Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi, Nina Nadira yang mengumumkan kehamilan anak keduanya baru-baru ini.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nina menerusi laman Instagramnya. Malah Nina juga menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan.
Bekas peserta Akademi Fantasia yang juga pengacara itu juga turut memuat naik gambar keluarga kecilnya bersama baby bump yang semakin jelas kelihatan.
“Keluarga kecil kami semakin bertambah.
“Lima bulan,” tulis Nina ringkas menerusi Instagramnya.
Nina memuat naik dua koleksi foto dengan baby bump yang jelas kelihatan ketika bercuti bersama keluarga.
Gambar percutian keluarga yang cantik itu tambah manis dengan anak pertama Nina, Nina Lilyanna Ahmad Farhan yang kini berusia hampir empat tahun mencium perut ibunya yang semakin membesar.
Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Nina turut mengucapkan tahniah di atas kehamilan itu.
Terdahulu, Nina dan suaminya, Ahmad Farhan Rusman mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Nina Lilyanna.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma