Kekeluargaan

Kembar Seiras Yatim Piatu Terima Ijazah Kelas Pertama, Gembira Dapat Balas Jasa Nenek

Share

Kembar seiras yatim piatu terima ijazah kelas pertama, gembira dapat balas jasa nenek. Pasangan kembar seiras yatim piatu, Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof dan Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof, 23 tahun berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka.

Kembar Seiras Yatim Piatu Terima Ijazah Kelas Pertama

Dari kiri: Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof bersama neneknya, Wan Zaharah Ahmad dan Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof.

Pasangan kembar ini menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini. Lebih manis lagi, kejayaan itu hadiah terindah kepada nenek mereka iaitu Wan Zaharah Ahmad, 79.

Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana masing-masing menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Peralatan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada Ahad.

Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.

Pasangan kembar seiras yatim piatu berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka bersama segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini.

Wan Zaharah telah menjaga pasangan kembar itu sejak kecil setelah pemergian ibu bapa mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

SITI NUR MASMERA DALINA DAN SITI NUR MASTIKA DALIANA MASING-MASING MENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PERALATAN) DENGAN KEPUJIAN. 

Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa kami akan berada di sini meraih ijazah dan menerima penghargaan yang begitu bermakna.

“Segala yang kami capai adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi nenek kami iaitu Wan Zaharah selain bantuan diberikan oleh pihak universiti,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.

Selain itu, Siti Nur Mastika Daliana, turut berkongsi rasa syukur dan bangga atas kejayaan mereka meraih ijazah dalam bidang kejuruteraan.

“Kami sentiasa saling memberi semangat antara satu sama lain. Nenek juga sangat berjasa dalam hidup kami dan saya sangat hargai kasih sayang dan pengorbanan daripada nenek yang tiada galang ganti.

“Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, kami tahu bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara untuk keluar daripada kesusahan,” ujarnya.

Gembira Dapat Balas Jasa Nenek

Sementara itu, nenek kepada pasangan kembar berkenaan, Wan Zaharah berkata, dia berasa bersyukur apabila cucu kembarnya yang dibesarkan sejak kecil berjaya menamatkan pengajian dalam bidang diminati.

“Saya seorang suri rumah dan kehilangan suami, Awang Ngah Sulong ketika pasangan kembar itu berusia 15 tahun.

“SAYA SANGAT BANGGA DAN TERHARU DENGAN KEJAYAAN MEREKA. WALAUPUN KAMI TIDAK MEMPUNYAI BANYAK HARTA, SAYA SELALU BERPESAN SUPAYA MEREKA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.

“Mereka telah membuktikan bahawa usaha yang gigih serta berkat doa tidak pernah sia-sia dan mereka kini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya sambil menitiskan air mata kegembiraan.

Sementara itu, Wan Zaharah turut berterima kasih kepada pihak pengurusan UC TATI yang telah memberi peluang dan bantuan biasiswa asasi kepada cucunya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.

“Saya juga berterima kasih kepada Yayasan Terengganu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) atas sumbangan dana kebajikan kepada Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana hingga mereka berjaya menamatkan pengajian di UC TATI,” ujarnya.

PADA MAJIS ITU, SITI NUR MASMERA DALINA TELAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH REKTOR ATAS KECEMERLANGANNYA YANG TIDAK HANYA TERHAD KEPADA BIDANG AKADEMIK TETAPI JUGA AKTIF DALAM KOKURIKULUM.

Siti Nur Masmera Dalina juga merupakan contoh teladan kepada pelajar lain dengan penglibatannya yang aktif dalam pelbagai program universiti dan pencapaian akademik yang konsisten.

Sementara itu Rektor UC TATI, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, beliau turut memuji keberanian dan semangat kedua-dua kembar tersebut.

“Mereka adalah contoh terbaik kepada semua pelajar bahawa kejayaan bukanlah semata-mata bergantung kepada keadaan asal kita tetapi kepada usaha dan komitmen yang kita tunjukkan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian 

Baca artikel lain juga: Rezeki Bayi Kembar Lima Bakal Terima Insentif RM529,000, Ibu Bapa Pun Layak Dapat Elaun

Respect! Bakal Timang Cucu Ke-11, Warganet Kagum Semangat Nenek Kejar Impian Dapatkan Ijazah

Genetik Ibu, Usia Lebih 35 Tahun & Susukan Anak Pencetus Kandungan Kembar Tak Seiras. Petua Hanya Mitos!

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

Published by
Has