
Malang tidak berbau. Anak kesayangan penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza terpaksa menjalani pembedahan selepas berlaku kemalangan kecil.
Melalui Insta Story penyanyi kesayangan ramai itu, Aafiyah rupanya terjatuh ketika bermain scooternya dan terpaksa menjalani pembedahan pada lukanya.
“Malang tak berbau. Anak ibu jatuh scooter.
“Kena masuk OT. Doakan semoga Allah SWT permudahkan,” tulis Tok Ti di Insta Story.
Malah menerusi satu hantaran di Instagram, Dato’ Siti turut memuat naik video rakaman yang menyentuh hati bila mana Aafiyah menangis ketika sebelum menjalani pembedahan.
Berusaha memujuknya, proses di OT berjalan dengan lancar dan kini Aafiyah dalam proses penyembuhan.
“Alhamdullillah, proses di OT berjalan lancar.
“Terima kasih Dr pakar di @gleneagleskl. Inshaaallah, Aafiyah segera sembuh ye, aamin ya rab.
“Video ni ayah ambilkan sebelum Aafiyah masuk OT. Tengah pujuk Aafiyah,” tulisnya lagi.
Sayu hati melihat Aafiyah yang menangis sambil dipujuk ibunya. Semoga Aafiyah lekas segera sembuh dan kembali aktif seperti selalu.
Dalam pada itu, perkongsian Dato’Siti itu membuatkan ramai yang sayu hati malah turut mendoakan semoga Aafiyah lekas segera sembuh dari kesakitannya dan kembali ceria.
Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Program Sukan Sekolah Ditangguhkan Kerana COVID-19” KPM Minta Guru Patuhi SOP

Seperti kita sedia maklum, COVID-19 gelombang kedua ini nampaknya menunjukkan peningkatan jumlah mangsa. Malah mangsa yang tidak pernah ada sejarah keluar negara ataupun berjumpa dengan pesakit COVID-19 juga dijangkiti virus ini.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kenyataan media agar semua menagguhkan aktiviti luar (mass gathering) yang melibatkan perhimpunan orang ramai.
Hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia pula mengeluarkan kenyataan agar segala program sekolah yang melibatkan perhimpuan ramai ditangguhkan dahulu untuk mengelakkan virus daripada terus merebak.
Gambar hiasan
PENANGGUHAN PROGRAM SUKAN DAN AKTIVITI KOKURIKULUM BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)
Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku, maka KPM dengan ini memutuskan agar semua program KPM yang melibatkan perhimpunan ramai seperti program sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Semua warga KPM diingatkan agar mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedure (SOP) pengawalan penularan jangkitan Coronavirus 2019 yang dikeluarkan oleh KKM.
Warga KPM juga dinasihatkan agar menangguh perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19 sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh KKM.
Penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan oleh semua pihak pada setiap masa dan sekiranya mengalami gejala jangkitan, diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan. Perkembangan terkini jangkitan COVID-19 boleh diperolehi melalui laman web rasmi KKM.
KPM mengambil cakna berhubung penularan COVID-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala ini.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
13 MAC 2020
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Teringat Lapisan Perut Sayang Kena Belah, Jahit Setiap Lapis, Sampai Bila Pun Abang Takkan Lupa” – Ebit Lew

Mana-mana suami yang masuk bilik bersalin pasti tak dapat melupakan saat melihat isteri bertarung dengan nyawa. Bukan biasa-biasa, tapi hampir separuh nyawa dikorbankan demi melahirkan zuriat tersayang. Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew sempena hari kelahiran anaknya yang ketiga ini papa kena baca.
Jadikan ingatan dan panduan untuk menghargai si isteri sampai bila-bila. Ingatlah bahawa ada waktunya, isteri kita harus diraikan kerana mereka cukup istimewa malah banyak berkorban untuk kita. Jangan lupa hargai isteri!
Jangan Lupa Hargai Isteri
Abang kenapa bagi hadiah pada bidadari abang ni? Sebak tengok bidadari menangis happy dan terkejut. Syukur pada Allah.
Bukan hari lahir sayang pun. Ini hari lahir anak kita qadeejah 10/4. Memang dah niat dari hari tu masa buka Paramount Coffee House cawangan ketiga di Ioi Conezion Putrajaya. Dulu tak sempat belikan untuk arwah mak saya emas. Terima kasih mak asbab doa mak semuanya.
Semoga mak Allah letakkan dalam syurga Firdaus. Allah sayang mak.. Mak ajarkan saya sayang dan hargai isteri. Ya Allah. I love u bidadari abang.
Yer bidadari abang. Hari ini hari lahir anak ketiga kita Qadeejah. Tapi abang teringat abang menangis dalam bilik pembedahan. Hari itu abang saja tengok betul-betul setiap lapisan perut sayang yang sakit. Teringat masa tu rasa sakitnya sayang. Dah macam apa perut tu di buka dll..masih ingat darah, dan setiap lapisan..jahitan setiap lapis..
Lepas dengar bunyi tangisan qadeejah abang menangis masa azankannya..ya Allah tuhanku. Sampai mati abang takkan dapat balas pengorbanan sayang. Demi cinta anugerah Allah ini abang cuma penat bekerja. Sayang dah bagi darah,nyawa,air mata segalanya. Sayang mati berkali-kali..Ini pun dah cukup buat sayang jadi ahli syurga…
Ya Allah itulah kelebihan seorang wanita. Seperti para pejuang syuhada dulu-dulu. Macam mana lah abang nak kejar sayang..ya Allah.
Terima kaseh Allah anugerahkan bidadariku ini. Selamat hari lahir anakku Qadeejah sayang 10/4. Semoga jadi anak solehah buat umi. Hamba Allah yang takwa mukminah..jadi daie Allah..Pohon doa semua sahabat. Terima kaseh kerana doa semua selama ini.
Sumber: Ebit Lew
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buat Surprise Untuk Isteri Dengan Kemaskan Rumah”. Cara Sweet Ustaz Ebit Lew Bahagiakan Isterinya

Isi Kandungan
ToggleSebenarnya bila suami buat surprise untuk isteri dengan kemaskan rumah dan suruh isteri rehat daripada uruskan anak-anak dan kerja rumah ia dah cukup sweet bagi si isteri berbanding menghadiakannya sejambak bunga.
Siapa setuju? Bagi seorang isteri penghargaan dan bantuan daripada suami dalam urusan anak dan rumah tangga dah cukup membuatkan dia bahagia.
Semua isteri mendambakan suami yang ringan tulang dan boleh membantunya namun kadangkala bukan suami tak nak membantu tapi mungkin dia masih kekok dan tak tahu apa patut dibuat (sebab tak ada pengalaman buat kerja rumah sebelum ni).
Sebagai isteri tak perlulah kita marah atau bentak suami, sebaiknya berikan tunjuk ajar dan minta bantuan dengan cara yang lemah lembut.
Sebagai suami pula kalau tak tahu dan tak biasa, cuba contohi cara dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ini. Ini namanya resipi rumah tangga bahagia dan harmoni.
Hari ini saya cuti ceramah 1 Ramadhan. Bidadari booking 2 hari untuknya awal Ramadhan ini….balik ambil anak sekolah saya cuba buat-buat sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak.
Bersepah dapur kecil ini bila ebit lew masuk dapur. Macam lepas berperang kat dapur nie..hehe..cuba teka masak apa tu?itulah menu utama orang buat dakwah atau dekat masjid. Banyak kuah. ya Allah ampun.

Biasa keluar jalan Allah jarang dapat masak. Orang suruh ceramah jer. Kat rumah pulak bidadari tak bagi. Kena merayu baru dapat masak..hee
Kelakar campur sedih sayu sangat…..sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita…anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak.
Isteri lak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar.
Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi…Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti..
Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer…hee..
Isteri Boleh Buat Beribu Kerja Satu Masa
Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa…
Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L….dapur pun bersepah..dah siap baru kemas..
Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.
Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid.
Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil.
Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri.
Isteri Ada Banyak Jawatan
Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan. Mereka jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja.
Isteri jadi tukang masak yang pakar. Masakan mereka dengan doa dan bersih. Sentiasa cari menu baru dan fikir apa nak masak untuk suami..laku rancangan masak. Selebriti masak. Sebab nak beri yang terbaik buat suami. 24 jam fikir nak masak apa. Ya Allah…
Lepas tu jadi cikgu anak-anak kita. Mereka cikgu math. Mereka ustazah fardhu ain. Mereka guru mengaji. Mereka guru kaunseling. Mereka guru displin. Mereka cikgu bahasa. Semua mereka kena ajar anak-anak. Mereka cikgu adab akhlak. Berapa elaun nak bayar untuk semua subjek. Tapi mereka buat semua tu kerana cinta.
Lepas tu mereka pelayan dan menjadi hiburan anak-anak. Anak menangis mereka tahu nak apa. Anak kecil belajar cakap. Isteri kita faham. Mereka tahu semua bahasa anak-anak.

Mereka tidurkan semua anak-anak. Lepas tu mereka pakai cantik-cantik layan suami lagi. Macam-macam jenis suami ada. Nak macam -macam layanan. Isteri dah penat sepanjang hari..
Mereka jadi jam loceng. Suami ada hp. Tapi harapkan jam isteri bunyi. Suami dan anak-anak bangun waktu berbeza-beza.
Pesanan Untuk Semua Suami
Buat saya dan semua suami. Jom kita buat semuanya sama-sama dengan isteri kita. Cintai dan sayangi mereka. Hargai mereka.
Ucapkanlah cinta dan sayang pada mereka. Pegang tangan mereka ucapkanlah. “Sayang betapa bertuahnya abang dapat sayang. Terima kasih sudi jadi isteri abang. Abang benar-benar bersyukur dapat sayang. I love u sayang. Abang betul-betul cintakan dan sayang sayang..”sedap sayang masak. Pandainya sayang. Ya Allah hebatnya sayang buat semua kerja ni..
Bantulah mereka bersama-sama buat kerja rumah. Sekali sekala atau selalu selalulah kita siapkan buka puasa. Kita siapkan sahur. Kejut isteri dan anak sahur.
Buat surprise buat isteri dengan kita kemaskan rumah. Mop lantai. Kemas mainan anak-anak. Basuh tandas. Isikan minyak kereta isteri. Siapkan baju isteri dan anak-anak. Kemaskan buku sekolah anak-anak. Basuh baju. Jemurkan semuanya. Angkat baju. Lipat baju. Kemaskan katil kita dan katil anak-anak. Layan anak-anak.
Kita tidurkan semua anak-anak. Sekali sekala beri isteri rehat awal. Kita urus anak-anak. Nikmat bila kita dapat lihat isteri kita berehat.
Wajahnya masa tidur nikmat buat seorang suami. Gembira campur sebak tengok wanita ini tinggalkan semuanya untuk bersama kita..berilah juga duit belanja dan apa yang kita ingin untuk kita berilah juga kepada mereka.
Doakanlah isteri kita. Doakan orang yang kita sayangi. Tiada hadiah paling berharga atas semua itu melebihi mendoakan mereka-ebit lew
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI