Sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan, darah nifas adalah perkara normal buat ibu bersalin. Ia adalah (Lochia), discaj normal yang keluar daripada faraj wanita selepas bersalin yang mengandungi darah, mukus & tisu rahim.
Darah nifas boleh berlanjutan sehingga 60 hari. Secara amnya, wanita dalam pantang akan mengalami nifas dalam enam minggu selepas bersalin. Pun begitu, jika darah berlanjutan keluar selepas 60 hari, ia mungkin simptom kepada masalah kesihatan yang lain. Bagi mendapatkan penerangan lanjut tentang topik ini, Pa&Ma sempat menemuramah Dr. Wan Elly Rushima Wan Abdul Rahim, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Hospital UMRA, Shah Alam.
Bersalin Normal Lebih Banyak Darah Nifas
Sebenarnya sama sahaja darah nifas yang keluar tidak kira bersalin normal atau pembedahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita mengalami darah nifas yang lebih banyak selepas bersalin normal kerana darah akan keluar secara semulajadi berbanding wanita bersalin melalui pembedahan.
Pada minggu pertama, darah keluar dalam bentuk ketulan dan berwarna merah terang. Selepas sepuluh hari, darah nifas akan bertukar warna kepada kecoklatan. Cecair ini boleh berterusan lebih kurang enam minggu (mungkin bagi sesetengah wanita akan datang haid dalam masa terdekat), sama ada menyusu atau tidak menyusukan anak. Jika darah nifas mulai mengering dan sudah bertukar jernih dan kemudiannya didapati keluat semula darah dari faraj, terutamanya selepas 60 hari dan kemudiannya anda dapati keluar semula darah dari faraj, ia dikenali sebagai darah haid.
Pun begitu, terdapat beberapa jenis pendarahan yang membimbangkan dan harus diberi perhatian:
* Jika pendarahan berterusan dan memenuhi tuala wanita setiap jam dan perlu disalin kerap
Ads
* Setiap pendarahan disertai dengan rasa sakit yang teruk
* Ibu mengalami demam secara tiba-tiba
* Pendarahan yang banyak berterusan lebih seminggu
Warna, Bau Dan Rupa Daraf Nifas Yang Normal
Terdapat tiga jenis darah nifas:
Ads
Lochia Rubra – selepas bersalin hingga hari keempat dan kelima berwarna merah pekat, darah yang banyak dan mungkin berketul
Lochia Serosa – hari keempat hingga kesepuluh berwarna kecoklatan, merah semakin pudar, , kurang perdarahan dan lebih banyak mukus
Lochia Alba – hari 10- 42 berwarna kekuningan, tiada darah atau sedikit keputihan (discaj biasa)
Perbezaan Darah Haid Dan Nifas
Ads
NIFAS
Untuk tiga ke empat hari pertama selepas melahirkan anak, ibu akan mengalami pendarahan merah yang terang. Rupanya lebih kurang sepereti darah haid pada hari-hari pertama. Ini dikenali sebagai darah nifas. Selepas hari keempat dan kelima, darah ini akan menjadi lebih berair dan mulai kelihatan seperti warnanya merah jambu. Jika anda mengalami pendarahan yang banyak pada hari-hari pertama, itu adalah perkara normal.
Sekiranya ia berterusan dan semakin banyak atau merah terang, anda perlu berehat dan lihat sama ada ia berkurangan. Jika masih sama, segeralah berjumpa dengan doktor. Sekitar hari kelapan dan kesepuluh selepas kelahiran, aliran darah yang merah jambu tadi akan bertukar kepada pelepasan putih kuning yang banyak. Pendarahan bertompok (spotting) boleh berlaku selepas enam minggu bayi dilahirkan. Tetapi biasanya buat kebanyakan wanita, ia akan tamat lebih awal.
HAID
Bagi sesetengah ibu, dalam tempoh enam ke lapan minggu selepas bersalin akan datang haid jika tidak menyusukan anak. Bagi ibu yang menyusukan, kedatangan haid mungkin kembali pada masa yang berbeza-beza. Sesetengah wanita mungkin tidak akan datang haid selama dia menyusukan anak, ada yang akan datang dalam tempoh beberapa bulan sama ada menyusukan ataupun tidak.
Jika haid datang awal dan ibu tersebut bersalin normal, penggunaan tampon mungkin tidak digalakkan oleh doktor kerana tubuh masih melalui fasa penyembuhan dan penggunaan tampon mungkin boleh mengundang trauma. Gunakan tuala wanita yang sesuai dengan keperluan anda dan tukarlah secara kerap. Menggunakan tuala wanita yang sama dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing atau rahim.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu, tentu agak kekok hendak mengendalikan pemotongan kuku bayi yang sangat kecil dan comel. Bimbang pula jika tersalah potong boleh melukakan jari dan kulitnya yang halus dan lembut.
Semasa melakukan penjagaan kebersihan bayi, beberapa panduan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Papa dan mama perlu berhati-hati mengendalikan si comel yang masih lembut ini.
Kuku bayi baru lahir memang cepat panjang, sebab itu perlu sentiasa memakaikannya sarung tangan. Selain itu anda juga perlu kerap memotong kuku tangannya yang cepat panjang kerana dia mudah mencakar dan melukakan mukanya sendiri.
Sebelum memotong kuku bayi, ikut panduan berikut
1. Sentuh jari bayi
Sebelum memotong kuku bayi, sentuhlah jari jemarinya untuk memberi rasa selesa dan mood yang baik.
2. Waktu yang sesuai
Bagi memudahkan memotong kuku, potong kuku bayi selepas memandikannya. Ketika ini kuku bayi masih lembut dan ia memudahkan untuk anda memotongnya dengan selamat.
3. Cara memotong
Mulakan memotong kuku pada tangan kanan dahulu. Ketika memotong kuku, pegang tangan bayi, arahkan jemari tangannya ke depan untuk mengelak daripada terkena alat pemotong. Tahan perlahan-lahan buku jarinya agar kuku mengarah ke atas. Kemudian lakukan perkara yang sama pada tangan kiri. Kuku bahagian kaki juga mesti dipotong. Lakukan perkara yang sama pada kaki kanan dan kiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya menu ibu berpantang agak membosankan. Tapi kali ini ada menu lain dari kebiasaan tapi masih berkhasiat dan yang penting sedap!
Selepas melahirkan bayi, ibu bersalin mestilah makan makanan yang berkhasiat untuk mengembalikan semula tenaga yang banyak hilang. Bagaimanapun menjadi lumrah kebanyakan ibu bersalin akan menjalani tempoh berpantang selama 44 hari.
Sepanjang tempoh berpantang pemakanan ibu perlu dijaga untuk mengelakkan pelbagai kesan sampingan seperti bentan dan sebagainya. Banyak makanan yang tak boleh sebarangan dimakan oleh ibu berpantang.
Kalau hari-hari ulang menu yang sama sahaja tentu sahaja ibu rasa bosan dan dibimbangi kalau terlalu ketat mengikut pantang orang tua-tua yang terikat dengan makanan berpantang seperti ikan kering dan ikan bilis sahaja. Jadi mana nak dapat khasiat yang diperlukan oleh tubuh ibu lepas bersalin yang masih lemah.
Jadi untuk bakal ibu atau ibu lepas bersalin yang bakal dan sedang menjalani tempoh berpantang tak payah pening kepala lagi nak fikirkan menu berpantang yang sedap dan berkhasiat.
Ini ada 16 menu ibu berpantang lain dari kebiasaan tapi masih berkhasiat dan yang penting sedap!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memilih untuk melahirkan anak keduanya melalui kaedah pembedahan sekali lagi yang dijangka pada awal Januari tahun hadapan.
Akui Ayda lagi, selepas melalui pengalaman kelahiran anak pertama dia tekad untuk melahirkan anak keduanya secara pembedahan sekali lagi kerana merasakan ia satu hal yang mudah.
Malah pengalamannya ketika berpantang juga satu pengalaman yang indah dan tidak sukar seperti yang diperkatakan sesetengah orang.
“Untuk anak kedua ini, saya masih pilih untuk melahirkan anak melalui pembedahan.
“Saya pilih czer sebab dari pengalaman pertama lagi, i really have a beutiful moment,” kongsi Ayda.
Malah kata Ayda lagi, ketika berpantang anak pertama, dia melalui satu pengalaman indah malah dipantau dengan baik oleh suaminya, Nabil Mahir.
“Bila orang cakap, nanti lepas czer akan sakit lama, susah nak cakap tapi saya rasa semua itu tak betul. Mungkin sebab lain orang lain pengalamannya.
“Alhamdulillah pengalaman saya dipermudahkan waktu itu dan saya tetap nak bersalin czer.
“Kalau nak tahu lepas saya bersalin anak pertama dulu, ramai kawan-kawan tanya Nabil dan Nabil berkongsi pengalaman mudahnya menjaga ibu bersalin czer,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu kongsi Ayda lagi, dia bakal menyambut kelahiran bayi keduanya nanti pada awal Januari nanti.
“Sepatutnya dia lahir pada tarikh 1 Januari nanti, iaitu waktu anniversary saya dan Nabil.
“Bila pergi check, doktor kata pandainya plan tarikh tapi disebabkan beberapa perkara, saya terpaksa pilih tarikh lain, ” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ayda dan Nabil berkongsi bakal menimang seorang cahaya mata lelaki yang begitu dinantikan semua.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.