Nak suruh anak dengar cakap, caranya perlulah betul. Jika pendekatannya ‘kena’ dengan emosi anak-anak, dah tentu mereka akan mudah mendengar kata. Terlalu kasar atau tegas tak bertempat akan membuatkan anak merasa bosan dan memberontak dalam diam.
Jangan sesekali cakap anak degil atau nakal jika kita tidak faham psikologi mereka. Kenali karakter anak sebelum kita memberikan sebarang arahan kepada mereka.
Ikuti perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang hal ini;
Baca Juga:
Nampak Lembut Tapi Kuat! Ibu Cari Rezeki Sara 5 Anak, Bawa Lori Kontena
Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai
Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!
JANGAN CAKAP ANAK DEGIL!
Kita yang tak berapa faham psikologi anak, lepas tu selamba je cakap budak tu degil.
Saya dulu hampir jadi macam tu jugak.
Kadang tu nak suruh anak saya pergi pakai pakaian lepas mandi je pun tapi tak selesai-selesai sebab dia asyik duk meragam.
Ada saja benda tak kena.
Mulanya pening kepala jugak kenapalah susah sangat dia ni nak dengar cakap. Rupanya saya ni yang bermasalah sebab saya tak nampak fitrah anak kecil yang sebenar.
Kalau ikutkan lingkungan umur setahun setengah hingga 4 tahun ni, tengah dalam fasa Ego-centric lagi. Anak kita tu duk rasa dialah decision maker yang paling bijak. Paling genius.
Adakalanya kalau dia rasa dipaksa-paksa, memang dia akan meragam dan tak nak buat benda tu.
Sebab tu kita mak ayah lah kena jadi lebih hebat dan kreatif. Ini saya nak kongsi tips paling mudah untuk kita berdepan kerenah macam tu.
BIAR DIA RASA ‘BERKUASA’
Kita buatkan si kecil tu rasa seolah-olah dia yang berkuasa untuk buat keputusan, dengan cara kita berikan dia pilihan.
Contohnya kita tanya dia, “Adik nak pakai baju merah ni ke atau baju biru tu?”.
Sebenarnya kita dah tentukan pilihan tu daripada awal. Jadi tak apalah kalau dia pilih pakaian yang mana pun sebab tujuan asal kita memang nak dia pakai baju.
Yang tak bagusnya bila kita asyik memaksa je. Lagi tak best bila sampai ke tahap tinggikan suara. Itu yang buatkan anak memberontak.
Namun bila kita dah berjaya tawan hati si kecil dengan cara yang betul, jangan terkejut kalau makin lama dia makin kurang meragam.
Tolong #kongsikan tips penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Mak ayah yang bijak dia tahu apa nak buat untuk jadikan anak lebih tenang dan tak mudah meragam.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI