Dalam keadaan tertentu, penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum ketika proses kelahiran amat diperlukan untuk memastikan bayi dapat dilahirkan bagi mengelakkan komplikasi yang teruk pada ibu dan anak.
Dalam proses kelahiran, doktor akan memikirkan untuk menyelamatkan dua nyawa. Justeru, dalam masa yang terhad, penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum ini boleh membantu.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan telah berkongsi info mengenai perkara ini.
Kelahiran yang dibantu adalah di mana doktor perbidanan menggunakan alat bantuan khas seperti forseps atau vacuum untuk membantu kelahiran bayi pada penghujung saat kelahiran.
APAKAH FORSEPS?
Forseps lazim digambarkan seakan-akan “sudu garpu salad buatan keluli tahan karat” atau “penyepit gula yang besar”. Ianya terdiri dari dua bahagian yang bersilang, dan hujungnya melengkung untuk memegang kepala bayi.
Ventouse/vacumm pula mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum yang kecil dan pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini dilekapkan ke bahagian belakang kepala bayi. Ada beberapa jenis mangkuk ventouse:
#1. Mangkuk silikon ni lembut sikit, maka kurang kemungkinan menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih kemungkinan tercabut ketika ditarik.
#2. Mangkuk logam tidak mudah terlucut tetapi boleh menyebabkan kecederaan kepada kepala bayi.
Pemilihan vacuum yang dipilih biasanya dipengaruhi oleh posisi bayi dan hasil penilaian doktor perbidanan sebelum memulakan prosedur.
MENGAPA BAYI SAYA PERLU DILAHIRKAN DENGAN SEGERA ?
Ada beberapa sebab bayi perlu dilahirkan segera. Antara sebab yang utama adalah :
Walau bagaimanapun, kelahiran yang dibantu ini , adalah untuk menyerupai kelahiran normal/semulajadi dengan risiko yang sangat minima kepada ibu dan bayi dan untuk itu, doktor perbidanan akan menggunakan alatan forceps atau vacuum untuk membantu bayi dilahirkan.
APAKAH YANG AKAN BERLAKU SEBELUM KELAHIRAN DIBANTU?
Lazimnya, doktor anda akan menerangkan kepada anda mengapa dia berpendapat bahawa kelahiran forseps itu perlu dijalankan.
APAKAH YANG BERLAKU SEMASA MELAKUKAN VACUUM?
Setelah mengenal pasti posisi kepala bayi, doktor perbidanan akan memasang mangkuk vacuum dengan kemas.
Apabila sedutan pada kepala bayi sudah bermula, doktor akan meminta anda untuk meneran apabila sakit kontraksi bermula dengan itu doktor akan turut menarik mangkuk itu apabila ibu mula meneran.
Sedikit potongan pada perineum (episiotomy) untuk meluaskan jalan kelahiran bagi membantu prosedur ini turut dilakukan apabila kepala bayi hampir dilahirkan (crowning).
Ada kalanya mangkuk itu terlucut/tercabut daripada kepala bayi, terutama sekali jika tiada koordinasi antara proses peneranan dan daya penarikan mangkuk vacuum.
Jika berlakunya perkara ini, doktor perbidanan akan memeriksa semula jalan kelahiran untuk menentukan sama ada mangkuk vacuum boleh diletakkan semula ke kepala bayi, ataupun memerlukan bantuan forceps pula ataupun kelahiran hanya boleh melalui pembedahan Caesaerean.
APAKAH YANG BERLAKU SEMASA KELAHIRAN FORSEPS?
Setelah forseps dipasang, dan apabila berlakunya sakit kontraksi, doktor akan menarik sambil anda menolak untuk membantu bayi anda bergerak turun melalui jalan kelahiran dan seterusnya dilahirkan.
VACUUM ATAU FORSEPS – YANG MANA SATU?
Kedua-duanya selamat dan efektif. Kadar kejayaan melalui kelahiran yang dibantu oleh forseps adalah lebih tinggi berbanding ventouse, tetapi anda lebih cenderung mengalami kesakitan atau masalah selepas bersalin.
Walaubagaimanapun, doktor perbidanan yang berpengalaman dengan kelahiran yang dibantu secara forseps dapat mengelakkan risiko dan masalah yang berkaitan selepas bersalin.
Kelahiran dibantu dengan vacuum mengurangkan risiko koyakan teruk pada perineum jika dibandingkan dengan forceps.
Pemilihan ini akan dibuat oleh doktor perbidanan, memikirkan yang paling sesuai dan selamat untuk Ibu dan bayi. Untuk memastikan dua nyawa ini sentiasa dalam keadaan selamat, bukan perkara main-main.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak , Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan