulisnya berkongsi.
Melalui entri yang sama itu, pelakon yang sering membawakan watak antagonis ini turut memuat naik dua keping gambarnya sambil menikmati permandangan indah.
Sukakan aktiviti luar dan cuaca panas
Pun begitu menerusi entri terdahulu kata Raja Ilya, ketika sarat mengandung dia cukup sukakan matahari dan kerana itulah dia memilih aktiviti luar berbanding dirinya sebelum ini yang begitu sensitif dengan cuaca panas.
“Before habis Autum nak masuk winter and hujan ribut hari hari, better enjoy while it’s last.
“Dulu kalau matahari keluar memang confirm Ilya kat dalam rumah, tapi now days jadi gila matahari pulak.
“Alhamdulillah kulit tak jadi gelap bila sunburn, pelik jugak. Kalau dulu sunburn memang setahun jugak nak recover balik,” ceritanya lagi.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!