Setiap kali kalau nampak anak nangis je, ngamuk je mesti kita ingat dia tantrum. Sebenarnya ada dua perkara kalau anak tu menangis. Sama ada dia tantrum atau meltdown je.
Jom kita tengok perbezaan tantrum dan meltdown ni dan tips untuk berdepan dengan anak tantrum okay!
Kredit: Aishah Kassim
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suka Sentuh Semua Benda Termasuk Semua Orang” Antara Tanda Anak Menghidap SPD
Sensory processing disorder (SPD) adalah kondisi neurologis yang kompleks kerana otak mengalami kesulitan menerima dan bertindak balas dengan informasi yang diterima oleh sistem saraf.
Seseorang yang mengalami kondisi ini cenderung bersikap terlalu sensitif atau kurang sensitif terhadap suatu hal yang terjadi di sekitarnya.Biasanya, mereka dapat bersikap cenderung lebih emosional ataupun tidak menyadari bahaya yang ada di sekitarnya.
Beberapa tahun lepas, saya kenal apa itu SPD dari seorang juruterapi carakerja. Barulah saya tau, anak saya yang sulung tu ada masalah SPD.
SPD tu adalah sensory processing disorder. Anak-anak yang ada masalah ni, susah nak proses apa yang deria dia terima. Otak mereka tak boleh cope dengan baik.
Contohnya, kalau budak lain boleh tapis bunyi di kat sekitar dia, budak yang SPD ni mereka tak boleh tapis. Segala bunyi yang ada semua masuk dalam otak dia. Sampai dia jadi overwhelm.
Ada yang tu, tak tak boleh boleh tolerate dengan bau. Ada yang sensitif sangat dengan cahaya.
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
Ada pulak yang jenis tak ada sensitiviti langsung. Tangan dia sentuh sesuatu, dia tak rasa apa-apa. Sampai ada yang cedera berdarah pun boleh tak sedar. Yang makan pun tak rasa, yang berpusing berjam-jam pun tak pening.
Bila saya teringat balik zaman anak saya meragam tak suka berbaju dulu tpi saya tak faham dia, rasa sedih sangat.
Patutlah masa baby dia fussy semacam. Kita yang menjaga pun rasa restless. Rupanya dia lagilah restless. Bergelut dengan kcelaruan sensori.
Ini yang anak istimewa seperti autism selalu rasa.
Kalau kalian perasan anak kalian fussy semacam dan tak boleh tolerate dengan sesuatu banda yang budak lain boleh tolerate, atau tak sensitive langsung sampai wujud tabiat-tabiat pelik, bawalah berjumpa pakar.
Jangan sesekali biarkan.
Sebab SPD ni boleh mengganggu kefungsian hidup. Malah, mereka ni selalunya akan mengalami kelewatan perkembangan. Terutamanya perkembangan fizikal. Mental dan emosi mereka pun mudah terganggu.
Nak mudah bayangkan, anggaplah kita yang kena sensory overload. Bila dah terlalu banyak tugas kena buat, dan benda kena fikir, akan sampai satu masa kita rasa sangat stres.
Runsing tengok rumah sepah.
Rimas dengar bunyi kat TV.
Tak tahan dengan rasa melekit kat lantai.
Tiba-tiba tak suka jalan bersesak kat pasar malam.
Dan cepat rasa nak marah tengok anak tak duduk diam.
Tengok orang lain pun cepat rasa annoyed.
Itu semua tanda-tanda sensory overload. Tak best, kan?
Bayangkan pula yang melaluinya anak-anak kecil yang ada vocab yang terhad.
Ini nota lama yang saya simpn tentang SPD.
Saya harap, nota ini memberi gambaran tentang kebarangkalian punca tingkah laku anak kita yang kita tak faham.
Tapi maaf. Saya hanya ada list tanda-tanda. Solusi hanya layak diberi oleh pakar.
Tapi jangan risau. Di video akhir tu ada disediakan link untuk ilmu lanjut, apa solusi untuk bantu anak yang ada SPD ni.
Kredit: Wawa Shauqi
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Anak Buat Salah, Jangan Cepat Nak Bantu. Biar Dia Belajar Dari Kesilapan Sendiri
Bila anak buat salah, jangan cepat nak bantu. Biar anak belajar dari kesilapan sendiri. Ini yang penting! Malah semua ibu bapa telah memahami bahawa anak-anak di didik secara bermain di usia tujuh tahun ke bawah. Ketika anak berada di usia disiplin atau apabila dah menginjak ke alam sekolah rendah, latih anak-anak bertanggungjawab dengan hasil usaha mereka secara beransur-ansur.
Izinkan mereka silap. Izinkan anak menerima kesan kelalaian mereka seperti menyepahkan rumah, tidak menyiapkan kerja rumah, atau tertinggal buku yang patut dibawa ke sekolah.
Benarkan mereka merasa kecewa ketika gagal kerana tidak mengulangkaji pelajaran. Jika mereka tertinggal bekal, jangan berkejar ke sekolah untuk menghantar!
Elakkan menjadi ibu ayah yang ‘micro manage’ segala urusan anak sehingga mereka kekurangan pengalaman dalam mendepani cabaran kehidupan.
Lebih berat jika ibu ayah hanya fokus agar anak mendapat A dalam pelajaran, sehingga anak-anak tertinggal ruang meneroka seluruh dimensi dan potensi sebagai insan.
Ruang untuk anak belajar
Pada usia ini, kesilapan anak adalah ruang pendidikan yang berkesan. Ikuti tiap kesilapan dengan bimbingan dan dorongan. Jangan pula ruang mendidik itu dirosakkan dengan tuduhan dan celaan.
Anak yang dibenarkan/dibiasakan mengurus kesilapan dan kekurangannya ketika di peringakt awal lagi akan lebih matang dan bertanggungjawab ketika menempuh usia sekolah rendah dan menengah.
Hakikatnya, di usia menengah, kebanyakan anak-anak telah dewasa. ‘Expectation’ atau harapan pihak sekolah dan masyarakat luar telah menjadi lebih besar berbanding sebelumnya.
Ketika ini mereka harus mampu menduga kesan pilihan mereka hari ini dalam menentukan kejayaan hari esok. Mereka juga harus sedar pentingnya kerja keras dalam menempuh dunia nyata.
Memahami konsep sebab dan akibat ini memudahkan anak menjadi bertanggungjawab. Ia sangat penting sebelum mereka menghadapi dunia pekerjaan, apalagi alam perkahwinan.
Untuk itu, ketika mereka masih di umur disiplin, di usia sekolah rendah, izinkan anak silap. Pimpin mereka dengan kata-kata positif agar mereka menerima kesan kesilapan dan belajar memperbaikinya. Inilah jalan yang dapat membantu anak menjadi bertanggungjawab. Izinkan anak silap.
Sumber: Badariah Ismail
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Orang Tegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Tak Puas Hati! Ini Yang Kena Perbetulkan
Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah.
Dalam mendidik anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Bagaimanapun, apa yang dikesalkan kegagalan ibu bapa hari ini dalam mendidik anak adalah langsung tidak boleh ditegur oleh orang lain jika anak sendiri buat silap.
Perkongsian dari Puan Intan Dzulkefli boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa dalam membentuk akhlak anak.
Adab Anak Bercakap
Petang semalam, menemankan anak solehah ke taman permainan. Kelihatan lebih kurang 10 orang anak-anak berumur 7-12 tahun bermain di situ.
Sedang menghayunkan buaian Maira sambil mendukung Insyirah. Tiba-tiba kuat suara menerjah.
“Wei babi! Tak boleh pijak pasirlah!
Jerit seorang kanak-kanak dari atas papan gelongsor.
