Makin besar, makin cantik anak perempuan Zizie Ezette, Aalisa Belle Izzete yang dilahirkan 1 Mac 2019. Bukan sahaja kulitnya yang putih gebu, tetapi gayanya yang suka melaram dan make up saling tak tumpah seperti mommynya.
Aalisa yang kini dah berusia dua tahun lebih semakin suka bergaya dan tak kekok mengayakan pelbagai fesyen. Apa yang membuatkan peminat mommynya suka melihat keletah Aalisa sebab dia minat sangat dengan lipstick.
Pantang nampak lipstick dia dah tau nak oles kat bahagian bibir. Siap dengan gayanya sekali. Bukan setakat bibir, pipi pun di sapu dengan lipstick. Memang betul-betul anak dara ni!
Bukan itu je, tiap kali Zizie mengambil gambar, Aalisa dah tau nak bergaya macam mana. Siap boleh candid depan kamera lagi.
ARTIKEL BERKAITAN [Penting Ibu Ayah Tahu! Ada Tak Protein Susu A2^ Dalam Susu Formula Anak Anda?]
Aalisa suka tengok cermin
Daripada perkongsian Zizie di instagramnya, Aalisa begitu suka dengan cermin. Tiap kali melihat dirinya dalam keadaan cantik dan comel, seolah-olah dia rasa puas.
Sebagai ibu kepada tiga anak kandung dan dua anak angkat, harapan Zizie adalah mahukan anak-anaknya sentiasa kuat menghadapi cabaran dunia hari ini. Banyak perkara positif yang boleh kita beritahu pada anak-anak untuk sentiasa yakin dan terus rasa disayangi.
Sebab kehidupan sewaktu kecil inilah penting untuk masa depan mereka. Sebab itu, Zizie lebih selesa memberi tumpuan pada anak dan rumah tangga terlebih dahulu dan mengetepikan minat lakonannya.
Sebelum ini Zizie pernah beritahu, di saat anak yang sedang membesar dan memerlukan kasiha sayang, dia memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekaligus mewujudkan kenangan terindah bersama. Kita pun tak tahu sampai bila usia ini akan terhenti.
Selain Aalisa, Zizie yang mendirikan rumah tangga selama 11 tahun dengan Datuk Bung Mokhtar dikurniakan anak kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta dua anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Kredit: IG Zizie Ezzete
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)