
Detik melahirkan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Ketika itu, sokongan suami dengan berada di sisi isteri ketika mengharungi kesakitan kontraksi amat diperlukan.
Jika hospital pilihan anda berdua membenarkan suami menemani isteri, berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan buat suami ketika berada di dalam bilik bersalin.
1. Kuatkan semangat
Suami adalah hero buat isteri dan si anak. Jadi, papa kena kuat daripada segala aspek. Kalau takut darah atau jarum suntikan, papa kena bertahan dan kuatkan semangat. Sebaik-baiknya, papa berdiri atau duduk dekat dengan bahagian kepala isteri supaya dekat dengan telinganya. Tentu ia akan lebih memudahkan anda memberi kata-kata semangat dan pada waktu kontraksi menyerang, papa dapat mengosok bahagian belakang isteri.
2. Tahu teknik meneran
Sebab inilah papa perlu sama-sama menyertai kelas antenatal. Dengan itu, papa dan isteri boleh belajar teknik meneran yang betul. Jadi, apabila tiba masanya, papa dapat membantu mengingatkan isteri, cara meneran dengan betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan lancar.
Artikel Menarik: [Anak Demam Perkara Biasa, Tapi Kalau Kerap Sangat Mungkin Sebab 6 Perkara Ini. Cuba Periksa!]
3. Bacakan doa dan zikir
Ketika sakit kontraksi datang, kadang-kadang isteri hilang kawalan. Disebabkan itu, mungkin isteri lupa doa dan zikir yang patut diucapkan bagi mengurangkan rasa sakit. Untuk itu, papa kena jalankan peranan dengan membantu membacakan doa dan zikir yang berkaitan.
4. Bantu isteri meneran
Ketika tiba saat untuk meneran, papa perlu memberi sokongan. Antara yang boleh papa lakukan ialah mengampu badan isteri atau memegang erat tangannya agar lebih mudah untuknya meneran.
5. Redakan kesakitan isteri
Proses meneran mungkin berlaku lebih daripada sekali. Tambahan pula, meneran hanya boleh dilakukan ketikan kontraksi datang menyerang. Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri dengan mengurut bahagian belakangnya, mengelap peluh mahupun bisikkan kata-kata semangat. Papa boleh juga berzikir dan membaca doa bersama-sama isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demam On Off Kerana Sakit Hernia, Selepas 8 Bulan Melaluinya Hadeef Kembali Sihat

Hernia biasanya akan dialami oleh bayi lelaki di awal usianya. Namun ramai ibu bapa tak perasan perubahan pada bahagian kemaluan anak. Sebagai petunjuk awal, anak akan merengek serta menangis kerana rasa tak selesa.
Pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu ini, Zurin Awin mengenai anak ketiganya Muhammad Hadeef Aswad Bin Syarifullah yang mengalami hernia ketika usianya sebulan sehingga 8 bulan dan berjaya menjalani prosedur pembedahan itu kini telah sihat.

Saja mama nak share,anak bongsu mama ni lahir 18/12/2018. Dalam pantang Hadeef tak banyak meragam tapi ada 1 malam tu Hadeef nangis kuat sangat macam sakit. Bagi susu pun tak mahu. Tak tidur sampai pagi. Nak salin pampers mama tengok telur Hadeef macam bengkak. Mama dah mula risau. Ajak abah pergi hospital. Doktor periksa dan doktor cakap ni hernia ( Angin Pasang @ Pasang Surut ). Doktor Hospital Baling bagi surat refer pakar Hospital Sultan Abdul Halim SP. Dah pergi hospital sana, doktor bagi TCA umur Hadeef 6 bulan. Doktor cakap kalau tak surut juga mungkin akan operate.

Start dari hari telur Hadeef membengkak tu, kesihatan Hadeef tak stabil.. Demam on off. Demam je mesti telur Hadeef bengkak.. Umur 4 bulan Hadeef berak darah berketul-ketul. Pergi hospital baling, kena transfer ke Hospital Sultanah Bahiyiah Alor Star(HSB). Scan kat sana pakar cakap berdarah disebabkan usus keluar masuk. Kena warded 3 hari..Tak boleh operate lagi sebab Hadeef demam. Lepas 3 hari boleh balik. Doktor bagi tarikh operate 16/7/19.

Selama kat rumah, Hadeef kerap demam. Mungkin tahan sakit telur yang bengkak tu..Boleh tengok gambar. Sekali lagi mama & abah bawa Hadeef ke Hospital Baling..Doktor Hospital Baling tak boleh buat, transfer ke HSB plk.. Sebelum ke HSB, pakar order rest tiub untuk emergency operation.. Mama dah takut. Tapi sampai sana tetap tak boleh operation.. Hadeef demam kuat,suhu 39.5′.. Warded lagi..

Dah sampai tarikh 16/7/19.. Warded kat HSB.. Pakar bius datang result kecewa lagi tak boleh operation.. Sbb Hadeef batuk berkahak.. Takut ganggu paru-paru.. Doktor bagi tarikh 25/9/19.. Tapi Alhamdulillah tarikh 22/8/19 ada slot kosong..21/8 warded, pagi 22/8/19 Hadeef dah operate.. Alhamdulillah selesai semuanya..sekarang bebird hadeef dah comel. Bulan depan umur hadeef dah cukup setahun..cepat je masa berlalu.. Perut mama bekas caeser pun masih terasa lagi.

Untuk mummy-mummy baby hernia, jangan risau kalau doktor cakap perlu operate. Untuk kebaikan anak kita juga. Semoga anak-anak kita semua sihat & dilindungi olehNya.
Sumber: Zurin Awin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belum Reda Dengan Koronavirus, Mangsa Virus Polio Pula Meningkat. Mangsa Tak Ambil Vaksin Polio Sejak Lahir

Belum lagi reda dengan kes wabak koronavirus, kes polio pula mencatatkan peningkatan angka mangsa yang dijangkiti virus tersebut. Kes yang dilaporkan oleh Harian Metro tersebut berlaku di Sabah dan mangsa jangkitan polio baru berusia 3 tahun.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Sandakan dikesan dijangkiti virus polio menjadikan empat kes polio dilaporkan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak bukan warganegara itu mendapat rawatan di hospital selepas mengalami gejala lemah kaki kiri pada 18 Januari lalu.
Menurutnya, kes disahkan polio oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Australia pada 5 Mac lalu dan siasatan mendapati kanak-kanak terbabit tidak menerima vaksin polio sejak lahir.
“Ia kes terbaharu disahkan polio di Sabah. Sebelum ini terdapat tiga kes membabitkan bayi tiga bulan dari Tuaran, kanak-kanak tiga dan lapan tahun dari Sandakan serta 11 tahun dari Kinabatangan.
“Hanya bayi yang masih dirawat di hospital dan memerlukan alat bantuan pernafasan, namun dilaporkan stabil. Manakala tiga kes adalah bukan warganegara dan tidak menerima vaksin polio,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Noor Hisham berkata, semasa aktiviti kawalan dan pencegahan polio dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lapangan pada 24 Januari lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dari Semporna ditemui mengalami gejala Acute Flaccid Paralysis.
“Kanak-kanak itu demam pada 10 Januari diikuti lemah kaki hingga tidak dapat berjalan seperti biasa pada 17 Januari, namun tidak dibawa mendapatkan rawatan.
“Hasil penelitian pakar, kes itu diklasifikasi sebagai polio compatible memandangkan gejala dialami mirip kepada polio,” katanya.
Selain itu, katanya, KKM turut menjalankan survelan bagi mengesan virus polio dalam persekitaran dan sebanyak 13 sampel air kumbahan diambil dari beberapa lokasi di Sabah.
Beliau berkata, survelan persekitaran diperluaskan ke semua daerah di Sabah dan Semenanjung Malaysia bagi memastikan virus polio dikesan awal agar langkah kawalan dan pencegahan dapat dijalankan segera.
Sumber: Hmetro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Tahu Gender Bayi Sehingga Hari Dilahirkan, Saharul Ridzwan Sujud Syukur Bila Dapat Tahu Isteri Lahirkan Anak Perempuan

Baru-baru ini pelakon Saharul Ridzwan berkongsi dengan peminat di laman Instagramnya mengenai kelahiran bayi baharu mereka. Kini keluarga kecil mereka lengkap dengan sepasang cahaya mata yang comel-comel.
Isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir pula ada berkongsi tentang kehamilan anak kedua mereka di instagram miliknya. Selain itu, dia juga turut berkongsi momen indah saat dimaklumkan tentang jantina anak yang dilahirkan.

Mesra dengan panggilan Deena Emir, menurutnya kehamilan kali ini agak berbeza sehingga menyebabkan emosinya juga kurang stabil.
Deena memuat naik video momen yang mana pertama kali anaknya Ali bertemu adik yang baru dilahirkan. Walaupun kelihatan Ali tersenyum malu namun pastinya si kecil ini juga teruja seperti mummy dan babanya dengan kehadiran bayi tersebut.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. Subhanallah Alhamdulillah Laa ilaaha illallah Allahuakbar. ️
Antara doa yang paling saya & suami harap dimakbulkan sepanjang Ramadhan haritu adalah hadirnya zuriat perempuan sebagai pelengkap hidup. Paling diminta, dan bila dah dapat rasa dia macam… Ya Allah Maha Baiknya Kamu, kabulkan hajat hambaMu yang hina ni pada waktu yang sangat diminta.
Ramai tak tahu yang sebenarnya from the early stage of pregnancy sampai la dalam labour room, kami suami isteri langsung tak tahu apa gender baby kali ni. Memang dari awal scan dah informed awal awal dekat doctor jangan mention apa jantina baby saja nak rasa surprise (walaupun dalam hati memang nak sangat baby girl). Pregnancy kali ni memang totally different dengan Ali dulu. Deena 2,3x admitted dalam hospital, demam panas almost 40c, alahan teruk ya amat, tak boleh bau masak masak ni, muntah sampai lembik nangis2 tak larat, emosi tak stabil (kesian Ali awal awal dulu selalu mummy marah marah dia im sorry baby) lepas tu suka makan manis2 sampai dapat GDM. Nasib baik just control my diet, tak perlu insulin. So baby kali ni agak besar sikit compared to abangnya.
To be continue..
View this post on InstagramA post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Dalam satu lagi posting yang dibuat oleh Deena, menyambung perkongsiannya tentang kehamilan kali ini. Menurutnya saat diberitahu dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan, dia kata yang dapat digambarkan tentang perasaannya ketika itu. Betapa gembira dengan kurniaan Ilahi buat mereka sekeluarga.
Ternyata bukan Deena sahaja yang teruja, malah suaminya Saharul Ridzwan turut gembira sehingga melakukan sujud syukur dengan berita tersebut.

Tambahnya hilang segala kesakitan penat bersalin kerana kegembiraan tersebut. Deena juga turut mendoakan semoga anak-anaknya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.
Continue… .
10th June Deena ada final check up. Ambil CTG, doctor found out that contraction Deena agak strong & bukaan 1.5cm. Terus admitted. 11th June next day, suddenly contraction slow down, but baby still healthy jantung okay. Bukaan pulak maintain je 1.5cm. Actually due asal is 16th June 2020. So doctor kata its okay la boleh balik dulu, datang balik a day before due nanti. Esoknya pula ada bleeding sikit, tapi tak sakit. Tanya doctor, she said if tak sakit then tak apa, air ketuban pun tak pecah lagi. Banyakkan exercise, berjalan pusing taman. Kita pun pusing la taman 2 rounds, makan durian, minum air kelapa, makan nenas sikit Sekali on the next day morning 13th June, pecah air ketuban kat rumah pukul 9 pagi! Panic sangat eventhough penah lalui experience yang sama. Sampai hospital pukul 10 pagi, masuk labour room. Bukaan masih 1.5cm. Contraction rasa tapi on & off. But CTG shown that graph for baby tak cantik baby tak respond dengan baik bila contraction datang. By 12.50noon terpaksa induced. Pukul 3pm, contraction dah maximum. Bukaan dah 5cm. Tapi kepala baby tak nak turun ke pintu rahim. Doctor risau takut tali pusat terbelit dekat leher atau kaki baby. Pukul 4pm terpaksa emergency czer, for the first time Deena ambil epidural. Kena inject dekat belakang badan time contraction tengah paling maximum, Allahuakbar sakitnya 4.21pm lahirlah puteri mummy, weight 3.3kg, length 51cm. Dan takde terbelit apa pun, everything just fine. Alhamdulillah. .

The moment nurse bagitahu “baby girl”. Allahuakbar! Berderai laju air mata. One of the greatest feelings ever. Macam mimpi. Dalam operation room @saharulridzwan tak boleh masuk. Tunggu dekat luar je. Dalam hati Deena masa dah tahu gender baby, takde fikir apa dah. For sure baba dia insan paling happy sekali & tak sabar nak tengok reaction @saharulridzwan. Rupanya Baba dia terus sujud syukur Happynya rasa hilang semua sakit penat tadi. Tak apa la mummy sakit macam mana pun, asalkan anak mummy selamat & sihat. Moga jadi hambaNya yang soleh & solehah anak anak mummy. Aamiin ya Rabb️
View this post on InstagramA post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali, 2 tahun.
Deena selamat bersalin anak kedua seberat 3.305kg pada 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal.
Sumber: IG Deena Emir & Saharul Ridzwan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