“Bodohlah perempuan ni. Sakitlah siak!” Seorang lagi menjerit apabila kawan perempuannya berlari merempuh badannya.
Bulat mata ini mendengar perbualan sesama mereka. Rasa tidak percaya pun ada. Tidak enak telinga ini mendengar. Kelihatan tidak padan kata-kata itu keluar dari mulut kanak-kanak seusia itu.
Paling tersentuh, padahal ibubapa yang menemani turut mendengar kata-kata itu. Namun, mungkin tidak berapa jelas kerana fokus hanya pada handset di tangan.
Allahu..
Iya betul, kadang di rumah puas kita mengajar berkata yang baik, namun bila bercampur gaul, anak-anak ni mudah terikut.
Tak Tegur Kesilapan
Malamnya pergi ke Tesco untuk membeli pampers anak yang tinggal berbaki dua keping.
Suami offer nak beli apa yang dihajati. Katanya sebagai balasan jaga anak. Fuh, alhamdulillah berbunga hati.
Terus menolak troli berisi anak-anak solehah ke ruang pastri. Alhamdulillah lengang. Hajat nak beli donut Tesco yang sedap tu.
Alih-alih nampak seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri di hadapan deretan donut, selamba mencolek-colek topping donut & memasukkan ke mulutnya. Dua tiga topping ‘selamat’ dirasanya.
“Adik, jangan buat macam tu..” Spontan mulut ini menegur.
Wallahi, tak perasan langsung ibunya rupanya ada tidak jauh dari situ memerhati. Sangka saya, akan ditegahnya anak itu.
Namun sebaliknya pula berlaku. Bukan sahaja tidak ditegur perbuatan anaknya, sebaliknya patik pula dijelingnya.
MasyaAllah, ampun!
Saya terus menolak troli menjauhi. Cuba senyum pada si ibu, tapi si ibu mengalih pandangan ke arah lain. Dipanggilnya anak itu untuk memilih cupcakes.
Terbiarlah donut yang telah ‘disentuh’ itu begitu sahaja.
Allahu.. terus hilang selera nak ber-donut.
Salah Tetap Salah, Perbetulkan Dari Awal
Dua peristiwa ini menjadi iktibar untuk diri ini sebagai seorang ibu yang mempunyai dua amanah yang besar ini.
Anak-anak ibarat kain putih. Kitalah ibu bapa yang mencorakkannya. Sesuatu perbuatan jika dibiasakan akan menjadi tabiat. Tabiat yang telah sebati dalam diri akan membentuk akhlak anak-anak.
Perbuatan salah anak-anak perlu ditegur. Ya memang penat kerana sekali tegur takkan terus menjadi. Namun, tetap tugas ibubapa, hal yang salah perlu dibetulkan.
Sayang bagaimanalah kita kepada anak, yang batil tetap batil, hak tetap hak. Jangan kerana kita biarkan perbuatan salah, menyebabkan anak berfikir apa yang dilakukannya itu adalah benar.
Impak kepada masyarakat
Maka, apabila kemudiannya kesalahan itu ditegur orang luar termasuklah guru, jiran, mak/pak saudara, sudah tidak lagi dapat ‘diserap’. Tambahan pula jika ibubapa tetap bermatian menyokong si anak.
Saya menulis ini berpesan pada diri saya sendiri. Tugas kita sebagai ibubapa ini amat berat. Bukan sekadar bagi makan, pakai & belikan segala kehendak anak.
Bahkan yang paling penting ialah, ‘sentuhan’ tarbiyyah kita kepada anak-anak yang bakal diwaqafkan untuk masyarakat, bangsa, agama & negara.
Apakah anak kita kelak menjadi generasi yang memberi manfaat untuk agama atau sekadar menjadi beban kepada masyarakat, & tentu menjadi beban kepada kita di dunia & akhirat.
Iya, jangan lupa, segalanya akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah.
Astaghfirullah.
Allahumma islih dzuriyyati.
Sumber: Intan Dzulkefli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI