“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik. “Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang “Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama.
“Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah.
Betul tak?
Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya.
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
Ads
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Kat sini, Ibu nak kongsi 7 tips, camna nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah :
Ads
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan.
Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
Ads
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
“Bagusnya anak aku ni, kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia”. Ingat jangan membanding dan beza anak-anak!
Sebenarnya ramai yang merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan adik-beradik lain, mereka selalu di marah, selalu lebihkan adik beradik lain dan selalu tak gembira dengan kehadiran mereka ini.
Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibu bapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka. Lagi-lagi anak kecil, cepatlah sentap, kalau ibu bapa dia selalu lebihkan adik-beradik yang lain.
Antara 4 faktor yang menjadi punca ibu bapa pilih kasih :
1) Anak Kebanggaan
Dalam ramai-ramai anak pasti ada salah seorang yang sangat membanggakan daripada ibu bapa. Selalunya anak yang belajar pandai, jaguh sukan atau pandai mengaji akan jadi anak kebanggaan.
Tetapi perlu ingat! Anak-anak lain ada kelebihan juga tau. Mungkin bukan dalam akademik tapi dalam kelebihan mereka sendiri. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.
2) Anak Yang Tidak Sihat
Anak yang tidak sihat selalu mendapat perhatian lebih malah ada yang beri sepenuh perhatian pada mereka ini sehingga mengabaikan anak yang sihat.
Anak yang sihat pun boleh jatuh sakit kalau di abaikan selalu. Sakit atau tidak setiap anak perlu perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka. Dapatkan bantuan dan adil lah dalam mengagihkan kasih sayang.
3) Anak Rajin
Anak yang rajin tolong ibu bapa semestinya ibu bapa akan sayang sangat sebabnya mereka ni meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa cenderung mempercayai anak yang rajin sehingga tak percaya langsung anak-anak yang lain.
Pernah terfikir tak yang anak-anak lain mungkin bukan pemalas nak membantu tapi mereka masih menunggu dapat kepercayaan dari ibu bapa sendiri. Beri kepercayaan seadil yang boleh supaya tiada yang rasa tidak di percayai.
4) Anak Bongsu
Anak bongsu memang selalu dapat perhatian lebih. Maklumlah yang paling muda dan anak terakhir sekali, jadi sayangnya lebih. Perhatian pun berlebih lebih, sehingga banyak anak bongsu jadi terlampau manja.
Waspada bila abang/kakak dah mula anggap adik dia sebagai ancaman kerana sikap iri hati dan cemburu tu pasti akan hadir dalam diri anak-anak. Saya percaya tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya saling bermusuhan.
Jika setiap anak-anak itu ibu boleh mengandungkan sama 9 bulan 10 hari, kenapa setelah lahir mahu di beza-bezakan kasih sayang dan perhatiannya.
Sesungguhnya cinta seorang ibu menyejukkan hati, cinta seorang ayah mententeramkan jiwa.
Sumber: Mohd Fhais
Saya percaya tiada ibubapa yang suka bila anak membandingkan kita dengan ibubapa lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menonton televisyen bersama keluarga sudah menjadi aktiviti wajib di malam hari. Begitu juga di hujung minggu. Malah aktiviti menonton ini seakan menjadi pengerat kasih sayang di antara ahli keluarga. Namun bukan semua beranggapan seperti ini.
Bagi Pn Widyana Ali, aktiviti menonton tv bersama suami dan anak-anak sudah lama ditinggalkannya. Bukan sekejap tetapi lebih empat tahun lalu. Malah bagi ibu muda ini, banyak perubahan dan kelebihan yang diperolehinya selepas melupakan televisyen dalam kehidupan seharian. Dengarkan perkongsiannya.
4 Tahun Tanpa TV
Bulan lepas cukup 4 tahun kami hidup tanpa tv. Masa mula-mula tinggalkan tv hidup rasa macam ada “kekurangan”, tapi lama-lama rasa hidup lebih bermakna.
Masa zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Inggeris saya selalu menggunakan perkataan “idiot box” untuk TV. Baru sekarang saya faham kenapa TV ni dipanggil idiot box.
Secara jujurnya, mula-mula memang susah nak hidup tanpa TV di rumah sebab saya sendiri memang penonton tv tegar sejak dulu. Tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin. Sekarang pelakon pun tak kenal.
Buat apa nak kenal pelakon kan? Dia bukan saudara mara kita ?
Dulu, memang saya rasakan TV itulah pengikat kasih sayang keluarga bila duduk sama-sama menonton drama dan movie. Rasa tenang nak buat kerja dengan anak yang duduk senyap menonton kartun dari pukul 2.30 petang sampailah pukul 6. Lepas habis slot kanak-kanak, tiba pula slot drama sampai waktu maghrib.
Tapi sekarang persepsi saya dah berubah. Banyak kelebihan untuk anak-anak bila tiada tv di rumah.
? Anak-anak kurang tantrum. Sebab mengadap tv lama-lama sebenarnya jadi stress tanpa sedar, macam orang kerja tengok computer lama-lama.
? Anak-anak senang dengar arahan.
? Mereka buat kerja jadi bertambah fokus sebab tiada gangguan.
? Lebih kreatif suka buat origami/art and craft/ gembira melompat gembira bila mama minta bantu di dapur.
? Tidak terpengaruh dengan iklan.
? Hidup mereka lebih gembira rupanya.
Hubungan Suami Isteri Makin Mesra
Kesan baik untuk saya dan suami:
1. Tiada lagi fenomena menonton TV dan terus masuk ke dalam TV. (Hypnotized)
2. Kurang marah, sebab anak-anak bila dipanggil terus menyahut.
3. Jadi rajin membaca bahan ilmiah, macam saya sangat suka membaca tentang pemakanan sihat, psikologi anak- anak dan motivasi.
4. Kerja rumah cepat selesai sebab tiada lagi menonton TV sambil lipat baju dan tiada lagi drama yang ditonton.
5. Senang nak solat di awal waktu. Ya Allah ni paling penting dalam hidup kita.
6. Banyak masa untuk borak dengan suami dan anak-anak.
Alhamdulillah segala yang baik itu daripada Allah.
Kepada kawan- kawan, cubalah ‘buang’ TV sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa tv lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan jadi lebih rapat dan boleh create long term memory untuk anak- anak.
Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman.Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa TV di rumah,silakan.
Gambar ni antara aktiviti luar yang kami selalu buat, pergi layan kapal terbang mendarat di belakang KLIA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor selebriti, Dr. Say meluahkan keinginan untuk mempunyai cahaya mata ketiga namun bimbang dengan nasib anak sulungnya, Ace yang disahkan menghidap Mild Autism.
Namun dia juga kasihankan anak kedua, Sef yang ingin bermain dengan si abang namun situasi kadang-kadang tidak mengizinkan kerana Ace berada di dalam mood yang kurang baik.
“Saya ada 3 adik beradik. Bini pulak ada 6 adik beradik. Masa kawin dulu kami ada bincang “bilangan anak yg ideal” bagi kami berdua & we agreed upon maximum 3 anak. Akan tetapi lepas Ace didiagnosed autism kami macam “sorang ni pun berat tuk kita tanggung apetah lagi 3”. Tapi bila autism Ace getting much better & bila dia besar sikit, nampak macam kesian dia takde kawan kat rumah (walaupun dia mostly bermain bersendirian) sebab bila anak buah sy datang rumah dia ada jugak “touch & go” cousins dia daripada tak touch langsung.”
“Jadi saya & bini decide “Its time for second one. Susah senang kita tempuhi bersama”. Selepas satu keguguran, Alhamdullilah kami dikurniakan Sef elok2 gap 2 tahun. Apa yg kami harapkan menjadi kenyataan yakni Ace dapat kawan cuma instead of kawan dia lebih kepada lawan. Awal2 kerap betul berkelahi depa dua. Ace macam tak boleh terima yg kasihnya dibahagi dua ataupun kanak2 autism tak suka berkongsi. Sekarang kami jadi lebih kesian kat Sef. Each time dia nak main dengan abang, kebanyakan masa dia di-pushed away.”
Tambahnya lagi, dia dan isteri dalam dilema sama ada perlu menambah anak atau pun tidak dan dalam masa yang sama dia risau jika anak-anak yang lain tidak bermain bersama anak sulungnya.
“Jadi sekarang kami in dilema “should we have a third one?”. Mungkin baiknya nanti Sef akan ada kawan tapi takut nanti Sef & adiknya berkawan sampai abaikan Ace. Sebab sy ada dengar banyak cerita adik beradik normal tak bermain malah tak pedulikan adik beradik yg ada autism. Care to share your story parents of special kids? Sy tau semua ini boleh di-train tapi sometimes kita nak dengar jugak dari mereka yg berpengalaman. Zaman sekarang ni takleh main kuah campur je peeps dengan OPR makin menaik, cost of living makin mahal. Kuah kena bercatu & ada circumstances kuah kena asing bukan macam zaman dulu kuah banjir sokmo. What say u?”
Memohon pendapat ramai, rata-rata memberikan pandangan yang positif buat pasangan doktor ini.
Tambah seorang lagi ok kot doc. At least Sef ada kawan nak bincang2 bila dah dewasa nti. Sakit pening emak ayah, nak jaga mak ayah, nak tengok2 kan Ace in the future, ada juga adik beradik lain utk Sef bawa berbincang. Klu x Sef sorang2 kena fikir. Max is 3.. cukuplah..😍
littlekartini’s profile picture
Tambah lagi doc. Risau bila besar Sef tak boleh jaga Ace (mungkin faktor kewangan or bini tak suka, ini CONTOH) atleast anak doc yang ketiga @ keempat boleh take over. Maaf kalau terguris hati doc, sekadar pandangan sy doc. Sef baik insyaAllah, bini Sef wallahualam.
alif_musa88’s profile picture
Sekadar pandangan saya, saya 3 beradik. Saya sorang lelaki lain pempuan.sebagai yang pernah menghantar ibu saya ke liang lahad dan menurunkan ibu saya hingga di kambus tanah. Saya menyambut ibu saya di bahagian pinggang. Bahagian kepala dan kaki bukan anak yg menyambut ibu saya. Jadi saya mengharapkan anak 3 lelaki. Dengan harapan jenazah saya nanti dari kepala, kaki dan pinggang anak saya yg sambut. Anak saya yg imamkan mayat saya dan anak saya yg talkin saya. Apa pon semua bergantung kepada rezeki, cuma tu harapan pengakhiran saya
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...