Semua pasangan suami isteri ingin bahagia hingga till Jannah. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir yang berlaku dalam rumah tangga.
Kala ini nama Fazura dan Fattah Amin menjadi sebutan ramai setelah pelbagai spekulasi yang melanda pasangan ini. Paling mengejutkan dengan fail perceraian dan beberapa hari lalu pasangan ini telah menghadiri prosiding pertama kes cerai di mahkamah.
Pastinya semua yang mengenali pasangan ini ingin kan mereka bersatu kembali hidup bahagia. Namun tiada siapa yang tahu disebalik apa yang terjadi kepada pasangan ini. Biarlah ia menjadi rahsia mereka.
Malah melihat wajah tenang Fazura dan ceria, hakikatnya emosinya sedang berkecamuk. Sebagaimana yang didedahkan oleh pengurus aktres ini, Iman Tang.
Katanya, Fazura terkesan dengan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya bersama pelakon Fattah Amin sehingga sering menangis ketika meluahkan isi hati kepadanya.
“Ada yang kata Fazura depan media boleh senyum, takkanlah dia nak menangis. Sebenarnya dia memang sedih, setiap malam bersedih. Kadang-kala, kami berborak hingga lewat malam dan saya juga menjadi saksi dia tidak dapat menahan air matanya itu.
““Mana-mana wanita yang mengimpikan alam perkahwinan yang bahagia juga tidak ingin perkara sebegitu berlaku. Jadi janganlah kita salah mentafsir.”
“Saya tahu dia (Fazura) kuat. Tapi apabila dia telefon saya dan menangis, saya katakan kepadanya, menangislah sepuas-puasnya agar dia lega, jangan tertekan dan memendam perasaan.”
Disoal sama ada Fattah pernah berkongsi hal rumah tangganya, Iman berkata, aktor terbabit tidak pernah bercerita kepadanya perihal perkahwinan mereka sebaliknya hanya meminta nasihat berkaitan kerja.
“Fattah tidak pernah kongsi atau minta nasihat dari saya berkaitan rumah tangganya. Dia ada hubungi saya tapi tidak bercakap mengenai Fazura sebaliknya minta nasihat mengenai kerjaya.
“Selepas permohonan cerai dilakukan Fazura pun, Fattah tidak cuba hubungi saya dan kalau dia tanya mungkin saya boleh bantu.”
Iman atau nama sebenarnya Nur Iman Tang, berkata turut berasa sedih dengan situasi yang dilalui pasangan selebriti terbabit.
Terdahulu, Fattah dilaporkan belum bersedia untuk melepaskan Fazura ketika sebutan kes permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, kelmarin.
Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan berkenaan ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini.
Sumber: Kosmo
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI