Dalam keadaan tertentu, penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum ketika proses kelahiran amat diperlukan untuk memastikan bayi dapat dilahirkan bagi mengelakkan komplikasi yang teruk pada ibu dan anak.

Dalam proses kelahiran, doktor akan memikirkan untuk menyelamatkan dua nyawa. Justeru, dalam masa yang terhad, penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum ini boleh membantu.

Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan telah berkongsi info mengenai perkara ini.

Kelahiran yang dibantu oleh forceps atau vacuum

Kelahiran yang dibantu adalah di mana doktor perbidanan menggunakan alat bantuan khas seperti forseps atau vacuum untuk membantu kelahiran bayi pada penghujung saat kelahiran.

APAKAH FORSEPS?

Forseps lazim digambarkan seakan-akan “sudu garpu salad buatan keluli tahan karat” atau “penyepit gula yang besar”. Ianya terdiri dari dua bahagian yang bersilang, dan hujungnya melengkung untuk memegang kepala bayi.

Ventouse/vacumm pula mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum yang kecil dan pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini dilekapkan ke bahagian belakang kepala bayi. Ada beberapa jenis mangkuk ventouse:

#1. Mangkuk silikon ni lembut sikit, maka kurang kemungkinan menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih kemungkinan tercabut ketika ditarik.

#2. Mangkuk logam tidak mudah terlucut tetapi boleh menyebabkan kecederaan kepada kepala bayi.

Ads

Pemilihan vacuum yang dipilih biasanya dipengaruhi oleh posisi bayi dan hasil penilaian doktor perbidanan sebelum memulakan prosedur.

Kena Guna Forseps Atau Vakum Masa Proses Bersalin? Doktor Terangkan Sebab & Cara Penggunaannya

MENGAPA BAYI SAYA PERLU DILAHIRKAN DENGAN SEGERA ?

Ada beberapa sebab bayi perlu dilahirkan segera. Antara sebab yang utama adalah :

  1. Bayi tidak keluar daripada laluan kelahiran lambat daripada biasa (prolonged second stage)
  2. Masalah dengan degupan jantung bayi atau keadan bayi yang hampir lemas (fetal compromised)
  3. Keadaan ibu yang tidak boleh dibenarkan untuk meneran secara berlebihan ketika saat melahirkan, kerana dikhuatiri akan menjejaskan nyawa ibu seperti ibu mempunyai masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi yang melampau ataupun masalah salur darah yang tidak normal pada otak yang dikhuatiri pecah ketika meneran. Juga jika didapati ibu terlalu penat untuk meneran.(maternal indication)
  4. Kelahiran bayi songsang melalui vagina mungkin juga memerlukan bantuan forceps (delivery aftercoming head). Badan bayi akan dilahirkan dahulu, dan jika berlaku kesukaran melahirkan kepala bayi, forseps akan digunakan untuk membantu kelahiran.

Walau bagaimanapun, kelahiran yang dibantu ini , adalah untuk menyerupai kelahiran normal/semulajadi dengan risiko yang sangat minima kepada ibu dan bayi dan untuk itu, doktor perbidanan akan menggunakan alatan forceps atau vacuum untuk membantu bayi dilahirkan.

APAKAH YANG AKAN BERLAKU SEBELUM KELAHIRAN DIBANTU?

Ads

Lazimnya, doktor anda akan menerangkan kepada anda mengapa dia berpendapat bahawa kelahiran forseps itu perlu dijalankan.

  1. Dia akan memeriksa jalan kelahiran anda untuk memastikan bahawa bayi anda berada dalam kedudukan yang baik untuk kelahiran dibantu dan juga untuk menentukan jenis instrumen yang selamat dan paling sesuai.
  2. Anda akan diletakkan dalam posisi Lithotomy dan bahagian hujung katil itu akan ditanggalkan untuk memudahkan doktor perbidanan melalukan prosedur.
  3. Tiub getah kencing akan dimasukkan pada salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing dan kaki anda akan ditutup dengan kain yang bersih dan bebas kuman (sterile)
  4. Pelega kesakitan akan diberikan secara suntikan pada bahagian perineum (local anaesthetics)
  5. Pakar kanak-kanak akan diberitahu untuk bersedia di dewan bersalin untuk memeriksa bayi yang dilahirkan sejurus selepas kelahiran dibantu.

APAKAH YANG BERLAKU SEMASA MELAKUKAN VACUUM?

Setelah mengenal pasti posisi kepala bayi, doktor perbidanan akan memasang mangkuk vacuum dengan kemas.

Apabila sedutan pada kepala bayi sudah bermula, doktor akan meminta anda untuk meneran apabila sakit kontraksi bermula dengan itu doktor akan turut menarik mangkuk itu apabila ibu mula meneran.

Sedikit potongan pada perineum (episiotomy) untuk meluaskan jalan kelahiran bagi membantu prosedur ini turut dilakukan apabila kepala bayi hampir dilahirkan (crowning).

Ada kalanya mangkuk itu terlucut/tercabut daripada kepala bayi, terutama sekali jika tiada koordinasi antara proses peneranan dan daya penarikan mangkuk vacuum.

Ads

Jika berlakunya perkara ini, doktor perbidanan akan memeriksa semula jalan kelahiran untuk menentukan sama ada mangkuk vacuum boleh diletakkan semula ke kepala bayi, ataupun memerlukan bantuan forceps pula ataupun kelahiran hanya boleh melalui pembedahan Caesaerean.

APAKAH YANG BERLAKU SEMASA KELAHIRAN FORSEPS?

Setelah forseps dipasang, dan apabila berlakunya sakit kontraksi, doktor akan menarik sambil anda menolak untuk membantu bayi anda bergerak turun melalui jalan kelahiran dan seterusnya dilahirkan.

VACUUM ATAU FORSEPS – YANG MANA SATU?

Kedua-duanya selamat dan efektif. Kadar kejayaan melalui kelahiran yang dibantu oleh forseps adalah lebih tinggi berbanding ventouse, tetapi anda lebih cenderung mengalami kesakitan atau masalah selepas bersalin.

Walaubagaimanapun, doktor perbidanan yang berpengalaman dengan kelahiran yang dibantu secara forseps dapat mengelakkan risiko dan masalah yang berkaitan selepas bersalin.

Kelahiran dibantu dengan vacuum mengurangkan risiko koyakan teruk pada perineum jika dibandingkan dengan forceps.

Pemilihan ini akan dibuat oleh doktor perbidanan, memikirkan yang paling sesuai dan selamat untuk Ibu dan bayi. Untuk memastikan dua nyawa ini sentiasa dalam keadaan selamat, bukan perkara main-main.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak , Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI