Keibubapaan

Kembali Bekerja Lepas Pantang, Anim Ezati Nak Balik Cepat Rindu Nak Tengok Muka Anak! “Mak-mak Memang Macam Tu Eh?”

Share

Kembali bekerja setelah dua bulan bercuti untuk berpantang adalah perkara biasa untuk ibu yang baru melahirkan. Tapi apa yang pasti, perasaan rindukan si kecil yang ditinggalkan di rumah atau di nurseri dan juga pengasuh, itu perasaan luar biasa yang sebelum ini mungkin tak pernah ada.

Itulah yang dialami oleh pengacara, Anim Ezati Rizki yang telah kembali memulakan tugasnya sebagai hos mengacarakan progaram Malaysia Hari Ini beberapa hari yang lalu.

Menurut Anim, dia mengakui perasaannya pada kali ini sedikit berbeza kerana semenjak bergelar ibu, dia merasakan mahu cepat pulang ke rumah untuk sentiasa berada dekat dengan puteri sulungnya yang kini sudah berusia dua bulan lebih.

Baca: Tahniah Anim Ezati Rizki, Selamat Lahirkan Bayi Perempuan. Nama Yara Alanna Khalsom Jadi Pilihan Untuk Puteri Sulung!

“Kembali bersiaran setelah 2 bulan cuti. Lain eh perasaan dia. Rasa nak balik aje. Haha!

“Balik-balik Khalsom tidur je punnnn. Bukan boleh berbual dengan kita pun. Tapi masih nak balik awal, nak tengok muka dia pun jadi. Mak-mak memang macam tu eh?

“Terima kasih semua yang ucap kembali bekerja buat saya. Masih kekok lah..,” tulisnya.

 

Kenyataan tersebut dikongsikan Anim menerusia sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Anim turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua yang memberikan ucapan selamat kembali bekerja buatnya.

Terdahulu Anim selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Yara Alanna Khalsom pada 9 September yang lalu.

Anim mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Fadli pada 28 Disember 2019.

Sumber: Media Hiburan & IG Anim Ezati Rizki

Baca: “Jadikan Dia Wanita Solehah & Ibu Yang Baik,” Shahrol Shiro Titip Doa Indah Untuk Isteri. Bakal Dapat Anak Kedua Tak Lama Lagi!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SAHR