Tular semalam di media sosial berkenaan kes dera yang melibatkan kanak-kanak di sebuah tadika di Melaka. Guru-guru yang terlibat dalam kes dera kanak-kanak di tadika tersebut telah di siasat oleh PDRM. Namun rata-rata netizen masih belum berpuas hati dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak di tadika tersebut kerana perbuatan guru tersebut tidak boleh diterima akal.
Susulan tular kes ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media. Menerusi kenyataan ini, KPM amat memandang serius dengan kejadian yang berlaku dan telah mengambil tindakan sewajarnya ke atas dua guru terbabit. Ikuti kenyatan media ini;
Ads
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius akan kejadian penderaan murid di tadika swasta di Melaka seperti yang tular di media sosial serta dilaporkan oleh media pada 13 Ogos 2018.
Ads
Kejadian terbabit telah berlaku di Tadika PPKK Seri Bijak Bestari 3, Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka melibatkan dua orang guru yang terlibat. Ini bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid dan bertugas di tadika berkenaan.
Pihak Pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam operasi mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur 4+ dan 5+. KPM mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk memantau pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung.
Pada 11 Ogos 2018, kes ini telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KPM menyerahkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru-guru terbabit.
Baru-baru ini viral gambar satu keluarga telah berjaya melepasi sekatan jalan raya bagi Perintah Kawalan Pergerakan (antara negeri) yang dikeluarkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.
Menurut sumber, keluarga tersebut menunjukkan kad kesihatan anak kepada polis dengan alasan terpaksa pulang ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan kesihatan untuk bayi mereka. Difahamkan keluarga tersebut dengan bangga mengambil gambar dan memuatnaik ke dalam group whatsapp. Gambar tersebut akhirnya tular di media sosial.
Yang menyedihkan apabila ada yang terkesan akibat perbuatan mereka-mereka yang dengan sengaja melanggar PKP ini. Ada yang betul-betul mempunyai kes kecemasan terjejas kerana sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Puan Nur Lydia Rose Hafiezaantara mangsa yang terjejas akibat perbuatan orang lain. Dia yang berada di wad kanak-kanak Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan untuk anaknya yang menghidap kanser terkilan apabila suaminya diarahkan berpatah balik sedangkan suaminya ingin menjemput dia dan anaknya yang sudah boleh keluar dari wad.
Dia berkongsi cerita ini agar lebih mereka-mereka yang melanggar PKP lebih bertanggungjawab dan tidak menyusahkan orang yang betul-betul berada dalam kecemasan yang perlu merentasi daerah.
Disebabkan gurauan diviralkan di Media Social pasal datang KL tunjuk kad kesihatan untuk lepasi roadblock
Harini Boleh Discharge Dari Hospital, Tapi Suami Kena Patah Balik
Anak aku warded untuk operation buang tumor di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur. Harini anak aku dah boleh discharge dari hospital. Waktu suami on the way ke KL dia kena tahan dekat Tol Gambang sebab tak ada permit untuk keluar negeri.
Surat Bukti Dah Tunjuk Tapi Polis Tak Boleh Terima
Surat bukti dah tunjuk tapi tak boleh terima..dia bagi pilihan u turn atau saman. Waktu tu dah pukul 12 lebih tengahari nak gerak dari Tol Gambang pusing ke IPD Kuantan around 30 minit nak sampai tu pun kalau tak jem dengan roadblock apa semua. Call ipd kuantan, dia orang tak boleh keluarkan permit tu sebab dah pukul 1.
Bayangkan, Kes Aku Ni Kes Kecemasan
Bayangkan kes emergency macam aku ni nak discharge tapi tak dan nak ambik permit untuk keluar dari negeri.
Alhamdulillah Polis Benarkan Selepas 3 Jam Berunding
Aku decide untuk deal dengan BUKIT AMAN. Aku direct dengan dia then sana deal dengan IPD KUANTAN. Alhamdulillah benda tu settle tapi makan masa 3 jam.
Aku Tak Ada Tempat Nak Berteduh Di KL Ni
Aku ni tak ada tempat tinggal di KL, sekali dah discharge mana boleh aku stay lagi dekat wad.
Anak Antibody Tak Kuat Nak Duduk Lama Di Hospital
Lagipun anak aku ni PATIENT ONCOLOGY dan antibodi tak kuat tak boleh keep lama dekat ward..disebabkan gurauan yang diviralkan tu kami terpaksa tanggung semua ni harini.
Gurauan Orang Lain Langgar PKP, Perjalanan Orang Yang Kecemasan Pula Terjejas
KAU FAHAM TAK GURAUAN KAU TU menjejaskan perjalanan anak aku pergi keluar hospital!! Anak aku ni fully treatment dekat HTAKL!
TOLONG LAH celik akal sikit jangan menyusahkan kami. Terima kasih BUKIT AMAN sudi membantu.
Patutnya Boleh Guna Surat Hospital Sebagai Surat Pelepasan, Tak Sangka Lepas Kes Viral Dah Tu, Surat Hospital Tak Diterima Sebagai Bukti
Kami dah dimaklumkan dari pihak hospital bukti surat discharge note tu boleh guna untuk melepasi roadblock
Discharge ward ni kita tak boleh expect doktor nak discharge pukul berapa, macam IPD KUANTAN ..ambik permit dari pukul 8 hingga 1tengah hari. Saya dapat discharge pukul 12, mase tu agak terhad untuk selesaikan bab permit sebab kami pun tak tahu pasal permit tu sedangkn kami dah dimaklumkan dari pihak hospital bukti surat discharge note tu boleh gune utk melepasi roadblock..
P/s “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”
#cancerfighter #rhabdomyosarcoma
Bermula Kisah Anak Penghidap Rhabdomyosarcoma (Prostatic Tumor)
Anak saya, Riyadh Adrian Sabriel Al Hayden 1 tahun 5 bulan menghidap Rhabdomyosarcoma (Prostatic Tumor) sejak umurnya 11bulan. Saya terpaksa berulang dari kuantan ke kuala lumpur (KL) sejak 28.8.2019 lagi bagi mendapatkan rawatan untuk anak saya.
Mula-mula dulu dia meneran macam sembelit jadi kami expect dia tak kencing. Pada 25.8.19, kami bawa anak pergi ke klinik swasta. Doktor cakap mungkin sembelit jadi doktor masuk ubat sembelit. Tapi petang pun masih tak ok.
Jadi kami pergi ke Hospital Tengku Afzan, keadaan pun masih sama. Masuk 26/8 masih anak kami masih tak ok. Saya pergi ke swasta, tak dapat nak x-ray dan anak terpaksa bertahan sampai 27.8.19. Keadaan anak makin teruk, kami pergi ke klinik swasta, doktor buat ultrasound nampak ada ketulan. Kami di refer ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Pada 28.8.2019 dia buat CT Scan, memang nampak ada ketumbuhan. Jadi doktor buat keputusan unturk refer ke KL, esoknya 29 hbln doktor terus refer ke Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.
Sehingga sekarang kami terpaksa berulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan untuk anak.
Saya nak pesan, kesianlah pada kami yang selalu ada treatment dekat hospital yang luar dari kawasan kami. Kami jadi susah nak bergerak, kami kadang-kadang bila anak demam sakit sikit pun kami kena pergi ke Hospital yang ada detail pasal anak kami. kita permudahkan urusan orang insyallah Allah s.w.t permudahkn urusan kita.
Sudah menjadi kebiasaan kalau menonton filem, kita gemar mengunyah bertih jagung. bahkan ini jugalah kudapan yang akan kita berikan kepada anak-anak supaya mereka leka ketika filem sedang ditayangkan dan tidak merengek itu ini.
Tahukah anda, tabiat itu sebenarnya bahaya apatah lagi jika bertih jagung diberikan kepada anak yang berusia lima tahun ke bawah?
Satu insiden buruk telah berlaku kepada seorang budak lelaki yang diberikan bertih jagung oleh ibunya didapati tercekik makanan ini. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh ibunya, Nicole Johnson Goddard melalui statusnya di laman Facebook.
“Saya mahu berkongsi pengalaman yang membuka mata kerana tidak ramai yang tahu bahaya bertih jagung terhadap anak kecil. Kami menonton filem pada Sabtu lepas dan makan bertih jagung seperti yang selalu kami lakukan. Saya tidak berfikir dua kali ketika memberi bertih jagung kepada Nash. Nash ada tercekik sedikit ketika makan tapi dia nampak baik saja. Kami tak nampak apa-apa yang keluar dari mulutnya, jadi kami fikir semuanya elok. Apa yang kami perhatikan, dia sering terbatuk selepas itu.
Esoknya, dia masih elok saja tetapi saya perasan bunyi batuknya agak pelik. Itu yang membimbangkan saya. kemudian Nash nampak seperti kepanasan dan mula meragam. Saya dapati dia demam dan saya berikan dia ubat. Selepas itu, saya tidurkan dia. ketika tidur, saya dapati nafasnya lain macam.
Saya terus hubungi pakar kanak-kanak yang kami biasa dan beritahu padanya yang Nash harus diperiksa segera. Kami bawa Nash ke hospital dan doktor menjalankan ujian X-ray terhadapnya. Dia nampak seperti tidak suka dengan apa yang dia lihat, jadi dia jadualkan untuk buat pembedahan Bronchoscopy. Kami terus diterbangkan ke Denver untuk menjalankan prosedur itu. Saya menangis sepanjang dia dibedah.
Kata doktor, dia tercekik bertih jagung dan ia tersekat di paru-parunya. Hal ini menyebabkan Nash mengalami pneumonia pada paru-paru kiri. Doktor juga memberitahu mereka dapat mengeluarkan enam ketul bertih jagung ketika pembedahan. untuk memastikan mereka berjaya mengeluarkan kesemua bertih jagung itu, doktor terpaksa menjalankan prosedur yang sama selama dua hari.
Apabila para doktor sudah yakin Nash pulih, kami dibenarkan untuk membawanya pulang. Sememangnya pengalaman ini umpama menaiki roller coaster. Nash sememangnya anak yang kuat dan dia pulih dengan cepat.
Kalaulah saya tidak mempercayai naluri keibuan saya, dah tentu penyudahnya lebih teruk. Saya juga diberitahu bahawa bertih jagung tidak sesuai diberikan kepada anak kecil berumur lima tahun ke bawah. Saya benci untuk menggunakan alasan yang dia merupakan anak ketiga kami jadi saya terlepas pandang dan tidak peka dengannya.”
Ada masanya, perkara remeh boleh menjadi pengajaran kepada kita. Setiap hari kita mencuba yang terbaik untuk berikan keselesaan kepada anak-anak. Tidak pernah kita sangka, bertih jagung boleh mendatangkan kemudaratan seperti itu sekali kepada anak kecil. Maka, beringatlah dan pastikan anda pilih snek lain yang lebih sihat ketika menonton filem bersama yang tersayang.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka.
Namun, bukan semua bertuah diberikan rezeki itu. Ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya malah tidak kurang juga menggunakan pelbagai kaedah rawatan kesuburan untuk hamil.
Bagaimanapun ada pasangan yang diuji apabila hanya menunggu masa saja untuk menimang cahaya mata tetapi tak kesampaian apabila bayi dalam kandungan meninggal dunia hanya beberapa hari lagi nak melihat dunia.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini melalui yang diuji setelah bayi dikandung dijemput Allah pada usia kandungan 38 minggu dan bila-bila masa saja menjengah dunia.