Perempuan mengandung yang tengah sarat tunggu masa nak melahirkan memang kadang-kadang tak bagi amaran kalau nak bersalin. Pendek kata kena sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan. Kalau nasib baik sakit dekat rumah, sempatlah nak bawa ke hospital, ada juga yang sakit masa tengah kerja terus kena bergegas ke hospital.
Macam kejadian yang dikongsikan melalui Facebook Balai Polis Salak Selatan Baru pada Isnin yang lalu, seorang anggota polis wanita secara tak sengaja menjadi bidan terjun menyambut kelahiran seorang bayi lelaki ketika menemani ibu bayi tersebut yang dalam perjalanan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Menurut kapsyen berserta gambar yang dikongsikan Lans Koperal Komathy didatangi oleh seorang wanita yang sedang sarat ke Pondok Polis Terminal Bas Salak Selatan (TBS) dan mengadu sakit perut mahu bersalin. Melihatkan keadaan wanita yang sedang sarat itu, Komathy bertindak pantas dengan membawa wanita tersebut ke hospital yang terdekat dengan menaiki teksi.
Tapi memang dah sampai masa wanita tersebut bersalin, tak sempat sampai ke hospital dalam perjalanan, Komathy terpaksa bertindak menjadi bidan dan menyambut kelahiran bayi lelaki dalam teksi. Memang hebatlah Lans Koperal Komathy, bukan sahaja boleh jaga keamanan, jadi bidan pun boleh juga!
Ads
Dimaklumkan bahawa ibu dan bayi tersebut dalam keadaan sihat dan selamat tapi masih lagi mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Memang satu tindakan pantas yang boleh dipuji buat pegawai polis wanita ini. rata-rata warga net yang turut memberikan komen juga mengucapkan tahniah dan memuji Lans Koperal Komathy dengan apa yang dilakukannya itu.
Ads
antara komen-komen warganet untuk perkongsian yang dibuat:
Bila anak dah tidur kita selalu dengar ada dengkuran dan nafas berbunyi. Kadang-kala kita rasa bunyi biasa. Tapi bila sudah terlalu kerap, kita kena bawa anak jumpa doktor pakar. Ada sebabnya.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak, nafas bayi yang berbunyi biasanya disebabkan oleh masalah ‘Laryngomalacia’. Malah ada beberapa perkara mama papa kena ambil tahu!
Nafas bayi berbunyi : Bahaya atau tidak?
“Anak saya ini semenjak lahir, kerap sangat berbunyi nafasnya. Bila menangis, masa tidur.. lagi kuat bunyinya. Kenapa, doktor?”
Ini info ringkas yang semua ibu bapa MESTI tahu.
1. ‘Laryngomalacia’ adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi.
3. Dalam kebanyakan kes, laryngomalacia pada bayi bukanlah keadaan yang terlalu serius. Maknanya, anak kita masih boleh bernafas, mereka juga dapat makan, minum dan mengalami tumbesaran seperti biasa. Bagi kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini, ia akan sembuh tanpa apa-apa spesifik pembedahan pada masa mereka berusia antara 18 hingga 20 bulan.
4. Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil bayi yang mengalami laryngomalacia akan mempunyai masalah pernafasan, makan dan berat badan. Gejala-gejala ini memerlukan perhatian segera!
Sebab berlakunya masalah ini?
2. Masalah ini biasanya berlaku semenjak lahir atau dalam bulan pertama usia. Reflux gastroesophageal (reflux GE) mungkin menyumbang kepada gejala masalah ini. Pernafasan berbunyi akan menjadi lebih teruk apabila bayi baring menelentang atau ketika menangis.
ℹ️ Apakah simptom dan gejala yang boleh dilihat pada anak-anak!
Sekiranya anak anda dilahirkan dengan laryngomalacia, gejala mungkin berlaku selepas lahir, dan boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu pertama kehidupan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami laryngomalacia akan sembuh antara umur 18 hingga 20 bulan. Gejala termasuk:
1. Nafas yang berbunyi. Selalunya lebih teruk apabila bayi itu menangis atau tidur di belakangnya (menelentang)
2. Kesukaran ketika makan atau menyusu
3. Mengalami masalah berat badan
4. Kemungkinan tercekik semasa memberi makan
5. Apnea (penghentian pernafasan)
6. Menarik leher dan dada pada setiap kali nafas
7. Cyanosis (menjadikan biru)
8. Reflux gastroesophageal (meludah, muntah dan regurgitasi)
9. Jangkitan paru-paru (akibat penyedutan makanan ke dalam paru-paru)
Sembuh Tanpa Rawatan
1. Dalam 90 peratus kes, laryngomalacia akan sembuh tanpa rawatan pada masa kanak-kanak berusia 18 hingga 20 bulan.
2. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah masalah yang teruk, anak anda mungkin memerlukan rawatan termasuk ubat atau pembedahan.
❗️Perhatian!!!
Pergi ke hospital dengan segera jika bayi anda alami tanda-tanda seperti ini:
1. Berhenti pernafasan selama lebih daripada 10 saat
2. Kelihatan biru di sekeliling bibir
3. Anak kelihatan menarik-narik leher atau dada ketika bernafas walaupun selepas diubah posisi atau dibantu untuk melegakannya.
Masalah ini mungkin biasa-biasa, namun jika kita sebagai ibu bapa sekadar sambil lewa, tidak tahu langkah apa perlu dibuat. Takut-takut menjadi punca kekesalan kita di kemudian hari.
Jumpa doktor jika anda rasa anak anda mempunyai sebarang masalah.
Semoga perkongsian kali ini berguna untuk kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak memasuki alam prasekolah, pastinya masalah kesihatan kanak-kanak merupakan antara perkara yang mendatangkan kerisauan ibu bapa. Buat mereka yang bergelar ibu bapa, sudah tentu penting untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan gembira.
Namun, seiring peningkatan usia dan anak semakin terdedah kepada persekitaran luar, pastinya risiko untuk mereka dijangkiti pelbagai penyakit juga meningkat.
Tetapi apakah masalah kesihatan umum yang cenderung dialami kanak-kanak terutamanya, apabila sudah memasuki alam prasekolah?
Masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah lazim dialami
Kanak-kanak prasekolah memerlukan tubuh dan sistem imun yang kuat kerana mereka terdedah kepada kanak-kanak lain, individu dewasa dan persekitaran yang mungkin tercemar.
Ini sekali gus akan meningkatkan risiko untuk mereka jatuh sakit.
Berikut adalah jenis masalah kesihatan kanak-kanak yang cenderung berlaku:
Selesema
Kanak-kanak sememangnya lebih mudah dijangkiti selesema. Ia disebabkan oleh sistem daya tahan tubuh mereka yang belum berkembang sepenuhnya.
Gejala selesema seringkali disertai oleh keadaan hidung berair, batuk, sakit tekak dan keletihan.
Jangkitan telinga Seperti masalah pernafasan lain contohnya selesema, batuk dan sakit tekak, anak prasekolah juga mudah mengalami jangkitan telinga atau otitis media.
Umumnya, keadaan ini terjadi apabila telinga tengah mengalami keradangan akibat penumpukan cairan di belakang gegendang telinga.
Ia cenderung berlaku selepas sakit tekak, selesema atau jangkitan saluran pernafasan saluran atas.
Gastroenteritis akut
Keadaan ini berpunca daripada jangkitan usus yang menyebabkan cirit-birit. Biasanya ia disertai dengan simptom seperti sakit perut, mual dan muntah.
Anak prasekolah yang mengalami jangkitan ini boleh dirawat di rumah dengan memberinya banyak minum air.
Gastroenteritis akan menjangkiti apabila anak menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus.
Hindarinya dengan mengajar anak amalan mencuci tangan yang betul.
Konjunktivitis
Merupakan jangkitan pada ‘konjunktiva’ – selaput lutsinar yang menutupi bahagian putih mata.
Jangkitan yang berlaku menyebabkan mata tampak berwarna merah atau merah jambu.
Sebab itu, masalah kesihatan kanak-kanak ini turut dikenali sebagai pink eye.
Selalunya, keadaan ini terjadi kesan daripada reaksi alahan.
Ia mudah berjangkit, terutamanya jika anak tersentuh cecair tercemar daripada mata, hidung atau mulut.
Asma
Penyakit ini menjadikan paru-paru dan saluran udara membengkak, sekali gus menyukarkan pernafasan.
Ia boleh tercetus oleh alergen, jangkitan saluran pernafasan atas atau perubahan musim.
Gejalanya boleh berkisar daripada batuk ringan hingga sesak nafas teruk atau berdehit ketika bernafas.
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
HFMD disebabkan oleh virus coxsackie dan kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak kecil.
Jika anak prasekolah dijangkiti penyakit ini, mereka akan mengalami luka pada mulut dan ruam pada tangan serta kaki.
Masalah ini tidak berbahaya dan biasanya akan hilang dalam tempoh beberapa hari.
Beguk
Merupakan jangkitan pada kelenjar parotid, iaitu kelenjar yang terdapat di sekitar rahang – berfungsi untuk pengeluaran air liur.
Antara simptom biasa beguk adalah pipi bengkak yang berlaku disebabkan pembengkakan pada kelenjar parotid.
Beguk adalah penyakit mudah berjangkit yang disebarkan melalui bersin atau batuk.
Selain bengkak, anak juga mungkin akan mengalami demam sebagai antara gejalanya.
Walaupun masalah kesihatan kanak-kanak ini cenderung terjadi, namun ia tidak mengakibatkan simptom yang teruk.
Campak
Antara penyakit berjangkit yang senang merebak. Ciri-cirinya, tubuh anak akan ditumbuhi ruam berbintik yang kelihatan di bawah kulit.
Jangkitan akan bermula pada wajah sebelum merebak ke seluruh bahagian tubuh.
Masalah kesihatan ini berisiko membawa maut tetapi dapat dielakkan dengan pengambilan vaksinasi.
Rujuk pakar pediatrik anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vaksin kanak-kanak.
Pelakon, Mona Allen meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan dan kesihatan anak sulungnya, Petra Pekin ketika beraya nanti.
Luahan tersebut di kongsi di Insta Story. Mona buntu memikirkan cara untuk menghalang orang ramai mencium anaknya dan dalam masa yang sama dia meminta tips daripada pengikutnya.
“Saya berharap nanti masa Raya tolonglah jangan kiss Petra. Takut virus RSV. Macam mana nak bagi tahu orang kampung, family atau saudara-mara janganlah cium baby. Any tips?,” soalnya.
Sementara itu, Mona turut berkongsikan pandangan netizen berhubung isu tersebut di Instagram miliknya dimana ada yang menyarankan pelakon itu sentiasa mendukung anaknya dan tidak lepaskan kepada orang lain.
Bagaimanapun, Mona menjawab dia sudah membuat perkara yang dicadangkan itu namun ianya tidak berjaya.
Dalam pada itu, ada yang mencadangkan supaya Mona berterus terang sahaja kepada mereka supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini.