Tular semalam di media sosial berkenaan kes dera yang melibatkan kanak-kanak di sebuah tadika di Melaka. Guru-guru yang terlibat dalam kes dera kanak-kanak di tadika tersebut telah di siasat oleh PDRM. Namun rata-rata netizen masih belum berpuas hati dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak di tadika tersebut kerana perbuatan guru tersebut tidak boleh diterima akal.

Kementerian Pendidikan Malaysia Tarik Permit Mengajar 2 Guru Terbabit! Elak Kes Dera Berulang

BACA: “Tak Sangka Orang Yang Saya Perjaya Jaga Anak Saya Sebenarnya Berhati Binatang!” Ibu Mangsa Dera Dekat Taska Luah Perasaan Di Facebook

Susulan tular kes ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media. Menerusi kenyataan ini, KPM amat memandang serius dengan kejadian yang berlaku dan telah mengambil tindakan sewajarnya ke atas dua guru terbabit. Ikuti kenyatan media ini;

IKLAN

 

Kementerian Pendidikan Malaysia Tarik Permit Mengajar 2 Guru Terbabit! Elak Kes Dera Berulang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius akan kejadian penderaan murid di tadika swasta di Melaka seperti yang tular di media sosial serta dilaporkan oleh media pada 13 Ogos 2018.

IKLAN

Kejadian terbabit telah berlaku di Tadika PPKK Seri Bijak Bestari 3, Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka melibatkan dua orang guru yang terlibat. Ini bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid dan bertugas di tadika berkenaan.

Pihak Pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam operasi mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur 4+ dan 5+. KPM mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk memantau pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung.

Pada 11 Ogos 2018, kes ini telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KPM menyerahkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru-guru terbabit.

IKLAN

Sekian.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
14 Ogos 2018

Sumber: Laman Rasmi Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI