Keibubapaan

“Kena Multitask Sambil Makan” Sportingnya Mira Filzah & Suami, Tetap Hiburkan Anak Waktu Makan!

Share

Bila bergelar ibu dan bapa, banyak perkara yang perlu dilakukan. Orang kata multitask, perlu serba boleh dalam segala hal. Semuanya untuk membesarkan buah hati tersayang.

Bagi pelakon dan pengacara, Mira Filzah tidak ketinggalan untuk melakukan apa sahaja buat putera sulungnya, Wan Khair Amir.

Video perkongsian Mira di Tik Tok yang menghiburkan Amir ketika sedang makan dipuji ramai.

“Kena mutitask sambil makan,” tulis Mira di kapsyennya.

Mana tidaknya, walaupun sedang menjamu selera bersama keluarga, namun Mira dan suami tidak lupa untuk berinteraksi dengan Amir yang berada di sisi.

Enggan Amir rasa bosan, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar turut sama menyanyi dan membuat aksi comel bersama-sama.

Si comel Amir yang turut makan di sebelah bukan sahaja terhibur bahkan ketawa dengan aksi ibu dan ayahnya. Memang cute!

Dalam pada itu, wargamaya turut memuji Mira dan suami yang begitu sporting melayani anaknya biarpun ketika makan.

Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.

 

@mira.filzah8 Kena mutitask sambil makan 😅 #fyp #mirafilzah #foryou #foryoupage ♬ original sound – Mira Filzah

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM