Setiap kali kalau nampak anak nangis je, ngamuk je mesti kita ingat dia tantrum. Sebenarnya ada dua perkara kalau anak tu menangis. Sama ada dia tantrum atau meltdown je.
Jom kita tengok perbezaan tantrum dan meltdown ni dan tips untuk berdepan dengan anak tantrum okay!
Bukan senang nak besarkan anak tapi jika kena cara didikan memang mudah. Setiap ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka. Ada yang sukakan pendekatan lemah-lembut dan ada juga yang sukakan cara tegas.
Sebenarnya, biar apa pun kaedah ibu ayah ketika mendidik dan membentuk akhlak anak-anak, asalkan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka, tiada masalah.
Apa jua cara yang digunakan, harapan setiap ibu ayah tetap sama iaitu agar anak membesar menjadi orang yang berguna. Dikongsikan 6 pesanan ringkas dari Imam Muda Khairul Azhar Ghazali untuk ibu bapa.
Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2. Beri Anak Masa Untuk Berhenti Bermain
Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan: “Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
3. Alih Perhatian Anak Ketika Dia Bertelingkah
Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “Siapa yang mahu mendengar cerita ibu? Angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4. Tanamkan Akhirat Dalam Minda Anak Sebelum Anak Tidur
Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: “Tidur sayang..besok pagi kan kita solat Subuh”. Maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”. Akhirnya mereka tidak solat Subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5. Dampingi Anak, Kenakalan Anak Itu Akan Menjadi Kenangan
Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan keanak-anakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6. Utamakan Yang Lebih Utama
Tinggalkan handphone seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: “Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
Bagi seorang ibu yang anak-anak mula dah bersekolah, tempoh menunggu untuk mendapat keputusan peperiksaan adalah saat paling mendebarkan.
Tambah lagi pada zaman sekarang ini dengan silibus pelajaran yang semakin mencabar tak sama macam dulu.
Melalui perkongsian di instagram pelakon Noorkhiriah, dia ada memuat naik satu video keputusan peperiksaan yang diperoleh anaknya. Melalui video itu Noorkhiriah terkejut dengan keputusan cemerlang yang diraih anaknya dan menjadi tanda tanya bila anak-anaknya membaca buku. Walaubagaimanapun dia bersyukur dikurniakan anak yang pandai atas izin Allah.
‘Alhamdulillah..Allah berhak nak bagi pandai..Allah juga berhak untuk bagi tidak pandai..kita sebagai hamba sentiasa usaha, buat yang terbaik, dan hasilnya juga mesti baik’!
Dalam pada itu, Noorkhiriah juga mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin kerana atas usaha mengajar dan mendidik anak-anaknya menjadi orang cemerlang.
Perkongsian Norkhiriah itu juga turut mendapat ucapan tahniah dari peminatnya serta mendoakan kecemerlangan pada masa akan datang.
Noorkhiriah yang sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Hudhaifah ,10, dan Muhammad Yusoff, 8 turut mempunyai seorang anak angkat perempuan diberi nama Nur yang kini genap setahun.
Kebanyakan ibu bapa mesti tertanya-tanya berapa banyak sebenarnya mainan yang sepatutnya dibelikan pada anak kecil untuk bagi mereka lebih kreatif. Sebenarnya tiada spesifik pun. Mahal atau murah mainan yang dibeli ia bergantung cara kita dan anak itu gunakan ketika bermain.
Ini kerana ada ibu bapa yang selalu cakap, beli mahal-mahal tapi anak main sekejap dah bosan. Jadi terasa agak membazir. Jika tak beli kasihan pada anak pula sebab tak boleh nak main.
Seperti yang dikongsikan oleh Influencer Parenting, Puan Wawa Shauqi, kalau tanya saya apa barang mainan terbaik untuk bagi anak main, the best is apa sahaja yang ada di rumah.
Senduk, periuk, botol plastik, pengepit baju, pokok kat luar rumah, semuanya bagus untuk diteroka anak.
Tapi kalau ditanya alat mainan khas, BOLA adalah mainan yang paling asas perlu ada.
Rumah kami ni, macam-macam jenis bola ada. Dari saiz pingpong, sampai saiz bola gymball.
Bola ni dah kira mainan wajib untuk diorang. Kira macam lifesaver. Kalau tak tau sangat nak main apa, bola nilah penyelamat.
Nak beli bola, tak perlu beli yang standard Ronaldo pakai tu. Bola RM2 di kedai berpuaka macam kedai Eco tu pun, ok sangat.
Dan manfaat dia sangatlah besar. Dari jadikan aktiviti grasp untuk baby, jadikan aktiviti tajamkan fokus pada anak-anak, sampailah menguatkan badan anak remaja. Bola ni dah dikira wajib ada di setiap rumah. Memang berkesan!
Selain boleh dimain oleh semua peringkat umur, bola juga bagus untuk membina beberapa kemahiran :
1. Kemahiran mata-tangan jadi cekap.
Tangan boleh capai apa yang dilihat mata.
Tidaklah menggagau bila membaca, menulis, bermain dan menguruskan diri.
2. Motor planning
Anak belajar bagaimana dia nak rancang pergerakan badan dia untuk buat sesuatu.
Tak adalah nampak kekok dan lembik aje.
3. Perkembangan otot.
Perkembangan otot juga petanda perkembangan otak yang baik.
4. Timing & daya mengagak
Anak belajar, berapa banyak daya nak dikenakan pada kaki waktu menendang dan daya yang perlu dikenakan pada tangan sewaktu membaling.
5. Tambah kejituan dan ketepatan anak
Pergerakan anak nampak kemas aje. Percaya atau tidak, skil-skil ini sangat membantu anak dalam membina PENUMPUAN YANG BAIK DI DALAM KELAS.
Menggolek,
Melemparkan,
Menangkap,
Menendang,
Baling pada sasaran. Semua dengan bola je! Malah, kita boleh berkreatif, cipta macam-macam permainan dari bola:
– Asingkan bola berwarna
– Jatuhkan kadbod tisu (macam main boling)
– Baling bola masuk bakul
– Tangkap bola dalam air guna jaring
– Melukis guna bola dan macam-macam lagi idea.
Betapa, sebijik bola beri banyak manfaat kat anak-anak. Sampai boleh bantu improve anak-anak kita punya kualiti hidup. Ini belum sebut lagi tentang kebaikan gym ball!
Orait. Selamat bermain bola dengan anak-anak!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!