Kena Ejek “Padan Muka Ibu Dah Meninggal” Di Sekolah, Sebak Tengok Tangisan Talita

Share

Siapa yang tak sedih bila diejek tentang hal keluarga lebih-lebih lagi melibatkan orang yang telah tiada. Pasti akan terasa hingga boleh menitiskan air mata.


Sama seperti yang dirasai oleh anak kedua pelawak serta pelakon, Shuib sepahtu iaitu Dzahira Talita Zahra, 9 tahun apabila diejek oleh rakan sekolahnya semalam.

Baru kematian ibu pada Ogos 2021 lalu, bukan mudah untuk satu-satunya anak gadis Shuib serta arwah Siti Sarah ini bangkit dari rasa kehilangan sentuhan kasih sayang seorang ibu.

Lebih menyedihkan apabila pemergian ibunda tersayang menjadi bahan ejekkan rakan sekolah.

Talita atau nama manjanya Dekta kelihatan menangis teresak-esak mencerita detik diejek di sekolah kepada neneknya itu.

“Balik dari sekolah hari ni anak-anak ke office. Masa tengah nak ambil makanan , talita mengadu ada rakan sekelas suka ejek kat dia.. Allah”

Rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang menimpa anak ini. Ramai memberi kata-kata semangat buat Dekta.

Untuk record, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni 11, Dzahira Talita Zahra 9, Ariq Matin 6 dan Ayash Affan 10 bulan.

 

Published by
NuFa