Ibu-ibu yang sedang menahan sakit kontraksi biasanya akan meminta ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan yang kuat. Biasanya ibu yang bakal bersalin ini akan diberikan gas entonox bertujuan untuk melegakan sedikit kesakitan. Namun tak semuanya berkesan kepada ibu itu sendiri, ada yang tidak rasa apa-apa malah lebih sakit dan ada juga yang terasa pening selepas menyedut gas ini.
Apa itu gas entonox dan apa kesan penggunaanya terhadap ibu dan bayi yang bakal dilahirkan? Ikuti perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat.
ENTONOX
Entonox = campuran oksigen ( 50% ) dan gas nitrous oxide (50%). Campuran ini tak menghilangkan semua rasa sakit nak bersalin, tapi ianya mampu kurangkan rasa sakit tu walaupun tak dapat hilang semua. kebanyakan wanita nak bersalin suka menggunakan entonox ini kerana mereka mampu mengawal dan boleh menggunakan entonox ini pada bila-bila masa mereka memerlukan.
Ibu akan bernafas menggunakan topeng muka yang boleh dipegang oleh ibu sendiri, kalau peneman ketika bersalin tu adalah suami, si suami boleh tolong pegangkan topeng muka ini.
Gas ini ambit masa 15-20 saat untuk berfungsi, maka ibu boleh mula menyedut gas ini sebaik sahaja sakit kontraksi hendak bermula.
Ianya berkesan kalau ibu sedut gas ini perlahan-lahan dan sedut dalam-dalam.
Kesan sampingan
✅TIADA KESAN BAHAYA kepada ibu dan bayi
✅ibu kadang-kadang boleh berasa kepala melayang-layang ‘Lalok’ atau pening sedikit
✅ada pesakit melaporkan berasa mengantuk dengan menyedut Entonox ini atau susah memberikan perhatian atau fokus – jika ini berlaku ibu perlu berhenti menggunakan entonox
Kalau entonox ini tak jalan, boleh fikirkan alternatif lain, bincang dengan doktor cara lain pula untuk berperang dengan kesakitan bersalin. Sakit bersalin bukan main-main.
Kredit: Dr.Muhammad Izzat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)