Kehadiran kembar tiga ini menceriakan keluarga. Ibunya mengakui yang proses kehamilan lebih mencabar.
Puan Mastura Zahari, ibu kepada Ayra Aydina, Adra Areesya dan Azra Asyfa ini memberikan keceriaan kepada keluarga.
Lahir pada usia kandungan 30 minggu iaitu pramatang, kembar pertama Ayra lahir dengan berat badan 1.2kg, kembar kedua Adra 1.2kg manakala kembar ketiga Azra seberat 885gram.
“Apabila diberitahu kandungan kembar tiga, perasaan saya berbelah bagi. Gembira, risau, takut dan bermacam-macam lagi. Saya rasa tidak yakin boleh jaga 3 bayi sekali. Tapi Alhamdulillah suami sangat positive dan dia yang paling happy. Bila dapat support dari husband, saya jadi positif,” kata Mastura mengimbau kembali saat awal tahu hamil kembar.
ALAHAN & MUNTAH TIDAK TERUK. JADI KUAT MAKAN
Hamil dengan tiga bayi dalam kandungan, mungkin ramai yang menjangkakan alahan dan muntah teruk. Tapi ibu ini tidak mengalaminya.
“Alhamdulilah alahan tidak teruk sangat. Saya mula muntah minggu ke-8 pregnant sampai minggu ke 11. Selepas tu dah ok. Tidak mengidam tu, tapi rasa nak makan semua benda. Saya jadi kuat makan.”
BEZA HAMIL BIASA & HAMIL KEMBAR
Mastura mengakui memang ada perbezaan ketara antara kehamilan biasa dan kehamilan kembar.
“Perbezaan pregnant single, badan kuat boleh bekerja sampai bersalin, sentiasa aktif tidak sakit-sakit, tidak pernah minum air gula. Saya juga tidak mengalami kencing manis.
“Namun bila mengandung kembar ni saya mengalami macam-macam sakit. Awal-awal pregnant suspek hyperthyroid, sentiasa berdebar. Saya boleh rasa jantung sendiri berdenyut laju. Badan sakit terutamanya tulang belakang. Juga alami masalah untuk tidur.
Ads
“Ketika hamil kembar 3 ini pada minggu ke-20, saya disyaki kencing manis. Ujian menunjukkan keputusan border line. Jadi kena selalu ambil darah kawal pemakanan. Saya selalu rasa nak pitam,”kata Mastura.
PROSES KELAHIRAN
Proses kelahiran kembar tiga ini turut diceritakan. Mastura dimasukkan ke hospital pada minggu ke-30. “Doktor sudah menjadualkan caeser pada minggu ke-33. Hari pertama duduk ward ok je tapi memikirkan anak-anak kat rumah, jadi stress, saya tak suka duduk ward.
“Hari kedua perut dah mula mengeras, tapi still ok,masih boleh bertahan, hari ketiga makin kuat mengeras je. Pagi-pagi doctor check, mengeras makin kerap, doctor pakar datang, suruh prepare OT room, masa tu saya dah nangis.
“Husband kat sebelah. Say aminta ampun kat dia, saya ckp kalau apa2 jadi kat saya, ampun kan salah silap saya, tolong jaga anak-anak saya dengan baik emosi, sebab tidak pernah lalui apa-apa pembedahan sebelum ini,” kata Mastura mengenang detik kelahiran anak kembar tiganya.
7 ORANG PAKAR SUDAH BERSEDIA
“Masa je dewan bedah, seingat sy ada 7 doctor pakar, setiap satu doctor explain kat saya, Ketua pakar bedah ni, cakap saya tidak boleh half bius sebab saya baru disuntik DEXA dan cair darah. Kalau sy half bius risiko tinggi, jadi doktor kena pengsankan saya (bius penuh).
Ads
Saya masuk OT ROOM pukul 2 petang, ketiga-tiga kembar keluar pukul 2.57 petang masa yang sama, T1 berat 1.28 kg, T2 1.267 kg dan T3 886 gram. Saya sedar dari pengsan pukul 4.30 ptg dan ditolak ke CCU selama 2 hari. Doktor kata masa pembedahan tekanan darah saya tiba-tiba turun.
SI KEMBAR DALAM INKUBATOR, KEMBAR KETIGA ALAMI BENGKAK DI KEPALA
Alhamdulilah T1 n T2 ok, mereka diletakkan dalam inkubator selama 1 bulan dan dipindahkan ke SCN selama 1 bulan.
“Kembar ketiga iaitu Azra diberitahu ada pembengkakan di kepala. Mungkin kerana badannya kecil, doktor suspek Azra alami Hydrocephalus. Masa dia lahir pun dah biru, doctor masukkan darah saya, Alhamdulilah dia ok, 2 bulan dia di NICU duduk dalam incubator, 1 bulan transfer ke SCN
“Pernah sekali di SCN tiba-tiba dia di jangkiti kuman, tiba-tiba dia tidak boleh bernafas. Mujur nurse-nurse dia SCN sangat terlatih. Alhamdulilah Azra ok lepas ambik antibiotik,” kata Mastura tentang perkembangan si kembar pawa awal kelahiran.
LAHIRKAN KEMBAR 3 SATU PENGALAMAN MANIS
Apabila ditanya apa kenangan pada saat awal bersalinkan anak kembar. Mastura mengakui ia memang meletihkan kerana perlu menjaga sendiri.
Ads
“Di awal nya memang sangat letih. Lagi-lagi masa tu saya tidak mempunyai pembantu. Ibu dan ibu mertua kedua-duanya sudah meninggal dunia. Tapi mujurlah anak-anak yang dah besar banyak membantu.
“Bila husband kerja mlm, anak saya yang umur 12 dan 10 tahun, akan tolong saya mandikan dan buatkan susu adik-adik kembar mereka. Pernah juga bila ketiga-tiga menangis serentak, sampai saya pun rasa nak nangis sekali. Sebab tidak boleh tahan. Kepala sakit, penat dan mengantuk,” kata jurusolek ini.
SELALU JADI PERHATIAN BILA KE MANA-MANA
Mastura kini semakin lega kerana si kembar sudah makin membesar. Momen dan kenangan tidak dapat dilupakan. “Momen sangat banyak, lagi-lagi kalau keluar rumah. Pergi mall ke, klinik ke, kalau orang nampak, ada je yang nak bergambar dengan kembar. Ada yang siap bagi duit sebab katanya tak pernah nampak kembar 3. Kembar ini memang sentiasa jadi perhatian,”kata Mastura tentang anak-anaknya kembarnya.
NASIHAT KEPADA IBU HAMIL KEMBAR
Setelah melalui sendiri pengalaman hamil, melahirkan dan menjaga anak kembar, Mastura turut berkongsi nasihat dan saranan.
“Nasihat saya pada yang nak anak kembar atau yang sedang pregnant kembar, kita kena kuat. Kita ni insan yang di pilih Allah utk jaga amanah ni. Jangan sesekali merungut sebab kita tidak tahu, apa hikmah Allah berikan untuk kita. Suami pun kena banyak membantu,” kata Mastura.
Mama papa yang ada masalah anak picky eater, boleh ikuti tip dari dietitian ini ye.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung di Malaysia dari 18 Mac yang lalu dan kini dilanjutkan sehingga 14 April menyaksikan Tambak paling sibuk di dunia kini sepi setelah kerajaan mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya laluan tersebut bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas.
Ekoran daripada penutupan laluan tersebut, telah memberi kesan kepada ramai rakyat Malaysia yang rata-ratanya keluar bekerja ke Kota Singa itu. Terbaru menurut laporan akhbar Sinar Harian Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura semalam telah membantu membawa pulang 70 wanita hamil warga Malaysia yang bekerja di Singapura bersama-sama dengan 10 kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) melalui Tambak Johor.
“Dua buah bas telah digunakan untuk membawa pulang kumpulan ini yang berkumpul di Stesen MRT Kranji seawal jam 10 pagi,” menurut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Muhd Radzi Jamaluddin kepada Bernama.
Bawa Pulang Kerana Sudah Hampir Tarikh Bersalin
Beliau berkata, kumpulan itu telah mendapat perhatian awal pihaknya kerana mereka telah hampir cukup bulan untuk bersalin.
“Kami telah berusaha sedaya upaya supaya mereka pulang untuk melahirkan anak di kampung halaman masing masing,” katanya.
Beliau berkata, menurut kumpulan itu, mereka menghadapi kesukaran untuk melahirkan anak di Singapura dan telah mengambil keputusan untuk bersalin di tanah air.
“Ini kerana kedua-dua negara telah mengenakan pelbagai syarat dan larangan ke atas pelawat asing yang berubah dari hari ke hari yang mendorong kumpulan ini untuk pulang ke Malaysia secepat mungkin,” katanya.
Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Perlu Dikuarantin di Tempat Khas
Pada 31 Mac lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan semua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di tempat khas yang ditetapkan oleh kerajaan berkuat kuasa 3 April.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung mulai 18 Mac, terdapat warga Malaysia yang tiada kenderaan sendiri mengambil pilihan berjalan kaki untuk pulang menyeberang Tambak Johor sejauh kira-kira satu kilometer.
Semoga penularan wabak ini akan berakhir tidak lama lagi dan vaksin untuk menyembuhkan akan ditemui. Sebagai rakyat yang prihatin, terus patuh dengan arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah dan amalkan pencegahan seperti yang disarankan. Teruskan berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Stay Safe & Stay At Home!
DIY katil ini memang praktikal khususnya bagi keluarga yang ada anak kecil. Perkongsian instafamous Irene Nadia tentang katil DIY yang dibuat oleh suaminya menarik perhatian netizen.
Tidak dinafikan bagi keluarga besar, tidur bersama dengan anak atau co-sleeping bagus untuk akan membantu tumbesaran yang lebih baik kepada si manja. Anak yang tidur dengan ibu bapanya kurang mengalami stres dan mempunyai bonding yang kuat.
Menurut Irene, diy katil berkembar tersebut menggunakan dua unit katil bersaiz king. Ia memakan masa selama sebulan untuk disiapkan.
DIY KATIL 6 BERANAK
irine_nadia Sementara tunggu satu lagi tilam king nak sampai rumah minggu ni, kita layan dulu video installed double king bed frame ni. Ibu panggil katil DIY untuk 6 beranak je senang. Haha .
Nanti dah siap pasang tilam + bedsheet + comforter gebu-gebu, ibu sharekan ok hasil dia hehe. Masa mula-mula husband cakap nak DIY katil, ibu macam “yekee dia ni, ok wait & see”. Keluar rumah, balik dia bawak kayu, keluar lagi rumah bawak balik mesin pemotong kayu, keluar lagi rumah dia bawak balik mesin apetah haha.
And finally siap dahh. Ni tengah baring atas katil besar la ni cuma tilam lagi satu je la tunggu sampai kihkih. Seronokkkk, serius seronok. Golek dari hujung katil ke hujung katil sana. Memang tak bangun la jawabnya ? .
PENUH SENTIMENTAL VALUE SEBAB DIBUAT SENDIRI SUAMINYA
Penuh dengan sentimental value katil DIY yang ayah buat daripada awal ni 🙂 tq ayah. Anak-anak pun excited tanya bila nak bawak naik katil kat atas. Mana tak excitednya, semua nak tido sekali .
Kehilangan orang tersayang ibarat kesakitan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata walaupun orang nampak tenang di wajah. Walaupun hati dah reda kerinduan pada orang yang pergi itu tetap kuat di hati.
Bagi seorang suami, Izrul Mat Taib yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Norehan Zainal ketika 40 hari berpantang, semua dugaan ini sangat besar lagi-lagi bayi perempuan mereka, Annur Ayesha yang masih memerlukan kasih sayang dan susu seorang ibu.
Namun takdir Allah tiada siapa mampu menolak. Hanya demam biasa sehari sebelum pemergian sebelah petangnya, keesokannya Allah ambil buat selama-lamanya selepas doktor sahkan arwah ada darah beku di jantung.
Arwah isteri dah bagi petanda awal
Menurut Izrul tarikh pemergian arwah isterinya 14 Januari lalu sepatutnya due date arwah melahirkan permata hati mereka. Namun arwah melahirkan Annur Ayesha awal di usia kandungannya 34 minggu seberat 2.3 kg dengan selamat walaupun tak cukup bulan.
“Kelahiran Annur Ayesha ini memberi sinar kebahagiaan kepada kami berdua. Masa awal kelahiran Annur Ayesha memang arwah isteri dah serahkan tugas jaga anak pada saya. Arwah selalu pesan suruh saya belajar dan ajar macam mana nak urus bayi. Dia juga kata saya kena tahu semua kerana dia dah penat dan nak berehat.
“Arwah pun sempat pesan suruh saya bawa anak pergi check up dan saya ada cakap mana boleh. Nanti semua golongan ibu je bawa bayi. Dia sempat membalas ‘habis tu macam mana ibu yang meninggal tinggalkan anaknya’?
“Memang saya tak terlintas pun dia akan tinggalkan kami buat selamanya. Setiap malam dia suruh saya tidur sebelah anak dan dia akan tidur di hujung sambil perhatikan saya menguruskan bayi.
“Arwah juga selalu cakap biarlah Ayesha rapat dengan ayah dan semua keperluan Ayesha dari A-Z saya buat. Arwah hanya ajar dari jauh saja dan macam tak nak rapat.
“Susu pun apabila arwah pam saya akan bagi dalam botol dan dia cakap terpaksa buat macam ni kerana apabila dia tiada nanti anak tak lah menangis mencari ibu apabila dah tiada. Masa tu langsung tak terfikir kata-kata itu,” kongsinya.
Izrul menambah, ketika doktor mengesahkan arwah isteri dah tiada macam tak percaya walaupun dari awal lagi doktor kata harapannya hanya 50:50.
“Kalau saya tidur, dah tak akan bangun lagi..”
Mengimbau kembali saat arwah isteri jatuh sakit, Izrul menjelaskan sebelum Allah ujinya perasaan tak sedap hati itu dah ada.
“Ini kerana setelah saya bawanya ke klinik dan makan ubat pada hari tersebut, arwah kata badan dah rasa ok sikit dan mula berpeluh. Lepas tu saya ke tempat kerja sekitar jam 2 petang dan meninggalkan di bawah pengawasan mak.
“Dalam jam 5 petang, arwah mesej beritahu “Ibu dan Ayesha rindu ayah, balik cepat”. Masa tu tergerak hati nak balik cepat dan sampai di rumah tiba-tiba mak cakap arwah rebah. Terus bawa ke hospital. Sampai di sana kuku dan mata arwah kebiruan. Doktor syak jantung.
“Sepanjang menerima rawatan di kecemasan, arwah masih sedar dan boleh bercakap tapi dalam keadaan lemah kerana doktor nak stabilkannya. Masa tu arwah nak sangat jumpa Ayesha tapi saya suruh dia rehat dulu dan tidur.
“Tapi dia kata kalau dia tidur, dia tak akan buka mata dan bangun buat selamanya,” jelasnya.
Meninggal dalam ambulans
Masa dalam ambulans untuk pindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), doktor cakap harapannya 40:60. Arwah sempat pesan suruh semua ahli keluarga tunggu di HTAA.
“Waktu itu juga saya peluknya dan halalkan makan minum serta berjanji akan menjaga amanah yang ditinggalkan pada saya.
“Sampai di hospital memang arwah dah meninggal dan tak sempat jumpa anak kami buat kali terakhir dan pada tarikh sepatutnya dia melahirkan Ayesha,” katanya.
Allah uji pula Annur Ayesha sakit
Selepas beberapa hari pemergian ibu, Annur Ayesha pula sakit.
“Doktor telah mengambil air tulang belakangnya untuk mengesahkan apa penyakit anaknya.
“Kemungkinan apa yang diberitahu doktor Ayesha terdedah pada kuman dari orang ramai semasa melawat jenazah ibunya.
“Waktu itu memang ramai yang pegang dan menciumnya. Kebetulan pula dia masih bayi antibodi pun belum kuat lagi. Kini doktor terpaksa tahan wad selama 2 minggu untuk pemantauan.
“Doakan Ayesha kembali sihat seperti biasa dan saya boleh membesarkan cinta hati saya dan arwah isteri dengan sebaik mungkin,” jelasnya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.