Sebagai ibu, biasanya kita yang dapat melihat perangai sebenar anak-anak. Mungkin kita yang banyak meluangkan masa dengan mereka (tidak kiralah ibu yang bekerja atau ibu suri rumah). Setiap perubahan atau perkembangan anak, biasanya kita akan nampak dahulu. Kemudian kita akan kongsikan dengan suami untuk dia sama-sama melihatnya sendiri. Anak yang bijak biasanya ‘banyak akal’ Ada saja perkara yang mereka buat untuk menguji kesabaran kita.
Artikel Menarik: [Anak Sulung, Anugerah Terindah Yang Mengajar Kita Jadi Ibu Ayah]
Begitu jugalah dengan perkongsian seorang ibu, Wawa Shauqi, katanya nakal seorang anak itu merupakan indikasi yang menunjukkan mereka anak yang sihat. Mereka di dalam fasa membesar dan mempunyai sifat berani untuk meneroka pelbagai perkara baharu.
Siapa berjiran dengan saya, pasti biasa dengar ‘kemeriahan’ jerit dan pekik anak-anak saya. Tak sia-sia masa muda selalu berlatih dengar muzik Metal. Rupanya sebagai persediaan nak dengar vokal padu anak-anak sendiri.
Kalau saya fokus kepada jerit, pekik dan battle anak-anak, tak mustahil saya pun boleh terjebak jadi ‘vokalis’ sama.
Bila sekali-sekala Allah jadikan saya saksi pemandangan sebegini, baru tersedar sebenarnya di sudut yang tersembunyi dari pandangan, Allah sedang makbulkan doa saya untuk jadikan anak-anak saya sebagai insan soleh.
Hari ini, 2 kali si sulong minta mengimamkan solat. Tanpa langsung diminta. Walaupun tarranumnya sumbang, dapat dinilai tulusnya keikhlasan dia untuk tunjukkan kemampuan dan sisi baiknya sebagai seorang anak.
Artikel Menarik: [Anak Saja Cari Pasal, Nak Perhatian. Tapi Kena Marah Dengan Kita]
Dari sisi ini, Allah sedarkan saya, yang nakal mereka itu rupanya indikasi bahawa anak-anak saya masih sihat.
Masih kuat memegang fitrah kanak-kanak yang berani meneroka.
Jom ibu ayah.
Maafkan anak-anak kita.
Sangka yang baik-baik.
Mana tahu, mungkin betul telahan orang, ‘anak yang makin susah dijaga, adalah anak-anak yang bakal jadi orang paling mudah berjaya bila kita sabar membesarkannya.
Mana tahu, nakal-nakal mereka, rupa-rupanya mereka menagih doa yang baik-baik dari mulut kita. Untuk mereka bersedia jadi insan yang bakal memimpin kita ke syurga.
Artikel Menarik: [Marahlah Anak Ketika Buat Salah, Puji Ketika Dia Buat Kebaikan]
Anak-anak adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai. Mereka diibaratkan seperti kain putih, kita sebagai ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk memperindahkan mereka dengan ‘corak’ yang bagaimana. Bijak kita melakar coraknya, maka eloklah keperibadian anak-anak. Sebagai seorang ibu, sememangnya anak yang banyak akal begini menguji had kesabaran kita, tetapi itulah yang membuatkan kita menjadi manusia hebat yang bernama IBU!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI