Kena Terjah Dengan Wanita Nak Bersalin, Polis Wanita Dipuji Sambut Kelahiran Bayi Dalam Teksi

Share

Perempuan mengandung yang tengah sarat tunggu masa nak melahirkan memang kadang-kadang tak bagi amaran kalau nak bersalin. Pendek kata kena sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan. Kalau nasib baik sakit dekat rumah, sempatlah nak bawa ke hospital, ada juga yang sakit masa tengah kerja terus kena bergegas ke hospital.

Macam kejadian yang dikongsikan melalui Facebook Balai Polis Salak Selatan Baru pada Isnin yang lalu, seorang anggota polis wanita secara tak sengaja menjadi bidan terjun menyambut kelahiran seorang bayi lelaki ketika menemani ibu bayi tersebut yang dalam perjalanan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Menurut kapsyen berserta gambar yang dikongsikan Lans Koperal Komathy didatangi oleh seorang wanita yang sedang sarat ke Pondok Polis Terminal Bas Salak Selatan (TBS) dan mengadu sakit perut mahu bersalin. Melihatkan keadaan wanita yang sedang sarat itu, Komathy bertindak pantas dengan membawa wanita tersebut ke hospital yang terdekat dengan menaiki teksi.

Tapi memang dah sampai masa wanita tersebut bersalin, tak sempat sampai ke hospital dalam perjalanan, Komathy terpaksa bertindak menjadi bidan dan menyambut kelahiran bayi lelaki dalam teksi. Memang hebatlah Lans Koperal Komathy, bukan sahaja boleh jaga keamanan, jadi bidan pun boleh juga!

Dimaklumkan bahawa ibu dan bayi tersebut dalam keadaan sihat dan selamat tapi masih lagi mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Memang satu tindakan pantas yang boleh dipuji buat pegawai polis wanita ini. rata-rata warga net yang turut memberikan komen juga mengucapkan tahniah dan memuji Lans Koperal Komathy dengan apa yang dilakukannya itu.

antara komen-komen warganet untuk perkongsian yang dibuat:

Laksanakan Tugas Untuk Masyarakat

Berkhidmat walaupun bukan dalam bidang kerjaya

Tolong Tak Kira Bangsa

sumber: Facebook

 

Published by
SAHR