Lazimnya setelah berumahtangga, kehidupan seseorang akan mula berubah. Rutin yang selama ini dijalani ketika waktu bujang mungkin sudah tidak relevan dengan kehidupan berkahwin. Apatah lagi bila sudah mempunyai anak.
Semua ini boleh dilihat pada pelakon Saharul Ridzwan yang memberikan komitmen tinggi dan bersungguh-sungguh sebagai seorang bapa.
Ayah kepada dua orang cahaya mata ini dilihat begitu penyayang dalam setiap posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Pelakon Korban Kaasih ini bersyukur dengan rahmat yang diberikan Allah. Malah dia juga pernah diaju soalan daripada rakan-rakan yang menyatakan dia sudah berubah selepas berkahwin.
Menerusi perkongsian di Instagram, Saharul akui sebagai seorang suami dan bapa dia perlu lakukan banyak pengorbanan demi tanggungjawab pada keluarga tercinta.
“Mat, kau lepas kawin, ada anak, banyak betul kau berubah. Lepak pun jarang, kena gari ke?”
“Betul lah tu. Kena gari. Gari dengan tanggungjawab. Takut bini? Betul jugak tu. Takut bini sendiri tak dapat naik satu kapal yang kita sebagai suami yang menjadi nakhodanya
“Saya percaya ramai suami dan bapa banyak berkorban demi tanggungjawab pada keluarga tercinta. Satu penghargaan dan ucapan terima kasih utk anda semua.
“Teruskan semangat juang yang ada utk kita berikan yang terbaik pada keluarga kita. InShaaAllah,” tulisnya.
Dalam satu perkongsian terdahulu Saharul berkongsi dan meluahkan perasaan kasih sayangnya kepada kedua anak-anaknya. Tulisnya dia mungkin bukan yang terbaik dikalangan teman-teman tapi pasti jadi yang terbaik untuk cahaya mata dan juga isteri tersayang.
“Wahai anak kesayangan Baba, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra
“Baba mungkinlah tidak semewah kawan kawan baba yang lain, tapi jangan risau, InShaaAllah akan baba usahakan supaya CUKUP semuanya.
“Baba mungkin bukan yang terbaik dikalangan kenalan baba, tapi jangan risau, Baba pasti jadi yang TERBAIK utk korang berdua. Termasuklah Mummy
“Alhamdulillah. Allah Maha Pemurah. Menjadi TERBAIK buat mereka, dunia dan akhirat. InShaaAllah,” tulisnya lagi.
Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: Mingguan Wanita & IG Saharul Ridzwan
Baca: Alhamdullilah Lengkap Sepasang! Baby Girl Pelengkap Keluarga Kecil Saharul Ridzwan
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
#PaMaJourneyBersamaJovianNina #AstroRIA #MajalahPAMA