Kemahiran menunjuk sangat berkait dengan perkembangan bahasa bayi dan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bayi yang cepat menunjuk akan mempunyai kemahiran bahasa yang lebih baik untuk masa akan datang.
Ia sebenarnya menunjukkan yang bayi berfikir dan memberikan cara baru untuk berkomunikasi sebelum mereka boleh menyebut perkataan.
Selain itu ia merupakan kemahiran yang sangat penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak dan ia juga boleh dijadikan sebagai tanda yang bayi/kanak-kanak berada dalam peringkat yang betul dalam perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Cuba periksa, anak anda dah pandai menunjuk ke belum?
IKLAN
Umur berapa bayi mula menunjuk
Apa fungsi menunjuk?
IKLAN
Apa kaitan menunjuk dengan kemahiran bercakap? Apa kepentinganya
Anak sememangnya sifat ingin tahunya amat tinggi. Bila sudah pandai meneroka pensil atau apa sahaja yang berbentuk seperti pensil pasti anak akan cuba hendak lihat apa akan jadi kalau digerakkan.
Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa berkongsi manfaatnya bila anak jadikan aktiviti menconteng salah satu aktiviti kegemaran mereka.
Ada pensil dijadikan celak sebab terlihat ibu guna eye liner
Ada pensil dijadikan sikat sebab terlihat ayah menyikat rambut
Yang paling selalu ialah bila dilihat ibu ayah tulis di kertas dia pun hendak cuba. Maka dindinglah jadi kertasnya.
Sebenarnya banyak kebaikan menconteng bagi anak anak ini.
Anak umur setahun sudah mula scribbles. Ini antara milestone yang ibu ayah boleh tgk samada anak saya ada kelewatan dari perkembangan menulis.
Kebaikan menulis atau menconteng di dinding iaitu permukaan menegak (vertical) > Menguatkan otot bahu dan badan > Memberi stimulasi dan membantu perkembangan refleks TLR (Tonic Labyrinthine Reflex) > Senaman mata di mana level tulisan pada aras mata > Melatih keseimbangan badan > Melatih head and body alignment
Selain itu boleh menggalakkan sifat kreatif anak kita.
Jika tidak mahu seluruh dinding diconteng ibu ayah cat kan sahaja dinding dengan wall chalkboard atau tampal wall sticker board.
Pastikan Bounderies untuk ruang anak menconteng agar anak belajar hanya ruang tertentu dibenarkan menconteng. Jangan pula rumah orang jadi ruang kreatif anak juga.
Biasanya bila di rumah ajar anak membaca, menulis mak ayah rasa sedikit tercabar. Ramai yang selalu suarakan ‘Saya tak boleh nak ajar anak, rasa nak marah je, lagi-lagi sekejap fokus, sekejap nak main”’. Kenapa kita rasa macam ni?
Sebab utama kita tak faham gaya belajar anak lagi-lagi dia usia 3 hingga 6 tahun ini. Kita hanya nak anak fokus dan dengar apa yang kita nak ajar sedangkan tak faham apa ciri yang ada pada mereka.
Perkongsian dari Puan Aminah Hussain nyata sangat membantu ibu bapa untuk mengetahui ciri yang ada pada anak masing-masing.
Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan, Ibu Rose ada cara paling mudah untuk kita mengenal gaya belajar anak. Melalui pergerakan mata dia. Biasanya gaya belajar ini kita akan dapat nampak semenjak anak umur 3 tahun ke atas.
Anak visual biasa matanya ke atas. Sebab dia nak tengok gambar atau membayangkan gambar. Anak ini senang belajar menggunakan gambar, televisyen, filem dan buku.
Anak audio matanya biasa ke tengah, tapi muka anak biasanya akan ke tepi sebab anak nak tadahkan telinga untuk mendengar apa yang kita perkatakan. Kena banyak lagu atau cara belajar yang berirama .
Anak kinestetik anak matanya akan pandang ke bawah. Kinestetik dia gabungan rasa/ emosi dan pergerakan. Anak ini kena banyak bermain sambil belajar.
Kenapa nak kena tahu gaya anak kita jenis mana? Sebab paling utama ialah tidak mahu kita naik marah ketika mengajar anak.
Biasa sangat kita baca kisah seorang mak yang tertekan sebab ajar anak, anak tidak dengar atau tidak masuk. Lepas tu kita boleh cakap
“ini yang aku malas nak ajar anak aku ni, ajar bukan nak faham. takpalah nanti suruh cikgu je ajar di sekolah”
Jangan kawan- kawan. Kita perlu sedaya upaya ajar anak sendiri dirumah. Di sekolah hanya sokongan sahaja. Pendidikan bermula dirumah, kita adalah guru pertama anak- anak kita.
Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, tidak kira sama ada anak lelaki ataupun perempuan sangat besar cabarannya.
Namun demikian, terdapat perbezaan dalam mendidik anak lelaki dan juga perempuan. Tidak dinafikan, ibu bapa memang mempunyai peranan yang berbeza dalam mendidik anak-anak, khususnya bapa dalam memberikan perhatian dan bimbingan yang Islamik secara berterusan kepada anak khasnya anak lelaki. Antara didikan utama untuk anak lelaki adalah seperti berikut :
1) Latih sifat kepimpinan dalam diri
2) Dekatkan dengan institusi masjid
3) Lebihkan gerak kerja yang lasak, outdoor dan berpanas
4) Latih menjadi imam solat berjemaah
5) Ajar ilmu yang patut diketahui oleh anak lelaki seperti membaiki, memotong rumput, bertukang dan sebagainya.
6) Elak membeli permainan anak perempuan
7) Galakkan anak-anak sertai kerja-kerja kesukarelawan
Walaubagaimanapun, menurut Dr. Harlina Halizah Siraj atau lebih dikenali sebagai Dr. Har, antara peranan ibu bapa dalam mendidik anak lelaki ialah :
Peranan Bapa
– Balik awal dari tempat kerja dan mandikan anak jika masih dibawah umur 5 tahun.
– Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya. Biasanya kanak-kanak suka dibawa ke taman-taman permainan.
– Ajak anak bergasak ataupun bergumpal. Ini kerana anak lelaki lebih sukakan aktiviti lasak berbanding anak perempuan. Aktiviti begini boleh menguatkan lagi tali ikatan (bonding) di antara bapa dan anak.
– Kebiasaannya bapa adalah idola atau ‘role-model’ kepada anak lelaki. Oleh yang demikian, apa sahaja yang bapanya lakukan akan diikuti oleh anak. Jika bapanya seorang perokok, maka kebarangkalian anaknya juga menjadi seorang perokok adalah sangat tinggi berbanding anak kepada bukan perokok. Oleh itu, seorang bapa perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.
– Dukung anak atas bahu bagi membolehkan anak memandang melalui pemandangan bapanya.
Peranan ibu
– Ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya anak lelaki belajar MENGASIHI melalui ibunya.
– Bagi mengeratkan lagi ikatan (bonding) antara ibu dan anak lelaki, ajaklah anak berbual mengenai apa sahaja. Ceritakan apa yang ibu lakukan dan minta pendapatnya dalam beberapa perkara.
– Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.
Semoga kita sebagai ibu bapa, memberikan yang terbaik dalam mendidik anak-anak tak kira sama ada lelaki ataupun perempuan.
Sumber: ibubapaislamcemerlang.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!