Kena Ruam Lampin, Bayi Jadi Tak Selesa. Jaga Kulitnya Elok-Elok Dengan Cara Ini!

Share

Ada masanya si manja yang memakai lampin pasti akan mengalami ruam lampin terutamanya jika dipakai dalam tempoh masa yang lama. Untuk menjaga kesihatan kulit si manja, mama papa harus menitikberatkan kawasan lampin kerana bahagian ini mudah mengalami kerengsaan atau ruam.

Sumber foto: www.shutterstock.com

Ia akan menyebabkan bayi merasa tak selesa dan merengek kerana ada masanya ruam lampin boleh menjadi teruk sehingga kulit melecet dan terluka. Sedih bila tengok anak merengek kerana rasa tak selesa apabila ruam lampin ini menyebabkan kegatalan atau rasa pedih. 

Untuk memastikan kawasan lampin tidak terjadi ruam atau melecet, mama papa boleh lakukan beberapa cara ini:

  1. Pakaikan Seluar Yang Tipis & Tak Merengsakan

Fabrik yang terlalu tebal atau kesat jika dipakai terutamanya pada kawasan lampin akan menyebabkan si manja kerap berpeluh. Bagi memastikan anak rasa selesa, gunalah seluar tipis yang membolehkan aliran udara dan mengelak peluh terperap pada kawasan lampin. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menggalakkan terjadinya ruam lampin. Lebih teruk, mungkin sehingga si manja mendapat jangkitan kuman! 

Sumber foto: www.shutterstock.com
  1. Mandikan Anak

Basuh badan anak dan kawasan lampin dengan air bersih secara kerap. Tidak perlulah gunakan produk mandian secara berlebihan atau pilihlah yang diperbuat dari bahan organik supaya lebih selamat untuk kulit si manja. Pastikan selepas memandikan anak atau mencuci kawasan lampin anak, ia dilap kering. Apabila kawasan lampin tidak dilap kering dan kemudian dipakaikan lampin, inilah yang menyebabkan ruam lampin.

Sumber foto: www.shutterstock.com
  1. Disiplin Amalkan Rutin Penjagaan Kulit

Nak jaga kulit si manja bukanlah sekadar dimandikan sahaja. Mama papa perlu disiplin dan konsisten mengamalkan rutin penjagaan kulit bermula daripada waktu mandi, pemilihan produk mandian sehinggalah selepas selesai mandi.

Sumber foto: www.shutterstock.com

Salah satu step by step untuk pastikan kesihatan kulit anak pada kawasan lampin, gunalah krim yang sesuai supaya kulitnya dilindungi dan tidak berlaku ruam. 

Kalau mama papa sedang mencari-cari krim lampin yang terbaik untuk si manja, cubalah Cetaphil Baby Diaper Cream dengan Organic Calendula! Ia telah mendapat kelulusan klinikal dan ahli dermatologi serta telah diuji pada kulit bayi yang lembut.

Bagusnya krim lampin ini kerana ia mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti organic calendula yang diformulasikan sesuai untuk melembutkan dan melegakan kulit si manja. Selain itu, ia juga tidak mempunyai haruman, tidak menyebabkan iritasi serta bebas paraben. Paling best, Cetaphil Baby Diaper Cream dengan Organic Calendula sangat mudah digunakan! 

Olesan Cetaphil Baby Diaper Cream dengan Organic Calendula pada kulit si manja akan memberi kelembutan serta melindungi kulit pada kawasan lampin dan punggungnya dari kebasahan yang menyebabkan ruam lampin. Krim lampin dari jenama yang diyakini ini diperbuat daripada ekstrak calendula organik yang memberi kelegaan pada kulit juga zinc oxide, vitamin B5 dan vitamin E. 

Jangan tunggu lagi, mama papa kena dapatkan segera Cetaphil Baby Diaper Cream dengan Organic Calendula kerana ia memberi 5 perlindungan ini:

*Lembut

*Melegakan

*Hipoalergenik

*’Mengunci’ kelembapan kulit

*Melindungi kulit

Dengan 3 langkah mudah ini, mama papa dapat beri perlindungan dari kepala hingga kaki si manja!

Langkah 1: Bersihkan kulit si manja dengan lembut menggunakan Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo.

Langkah 2: Kulit si manja lebih lembut dan dilindungi dengan Cetaphil Baby Daily Lotion yang diperkaya dengan shea butter.

Langkah 3: Gunakan Cetaphil Baby Diaper Cream dengan Organic Calendula pada kawasan lampin si manja dengan kerap (setiap kali menukar lampin) 

Untuk info lanjut tentang produk ini, layari; https://completecarewithcetaphil.com/diapercream 

Produk ini boleh didapati di Shopee (Klik Disini) 

#CetaphilBaby #5FoldBabyProtection #HealthyStartBabySkinDeserves #CetaphilBabyDiaperCream

 



Published by
Emy H