Kena Variasikan Menu Berpantang, Barulah Makin Sihat Dan Gembira 44 Hari!

Share

Satu yang menjadi ketakutan semua wanita adalah menempuh tempoh waktu berpantang. Malah ada yang mengatakan tempoh waktu itu adalah yang paling sukar? Kenapa menjadi sukar?

Hanya kerana tidak dapat makan semua jenis makanan yang sedap-sedap dan terpaksa melalui rutin dengan menu yang langsung tidak membuka selera? Sebenarnya tanggapan ini salah sama sekali.

Menu berpantang sememangnya adalah makanan sihat dan terbaik buat wanita berpantang. Ketika inilah tubuh berehat seketika daripada mengambil lemak dan sebagainya. Perkongsian menu sihat tetapi sedap yang dikongsikan Rida Shafie ini agak sedap untuk kita cuba. Jom ikut resipi ringkas yang dikongsikannya.


Ada orang takut nak makan menu dalam pantang yang pelik-pelik. Sanggup hadap sawi masak air hari-hari dan ikan selar bakar. Saya cuba je apa yang sesuai. Kalau rasa badan tak boleh terima so saya tak ambil dah next time.

Saya sharing menu dalam pantang saya. Saya kongsi menu breakfast dan lunch. Berbeza menu setiap hari, bahan yang ringkas-ringkas je. So far hari ni pantang ke 20 masak sendiri.

Bawal Kukus

Bahan-bahan:
Ikan bawal (putih/emas)
Serai
Bawang putih -mayang
Halia – mayang
Minyak bijan
Air asam jawa
Serbuk perasa dan garam

Cara-cara:
1. Letak ikan dalam pinggan.
2. Masukkn semua bahan.
3. Kukus selama 15-20 minit.

Salmon Bakar

Bahan-bahan:
Ikan salmon
Halia
Bawang putih
Sedikit lada hitam -tumbuk
Serbuk perasa dan garam

Cara-cara:
1. Perap ikan dengan semua bahan.(Rida perap dan masukkan dalam peti sejuk beku)
2. Keluarkan dan bakar atas pan non stick.

Ikan Merah Singgang

Bahan-bahan:
Ikan merah
Kunyit
Bawang putih
Lengkuas
Air asam jawa
Garam dan sebuk perasa
Air

Cara-cara:
1. Rebus air sampai mendidih.
2. Masukkan bahan-bahan hiris.
3. Masukkan ikan dan bahan perasa.

Ayam Grill Kunyit

Bahan-bahan;
Ayam bahagian peha
Kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara:
1. Lumur ayam dengan bahan tumbuk.
2. Perap dulu seketika dan bakar bakar di atas pan non stick.

Sayur Bening Lobak Putih

Bahan-bahan
Sayur lobak putih, merah dan sawi
Bawang putih -hiris/ketuk
Garam dan serbuk perasa
Air

Cara-cara:
1. Rebus air sampai mendidih.
2. Masukkan bawang putih dan sebruk perasa.
3. Masukkan lobak putih dengan merah, tutup api dan masukkan sawi.

Kredit: Rida Shafie

Published by
SRM