Sesuai sangatlah kalau papa dan anak yang berkongsi minat bermain game untuk bercuti ke SEM9 Esports Hotel! Terletak di Senai, Johor hotel ini sangat sesuai dijadikan destinasi percutian sekeluarga kerana ia terletak lebih kurang 9km dari Johor Premium Outlets (JPO) dan 32km dari LEGOLAND Theme Park. Selain papa boleh main game di dalam bilik hotel, boleh juga bawa isteri shopping dan anak-anak bergembira di taman tema. Adil kan?
Selain dekorasi moden dan futuristik, hotel ini menawarkan pengalaman percutian yang menarik bukan sahaja untuk papa yang gemarkan game, tetapi juga mama yang suka ber’OOTD’. Anda boleh memilih sama ada mahukan bilik biasa atau berkonsepkan gaming room. Tak kisahlah bilik mana yang menjadi pilihan kerana yang pasti ia tetap selesa untuk percutian anda.
Kemudahan Yang Lengkap
1. Kafe SEM9 Esports Hotel
Sebuah percutian di hotel akan lebih menyeronokkan apabila kemudahan yang disediakan lengkap buat penginap. Kalau tiba-tiba anak mengadu lapar, tak perlu susah hati. Mama papa boleh bawa saja mereka menikmati menu istimewa di kafe SEM9 Esports Hotel.
Di sini mereka menawarkan pelbagai pilihan sarapan pagi dan makan tengah hari yang diinspirasikan dari hidangan autentik Malaysia. Berbanding hotel lain, satu kelainan menu di sini kerana dinamakan sempena tajuk game popular!
2. Akses Internet
Ads
Salah satu kemudahan penting di sesebuah hotel adalah akses internet. Jangan susah hati kerana anda boleh enjoy bermain game dengan liputan internet yang bagus di hotel ini. Kemudahan Wifi yang ada pastinya akan membuatkan masa untuk anda enjoy bermain game tanpa gangguan. Tak adalah ‘sangkut-sangkut’!
3. Tempat Parkir Kenderaan
Selain itu, anda tak perlu risau tentang tempat parkir kenderaan kerana di sini anda boleh meletakkan kenderaan di ruang yang disediakan dengan mudah.
4. Merchandise Zone
Kalau ke SEM9 Esports Hotel, rugilah kalau tak singgah ke Merchandise Zone mereka. Untuk melengkapkan penampilan seorang gamer, sesuai sangatlah kalau anda dapatkan baju di sini. Dengan kualiti fabrik yang baik, pilihan baju yang ada juga pastinya akan buat anda rambang mata! Pelbagai rekaan topi menarik pun ada, smart habis!
Pilihan Bilik Yang Menarik!
Terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih. Untuk bilik yang lebih luas, anda boleh memilih S9 Deluxe. Ia direka untuk anda yang mahukan bilik untuk bersama ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bermain sebagai satu skuad. Boleh menempatkan sehingga 4 orang tetamu dalam satu bilik, ia dilengkapi empat buah komputer gaming dengan kelajuan internet yang terbaik.
Ads
Untuk bermain game dalam suasana yang lebih relaks, anda boleh memilih S9 Cozy. Dilengkapi dengan sofa yang selesa beserta bean bags serta set PlayStation5 dengan pelbagai pilihan genre game yang boleh anda pilih. Lebih sesuai untuk keluarga kecil.
Untuk anda yang mahukan komputer dengan spesifikasi yang tinggi dan ruang yang luas untuk bermain game, pilihlah S9 Executive. Pencahayaan dalam bilik yang cool dan dilengkapi dengan dua komputer serta ruang tamu yang bersambung!
Ads
Untuk mama papa yang tidak mahu bilik berkonsepkan dunia gamer, bolehlah memilih S9 Classic Triple. Bukan sahaja akses internet bagus, tetapi turut dilengkapi dengan TV untuk tontonan anak-anak. Boleh memuatkan sehingga tiga orang dewasa, tempahan bilik ini juga didatangkan dengan sarapan pagi.
Untuk bilik yang lebih besar, S9 Classic Deluxe adalah yang terbaik kerana ruangnya lebih luas dan selesa untuk mama papa yang menginginkan keselesaan untuk anak-anak. Antara bilik-bilik lain yang terdapat di hotel ini adalah seperti S9 Triple, S9 Classic King, S9 Classic Twin, S9 Classic dan banyak lagi!
Untuk mama papa yang mahu bercuti di Johor, bolehlah pilih untuk menginap di SEM9 Esports Hotel. Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, klik SINI
Ketua Pegawai Eksekutif Nufiya Empire Sdn. Bhd dan juga Pengasas, Yaya Suhaimi hari ini melancarkan produk baharu keluaran Nufiya Empire Sdn Bhd, King Kaffe yang diadakan di Port Dickson.
King Kaffe, dihasilkan dari gabungan bahan khas seperti Kopi Arabica, Ekstrak Tongkat Ali, Ekstrak Ubi Jaga, Ektsrak Butea Superba, Ekstrak Catuaba, Ekstrak Maca, dan Ekstrak Guarana khas untuk lelaki. Menurut Pengasas, Yaya Suhaimi, produk ini lulus KKM dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP.
“Antara kelebihan King Kaffe adalah untuk membantu masalah kesihatan kaum lelaki. Meskipun produk ini baharu sahaja dilancarkan, tetapi sebanyak 5000 set telah terjual, di mana mereka membuat pembelian lebih awal. Doakan agar King Kaffe terus mendapat tempat di hati pengguna,” jelas Yaya Suhaimi.
Dalam pada itu, Yaya Suhaimi turut mengajak orang ramai terutama suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai #avengersnufiya. “Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM300 sahaja. Sistem kami memberikan kelebihan dimana setiap dropship, agen, stokis, senior stokis dan leader dapat mengumpul mata ganjaran dan tebus. Jadi semua akan dapat merasa ganjaran ataupun reward.
“Leader Nufiya setakat ini berjaya capai RM100,000 sales sebulan. Dan kita mahu membantu ramai lagi suri rumah untuk mendapatkan pendapatan seperti itu,” jelasnya.
Lebih membanggakan, di dalam majlis itu juga turut menyaksikan upacara penyampaian sijil Jenama Pilihan Pa&Ma 2020 kepada Nufiya. Editor Pa&Ma, Emy Haznida Hazairul Sham telah menyampaikan sijil tersebut sebagai tanda penghargaan kerana jenama Nufiya telah dipilih sebagai Minuman Tambahan Ibu Pilihan.
Sempena pelancaran ini, Nufiya Empire Sdn.Bhd turut mengambil kesempatan untuk menghargai team yang hadir dan akan menyerahkan penghargaan khas buat mereka seperti hadiah, trofi, dan juga sijil penghargaan.
Majlis bertemakan Glitter and Glamour ini telah dihadiri seramai 95 orang yang terdiri daripada team Nufiya HQ, stokis, dan #avangersnufiya dan turut menampilkan Najib Assaddok serta isteri sebagai tetamu khas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi rasa selamat berbedung kerana dia terasa macam berada dalam kandungan ibu. Perasan tak bila bayi baharu lahir dibedung, dia akan lebih lena tidurnya dan kurang merengek.
Seeloknya ibu hendaklah membedung bayi bermula minggu pertama kelahiran sehingga usianya tiga bulan atau apabila sudah mula belajar meniarap.
Bagaimanapun ia bergantung juga pada bayi, ada yang tidak suka dibedung terlalu lama kerana sudah mula bergerak aktif dan kurang terkejut ketika tidur.
Bayi rasa selamat berbedung
Bagi yang bakal menerima bayi pertama, berikut adalah beberapa kebaikan yang diperolehi jika membedung bayi.
Bedung membuatkan bayi rasa selamat seperti berada dalam kandungan ibu.
Berikan kehangatan sehingga kawalan suhu tubuh mula berfungsi. Bayi yang baharu lahir masih belum biasa dengan suhu sekeliling yang baru.
Membuatkan bayi lebih tenang dan kurang refleks moro (tindak balas bayi apabila kehilangan dinding rahim selepas dilahirkan, tidak mudah terkejut/tersentak ketika tidur.
Mengelakkan risiko kematian bayi atau sudden death infant syndrome.
Bayi akan lebih tidur lena apabila dibedung kerana berasa seperti dalam rahim ibu.
Memilih kain bedung
Terdapat banyak pilihan kain bedung di pasaran. Tentu ramai bakal ibu yang pertama kali rasa keliru mana satu patut dipilih untuk kegunaan si comel.
Jadi apa kata ibu ayah ambil tahu kriteria yang perlu diambil kira ketika hendak memilih kain bedung.
Kain yang diperbuat daripada cotton, sesuai dengan suhu negera kita, materiał tidak panas dan membuatkan bayi lebih selesa.
Material kain yang lembut untuk memudahkan membedung bayi dan membuatkan bayi lebih selesa apabila dibedung.
Saiz bedung bayi yang besar supaya bayi dapat dibedung dengan kemas. Bedung bersiaz kecil akan menyebabkan lilitan bedung mudah terbuka, tangan dan kaki bayi juga akan terkeluar menyebabkan bayi mudah terjaga dari tidur.
Bedung yang berkualiti tinggi sangat penting kerana kebiasaannya kain bedung yang terlalu murah di pasaran tidak mementingkan kesan kepada pengguna, contohnya, dakwat yang digunakan pada kain bedung tersebut mengandungi bahan kimia yang mungkin boleh memberi kesan kepada bayi.
Kain bedung muslin telah dilabel sebagai kain terbaik untuk digunakan pada bayi, kerana materialnya yang lembut dan berkualiti sangat sesuai untuk kulit bayi. Kulit bayi sangat sensitif dan halus, jadi pemilihan kain bedung bayi adalah sangat penting.
Kain bedung moden vs tradisional
Selain terdapat bermacam jenis kain bedung, ada juga pilihan kain bedung moden atau tradisional. Tentu ada ibu yang tertanya-tanya mana satu yang sesuai untuk anak.
Apa perbezaan keduanya dan mana satu yang patut ibu gunakan untuk bayi baharu lahir?
Pelbagai jenis kain bedung seperti bedung Muslin, cotton flannel, soft cotton, dan tidak kurang juga ramai yang menggunakan napkin sebagai bedung bayi.
Antara perbezaan yang paling ketara adalah:
Material dan kualiti bedung tersebut. Seperti yang dinyatakan di atas, kain muslin adalah material terbaik untuk digunakan pada bayi. Kebanyakan bedung muslin akan dijahit dengan dua lapisan kain dan berbeza dengan kain napkin biasa yang menggunakan satu lapisan sahaja. Sebab itu napkin biasa akan mudah mengecut dan berkedut apabila dibasuh.
Saiz kain bedung. Kebanyakan kain bedung muslin bersaiz besar iaitu 120x120cm, 120x110cm, 105x100cm. Manakala saiz napkin biasa adalah siza standard iaitu 76x76cm.
Perbezaan bedung moden dan tradisional, kebiasaanya kain bedung moden akan menggunakan strap atau zip bagi memudahkan ibu bapa membedung bayi. Tapi kekurangannya bayi tidak dapat dibedung dengan kemas seperti bedung tradisional.
Ibu disarankan menggunakan bedung tradisional terlebih dahulu untuk bayi yang baharu lahir, terutamanya untuk dibedung ketika malam. Bedung moden biasanya boleh digunakan pada siang hari atau ketika bayi berjaga.
Pilih kain bedung Humaira Swaddle
Bagi ibu yang tak tahu nak pilih kain bedung maka Humaira Swaddle adalah pilihan yang bijak.
Berikut antara sebab kenapa Humaira Babystore dikenali dengan Muslin swaddle sehingga mendapat label #ingatbedungingatHumaira :
Material kain yang sangat LEMBUT bagi memastikan bayi selesa dan sedap apabila dibedung.
Material BERKUALITI TINGGI, tidak mudah kecut dan koyak, serta warna tidak luntur walaupun dibasuh berkali-kali.
Saiz kain yang BESAR bagi membantu bayi dibedung dengen kemas.
Material kain yang sejuk, sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia.
Satu-satunya babyshop yang ada lebih 100 rekaan bedung atau swaddle yang cantik dan comel.
Bagi yang ingin membeli boleh dapatkan Muslin Swaddle Humaira Babystore dengan terus membuat pembelian di:
Bukan anak-anak kecil sahaja yang perlu minum susu untuk mengekalkan kesihatan, tetapi juga warga emas. Kepentingan susu tidak dapat dinafikan lagi, khasiatnya merangkumi pelbagai aspek bagi membantu seseorang kekal sihat dan bertenaga. Jangan ambil mudah tentang keperluan pengambilan susu kerana ia mempunyai pelbagai khasiat yang penting untuk tubuh badan seseorang.
Memandang serius tentang kepentingan susu buat segenap golongan masyarakat menjadi inspirasi kepada Mead Johnson, syarikat dengan kepakaran selama 110 tahun dalam bidang nutrisi berasaskan sains, pertama kalinya melancarkan produk nutrisi dewasa, susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus yang merupakan inovasi imuniti direka khas untuk orang dewasa berusia 40 tahun ke atas.
Rata-rata golongan warga emas tidak mengambil nutrien yang disarankan oleh pakar maka penghasilan susu ini adalah sebagai alternatif supaya rakyat Malaysia dari semua peringkat kehidupan boleh mendapat nutrisi yang sesuai untuk kesihatan baik.
“Kekal sihat bermaksud kekalkan imuniti yang kuat, terutamanya pada tempoh masa yang amat mencabar ini. Dengan pelancaran PROVITAL Immuna Plus, kami berharap dapat membantu orang dewasa Malaysia menjaga kesihatan dengan mengekalkan imuniti yang kuat melalui nutrisi yang sesuai,” kata Encik Gonzalo, Pengurus Besar Reckitt Malaysia, Singapore, dan Vietnam.
Memerangi Tanda-Tanda Imuniti Yang Berkurangan Dengan Tiga Perlindungan Imuniti
Susu nutrisi dewasa PROVITAL Immuna Plus diformulasi dengan yis beta-glukan, selenium, dan vitamin C untuk memberikan Tiga Perlindungan Imuniti. Tiga nutrient ini membantu mengaktifkan sel-sel imun untuk membunuh patogen, meningkatkan penghasilan antibodi dan menguatkan pertahanan imun dengan menyokong penghalang sel1,2,3.
PROVITAL Immuna Plus mengandungi yis beta-glukan yang membantu menyokong sistem imun yang berkaitan dengan selesema. Kajian menunjukkan bahawa yis beta-glukan membantu mengurangkan gejala saluran pernafasan atas seperti selesema, batuk dan sakit tekak.4,5 Selain meningkatkan imuniti, susu tepung ini juga merupakan formula semua-dalam-satu yang tinggi kalsium dan protein untuk membantu meningkatkan mobiliti dan kekuatan.6
Menurut kajian, sistem imun kita akan menjadi lemah apabila kita berusia. Biasanya, manusia kehilangan sebanyak 30% sel-sel imun (Sel imun CD3+) pada usia 75 tahun, akibatnya kekuatan tindak balas imun tubuh badan kita juga dikurangkan.7 Tanda-tanda imuniti yang berkurangan termasuk keletihan dan kekurangan tenaga, selesema dan batuk yang kerap, kesakitan otot, penyembuhan luka yang lambat, serta keadaan kulit yang kurang baik (seperti Ekzema).8,9
Imuniti mungkin akan berlemah apabila kita berusia, tetapi ini tidak seharusnya diterima sebagai kenyataan kerana kita sebenarnya mampu mengekalkan sistem imun yang kuat. Pemakanan yang baik dan gaya hidup yang sihat adalah asas-asas untuk meningkatkan imuniti. Sekiranya imuniti dikekalkan pada tahap optimum, separuh kedua kehidupan selepas usia 40 tahun boleh kekal menarik dan produktif.
Susu nutrisi dewasa PROVITAL Immuna Plus boleh didapati dalam pek 480g dan 960g yang terdapat di pasar raya besar, farmasi dan kedai perubatan Cina di seluruh Malaysia, serta kedai dalam talian rasmi Mead Johnson. Bersempena dengan pelancaran, pelanggan dapat menikmati potongan harga sebanyak istimewa sebagai harga pengenalan khas dari bulan Julai hingga Ogos.
Untuk maklumat lanjut tentang susu nutrisi dewasa PROVITAL Immuna Plus, klik SINI atau ikuti halaman Facebook Provital Malaysia
Rujukan:
Fuller R et.al. Nutrition 2012;28(6):665-9. 2) Guillin OM et.al. Nutrients 2019. 3) Carr AC, Maggini S. Nutrients 2017; 9(11). 4) Fuller R et.al. Nutrition 2012;28(6):665-9. 5) Talbott SM, Talbott JA. J Am Coll Nutr. 2012:31(4):295-300. 6) Deer RR, Volpi E. Curr Opin Clin Nutr Metab Care. 2015 May;18(3):248-53. 7) Qin L. et. al. Aging 2016. Vol 8 No.5. 8) Penn Medicine. 6 signs you have a weakened immune system. 9) LJFW Versprille et.al. Int. J. Environ. Res. Public Health 2019
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa. Namun, ada beberapa amalan tradisi yang sering dilakukan semasa raya, tetapi...