Kembar yatim piatu, S Yamuna dan S Yasoda berjaya genggam ijazah, nenek jadi sumber inspirasi. Pasangan kembar S Yamuna dan S Yasoda, 23, berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan selepas melalui perlbagai cabaran.
Pasangan kembar dari Dengkil, Selangor ini dibesarkan oleh datuk dan nenek sejak kecil selepas ayah meninggal dunia akibat kemalangan pada 2006 dan ibu pula pergi buat selamanya tiga tahun selepas itu akibat kanser paru-paru.
S Yamuna berkata, sekali lagi mereka diuji dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2010 yang menyebabkan datuknya meninggal dunia.
Jelasnya, dia bersama kakak dan abang kemudiannya dibesarkan oleh nenek dan banyak bergantung dengan bapa saudara dan bantuan bulanan diberikan kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan UTM.
‘’Nenek, A Letchumy, 70 merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,” katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-68 di sini pada Rabu.
Pasangan kembar yang turut memperoleh Anugerah Dekan berkata, meskipun menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan namun mereka tidak pernah berputus asa untuk mengejar impian menjadi seorang akauntan.
Jelasnya, kejayaan itu merupakan hadiah terindah diberikan kepada neneknya yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dia bersama adik kembarnya.
“Kami sentiasa menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain. Kami gemar belajar seawal jam 4 pagi dan kerap ulang kaji bersama.
“Segala yang kami capai merupakan usaha dan sokongan nenek, kakak dan abang,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Kembar Seiras Yatim Piatu Terima Ijazah Kelas Pertama, Gembira Dapat Balas Jasa Nenek
Rezeki Bayi Kembar Lima Bakal Terima Insentif RM529,000, Ibu Bapa Pun Layak Dapat Elaun
Teringin Anak Kembar, Zulin Aziz Minta Doakan Impian Dikurniakan Zuriat Jadi Kenyataan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my