Ibu mana yang sanggup melihat anaknya sakit. Bagi pelakon berbakat, Erynne Erynna dia reda, berserah dan bertawakal pada Allah bila mana anak sulungnya, Medinah disahkan mempunyai masalah “Duplex Kidney” dan bakal menjalani pembedahan pagi ini.
Menerusi Instagramnya, pelakon berusia 26 tahun itu memuat naik sebuah posting berkongsi cerita kisah anaknya yang sakit sejak berusia empat bulan.
Menurut kata Erynne lagi, disebabkan masalah “Duplex Kidney” yang dialami anaknya, Medinah kerap terkena UTI (urinary tract infection) dan boleh merosakan buah pinggang.
Malah menurut kata Erynne lagi, sejak usia anaknya empat bulan, dia sering keluar masuk hospital bagi mendapatkan rawatan buat Medinah.
“26 January 2022. Bismillahirrahmanirrahim. ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
“Erynne just nak share yang Medinah akan menjalani pembedahan esok pagi. Pada yang tidak tahu atau tertanya tanya Medinah sakit apa sebenarnya.
“Hari ni erynne nak kongsikan di sini yang Medinah mempunyai ” Duplex Kidney ” dan disebabkan itu dia kerap kene UTI ( urinary tract infection ) dan boleh merosakan buah pinggang dia.
“Jadi selepas beberapa kali keluar masuk hospital dari umur 4 bulan, pergi checkup, appointments, tests dan akhirnya inilah jawapannya,” tulisnya berkongsi.
Mohon doa semua
Namun kata ibu cekal ini, dia akur dan berserah dengan setiap susunan yang terbaik dari Allah malah memohon doa semua agar pembedahan anaknya Medinah dipermudahkan dan semuanya baik-baik sahaja.
“Alhamdulillah. Sekarang kami hanya mampu berdoa, berserah, redha dan tawakal pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Segalanya.
“Erynne sekeluarga ingin minta tolong kalian untuk doa yang terbaik buat Medinah. Dan kami hargai sangat jasa baik kalian semua yang sentiasa mendoakan, berkonsi ilmu dan memberi kata kata semangat pada kami, syukur ya Allah. Erynne doakan segala yang terbaik buat semua.
“Ya Allah, lindungilah anak ku dan permudahkanlah segalanya,” tulisnya.
Semoga pembedahan Medinah berjalan dengan lancar dan kembali pulih dan ceria seperti selalu.
Menarik: Tak Sangka Ada Baby Shower Sekali, Selesai Doa Selamat, Ernie Zakri Terharu Kejutan Suami
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!