“Kena Rasa Kehidupan Yang Sebenar” Tertido Dalam Stor Ikut Ibu Menjual, Tya Arifin Titip Nasihat Buat Anak

Share

Menantu Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin berkongsi video cahaya mata keduanya terlelap di dalam stor ketika sedang ibu bekerja ketika itu.

Usahawan dan juga ibu kepada dua cahaya mata ini juga sempat menitipkan nasihat buat satu-satunya puteri kesayangan ini.

Bekas pelakon terkenal Indonesia ini juga memberitahu, seawal usia anak kecil lagi sememangnya perlu mendidik mereka merasai sendiri kehidupan yang sebenar agar kelak boleh dijadikan panduan untuk cekal dalam hidup.

“Pelajaran hidup adalah bermula dari perjalanan sebenar yang dilalui.”

“Sama seperti ibu, yang telah diajar nenek kamu menjalani hidup dengan melihat dan merasai sebenar kehidupan.”

“Bahwa hidup ini kita harus sentiasa berjuang, tak kisah kita berada dimana hari ini.”

“Kelak kamu akan belajar dari hari ini, Nak”

Rata-rata wargamaya turut berkongsi pengalaman melalui zaman kecil yang sama seperti Tya dan anak-anak Tya.

_atinmira
Macam dejavu pula. Dlu arif. 😍 dua2 anak kuat ❤️❤️

hajahrafidahzainalabidin
Teringat masa kecik dulu… Mak berniaga di kantin sek… So tido alas kotak jugak tapi kat dlm kabinet bawah counter 😂😂😂. Memories are so precious

winartinina29
Walaupun belum pandai membantu, tapi setidaknya anak2 ini sudah di beri gambaran bagaimana orang tuanya bekerja dan berjuang.. good job Abang Arif dan Ara.

Tya Arifin dan Asyraf Dato Khalid Jiwa berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa, 3.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa