Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Ia salah satu punca bayi mengamuk dan menangis, bimbang terkena sawan tangis!

Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.

Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.

Kembung Perut Jangan Dipandang Ringan! Salah Satu Punca Bayi Mengamuk & Meragam. Takut Terkena Sawan Tangis

6 SEBAB KEMBUNG PERUT

Walaupun sebab sebenar kembung perut pada bayi tidak diketahui, ia berkemungkinan berlaku kerana beberapa sebab berikut;

  • Masalah pencernaan pada usus di mana bayi berkemungkinan alah kepada protein susu lembu atau alah kepada laktosa.
  • Usus bayi belum matang yang menyebabkan pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
  • Posisi dan cara bayi disusukan boleh jadi penyebab. Bayi mungkin kurang menyusu atau menyusu terlalu banyak.
  • Bayi tidak atau kurang disendawakan.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Selain itu, sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran boleh menyebabkan masalah kembung.

Kembung Perut Jangan Dipandang Ringan! Salah Satu Punca Bayi Mengamuk & Meragam. Takut Terkena Sawan Tangis

Ads

KENALI 3 TANDA BAYI KEMBUNG PERUT

Mama papa boleh kenali bayi yang sedang kembung perut dengan beberapa petanda ini;

  1. Si kecil menangis sekuat hat dan nyaringi dalam jangka masa yang lama dan sukar ditenangkan.
  2. Kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan digenggam.
  3. Tangisannya ‘aahh’ menunjukkan bayi sedang kolik.
  4. Kembung perut tidak akan menunjukkan petanda seperti berkaitan dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain.

Kembung Perut Jangan Dipandang Ringan! Salah Satu Punca Bayi Mengamuk & Meragam. Takut Terkena Sawan Tangis

6 TIP HADAPI ANAK KEMBUNG

Ads

Tiada rawatan yang khusus untuk bayi kembung perut. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur tiga hingga empat bulan. Bagaimana pun, jika anak anda kembung perut, mama dan papa boleh lakukan 6 tip ini;

  • Letak minyak angin.
  • Kurangkan pendedahan bayi kepada suasana dan bunyi bising.
  • Bawa bayi bersiar-siar
  • Jangan sekali-kali menggoncang bayi untuk menghentikan tangisannya!
  • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
  • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut

Jika mama papa stres dan letih,dapatkan bantuan ahli keluarga untuk menjaga bayi. Mama papa rehat yang secukupnya.

Kembung Perut Jangan Dipandang Ringan! Salah Satu Punca Bayi Mengamuk & Meragam. Takut Terkena Sawan Tangis

BILA KEMBUNG PERUT BOLEH JADI SERIUS?

Ads

Terdapat tiga keadaan yang menunjukkan bayi anda perlukan rawatan segera. Antaranya ialah tangisan bayi  seperti di dalam kesakitan.

Bayi mengalami kondisi seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit. Sila dapatkan rawatan segera sekiranya suhu badannya meningkat dan bayi demam.

Selain itu, sekiranya mama papa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri juga disarankan mendapatkan rawatan.

 

KEMBUNG PADA BAYI BOLEH DIELAK

Kembung perut pada bayi boleh dielakkan dengan beberapa cara berikut.

  • Jika bayi anda menghisap susu botol, pastikan saiz puting yang sesuai dengan usia bayi.
  • Pastikan bayi disendawakan.
  • Bagi bayi yang menyusu susu ibu, ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis, dan kafein kerana ini dipercayai sebagai punca kembung perut pada bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI