Selebriti, Hanis Zalikha berkongsi caranya mendidik anak-anak supaya sentiasa rasa bersemangat untuk ke sekolah walaupun masih kecil.
Baginya, disiplin sangat penting dalam kehidupan biar pun Yusuf masih lagi kecil. Tidak perlu memaksa tetapi anak-anak tetap seronok untuk mulakan pagi ke sekolah jika semuanya teratur.
“MasyaAllah alhamdulillah. Pergi sekolah dengan simple & seronok!”
“Nombor satu yang mudahkan kami adalah, dari bayi dah mulakan rutin tidur awal. Displin waktu tidur sampai sebati dengan body clock dan jadi ‘morning person’. So naturally waking up early it’s not a burden for school — and they don’t hate school for it.”
Tambahnya lagi, dia turut membawa anak-anak untuk bergaul dengan orang ramai supaya dapat menambahkan lagi keyakinan diri mereka yang mana sangat penting untuk sentiasa ke hadapan dalam alam persekolahan.
“Also good to polish social skill dengan bergaul dan yakin diri sedari kecil. Playdate dengan sepupu sepapat, anak kawan-kawan, sertai playgroup, play sports, apa saja yang membiasakan dia dengan komunikasi dunia luar (selain ibu bapa). InsyaAllah ini akan mudahkan transisi nak ‘break the ice’ at school and form friendships.”
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama-sama menguruskan anak ke sekolah walaupun mempunyai pembantu rumah. Penglibatan ibu bapa sangat penting untuk memenuhi tangki emosi anak setiap hari.
“Selalu bersama-sama siap ke sekolah. Buatkan sarapan, bantu persiapan mereka atau ibubapa sendiri hantar ke sekolah. Yang mana mampu, asalkan together ‘getting ready for school’ energy.”
Tambahnya lagi, sebagai ibu bapa dia dan suami, Hairul Azreen yang juga pelakon popular sentiasa mengambil tahu nama-nama kawan anaknya, Yusuf agar dapat digunakan ketika bersembang mengenai rutin harian anak bersama kawan di sekolah.
Ads
“Get to know their friends. Kenal nama kawan anak-anak. Take note bila diorang cerita perihal kawan-kawan dan gunakannya untuk sentiasa up-to-date dalam bersembang dengan anak-anak. Masa parti harijadi, dapat dekati dengan siapa yang anak-anak kita bergaul dengan lebih lagi. Tak semestinya parti yang kita anjurkan, mungkin parti yang kita hadiri.”
“Lower expectation. Terimalah ada hari yang lebih sukar, sebab kita pun liat nak pergi sekolah sometimes. Tapi sehabis baik kawal keadaan dan emosi supaya mood seharian (seisi rumah) tidak terganggu.”
Kredit: Hanis Zalikha
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Mendidik anak memang mencabar. Apa lagi bagi mama pama yang memiliki anak ramai dan kesemuanya aktif. Anak terlalu aktif, lasak dan hyperaktif selalu menjadikan kita takut untuk membawanya ke mana-mana sahaja.
Bukan aktif saja tapi nakal malah langsung tidak mendengar kata ibu ayah. Selain cara didikan, makanan juga mainkan peranan dalam soal ini.
Namun ada banyak perkara yang boleh diamalkan. Antara cara yang dikongsikan oleh saudara kita, Ahmad Mhd Mhd Muhayadi, boleh kita amalkan buat anak-anak kita. Mungkin tidak berubah menjadi yang terbaik tetapi berubah menjadi lembut hatinya dan senang dibentuk.
13 cara ni mak ayah patut cuba amalkan.
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Al Fatihah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Al Fatuhah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.
Kredit: Ahmad Mhd Mhd Muhayadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lumrah seorang wanita, selagi dia boleh bertahan, jarang dia nak menitiskan air mata. Kecuali jika benar-benar dah sampai kemuncaknya, hanya air mata boleh buat dia sedikit tenang.
Menurut Pakar Motivasi, Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, suami harus faham jika isteri menitiskan air matanya, bermakna ada sesuatu yang boleh menyebabkan isteri menjadi sedemikian.
Tingginya nilai air mata seorang wanita. Di saat seorang wanita menangis di hadapanmu, bukan tanda dia lemah. Namun betapa kuat dirinya menahan dan memendam demi sebuah kebahagiaan.
Peganglah tangannya dengan sebuah pengertian, maka dia akan bersamamu selamanya. Jika kamu membiarkannya pergi, maka pergilah dia bersama tangisannya selamanya.
Lihatlah anak matanya, rasakan kesakitan yang terpendam dari dalam dirinya.
Hitunglah setiap titis air matanya. Kamu akan lihat betapa beratnya beban dari deras air matanya.
Para suami, sedarlah bahawa tangisannya itu bukan kerana dia lemah. Bukan juga tanda dia merintih memohon simpati dan belas kasihan darimu.
Dia menangis kerana tak dapat menanggung beban dari dalam hatinya. Dia meronta-ronta, merintih dan lemas dalam kesedihan tak bertepi.
Waktu ini, fikirkan sejenak apa yang kamu lakukan untuknya. Hanya kamu sahaja yang tahu jawapan itu. Pertimbangkanlah baik-baik.
Kerana satu saat nanti, kamu mungkin akan terlambat untuk mengucap sepotong ayat, “Abang minta maaf!”
Masa itu segalanya sudah terlambat. Tak mampu dibaiki dan diungkapkan apa-apa untuk lagi. Maka jangan kita biarkan keadaan itu berlaku pada kita.
Sedarlah bahawa, Allah kuatkan bahu wanita untuk menjaga anak-anakmu. Allah lembutkan hatinya untuk menyelimuti hatimu hingga tenteram.
Allah berikan naluri yang kuat untuk tetap saling menyayangi walau pada saat itu wanita itu dikhianati berkali-kali.
Maka, layakkah kita mengasari dan menyakiti hatinya disebabkan oleh ego kita yang meninggi? Tentu tidak, bukan.
Moga kita buka mata dan hati. Moga Allah beri kita hidayah untuk mencipta kebahagiaan berumahtangga.
Berikut dikongsikan beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan untuk memelihara diri dan keluarga agar sentiasa bahagia dan dilindungi.
Fitrah manusia inginkan keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan cinta. Maka amalkanlah 7 doa pendekatan dan kebahagiaan keluarga ini yang dikongsi oleh saudara Muhammad Nizar .
“Cukuplah bagiku Allah.Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung” (Surah al-Tawbah 129: 9)
“Taa’ Haa. Tiada Kami turunkan al-Quran keatasmu supaya engkau menanggung kesusahan. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan yang Maha Pemurah, berkuasa di atas Arasy” (Surah Taha 20: 1-5)
“Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia. Berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku” (Surah al-Isra’ 17: 80)
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami” (Surah al-Kahfi 18: 10)
“Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri” (Surah al-Anbiya’ 87: 21)
DOA 6: MOHON PASANGAN DAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH
“Wahai Tuhan kami, anugerakanlah kepada kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa” (Surah al-Furqan 25: 74)
DOA 7: MOHON DIRI DAN KETURUNAN TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG MENDIRIKAN SOLAT
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” (Surah Ibrahim 14: 40)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...