Nak didik anak, kenal pasti mereka jenis mana satu. Ada tiga jenis anak di dunia ini iaitu visual, auditori dan kinestetik. Sebenarnya mengajar anak kena ikut ciri unik mereka barulah senang mereka faham apa yang nak diajar.
Menurut Dr. Taufiq Razif jangan didik anak ikut suka hati kita. Kesian anak nanti. Lepas tu kita pula label dia tak dengar cakap atau susah nak faham apa yang diajar.
Cara Nak Ajar Anak Auditory
Kadang-kadang anak jadi susah nak faham pelajaran sebab kita sendiri tak kenal anak kita.
Bayangkan anak yang kinestetik kita ajar gaya auditory. Anak auditory pulak kita ajar dengan gaya visual. Memang jadi berkecamuk la minda anak kita sebab kita guna gaya belajar yang tak sesuai dengan dia (incompatible).
Jadi untuk anak auditory yang menggunakan deria pendengaran untuk menyerap ilmu di sekelilingnya, kita kena guna gaya auditory la ye.
Anak auditory ni lebih suka suasana yang sangat tenang tapi kadang-kadang mereka sukakan belajar sambil mendengar radio ataupun muzik
Yang penting untuk anak yang auditory, kita kena pastikan dia belajar sambil mengucapkan ataupun membisikkan apa yang dia tengah belajar. Boleh juga belikan anak kita audiobook ataupun pita perakam supaya dia boleh rakam apa yang dipelajarinya.
Boleh juga download video pembelajaran di youtube dan convert kepada file Mp3. Anak auditory lebih cepat menyerap ilmu yang diajarkan bila dia mendengar apa yang diajarkan.
Anak Kinestetik
Kesian juga saya tengok ada anak yang dilabel nakal hanya sebab dia tak boleh duduk diam.
Si ibunya pula kalau nak ajar si anak apa-apa mesti suruh si anak tu duduk dan fokus kat dia je. Bila anak macam bangun, bergerak sana sini dilabel la pulak anaknya sebagai anak yang tak fokus.
Wahai Ibu sekalian,
Anak ni ada bermacam jenis gaya belajar (learning styles) sebenarnya dan tiap-tiap anak ada cara yang berbeza.
Anak-anak yang belajar dan menyerap ilmu dengan pergerakan tubuh. Yang ni kita panggil sebagai anak Kinestetik.
Ada anak yang menyerap ilmu di sekelilingnya dengan fokus dan melihat pada apa yang dia pelajari. Yang ni biasanya anak yang Visual.
Ada juga anak yang bila dia tengah serap ilmu di sekelilingnya, dia akan mula berbisik ataupun bising. Bercakap sana sini. Kepoh juga dibuatnya. Kadang suka menyanyi. Tu namanya anak yang Auditorik.
Ada juga anak yang ada campuran Auditorik, Kinestetik dan Visual. Tugas kita bukanlah memaksa anak mengikut cara belajar kita. Tugas kita adalah mengajar anak menggunakan gaya belajar yang compatible dan sesuai dengannya baru la ilmu tu ditransfer dengan lebih cepat dan efisien.
Anak Visual
Antara ciri-ciri anak kategori visual adalah
* Suka berkhayal
* Suka melihat dengan fokus ketika diajar
* Suka buka yang berwarna-warni dan bergambar
* Mudah faham gambarajah, peta dan carta
* Lebih suka diajar dan dijelaskan melalui lukisan dan lakaran
Nak tengok anak kita visual leaner ke tak ni senang je :
- Cuba kita ajar anak kita sesuatu, cukup ke dengan cakap di mulut je? Kalau dia perlu kita demonstrasi atau tunjukkan cara di depan mata dia, tu antara tanda-tanda anak visual la ye.
- Cuba tengok mata anak kita masa kita ajar dia sesuatu, anak mata dia pandang ke mana? Kalau anak mata tu selalu pandang ke atas seolah-olah berkhayal ataupun fokus je pada pergerakan tangan atau lakaran kita, tu pun antara tanda-tanda anak visual.
- Anak visual ni biasanya sangat suka membaca sebab dia suka tengok gambar, tulisan, carta, peta dan lain-lain
Tips : Nak asah bakat dan ajar anak visual ni jangan bebel je. Dia takkan dengar pun. Sesekali jelaskan dengan pergerakan tangan, lakaran di kertas ataupun tunjukkan depan dia tutorial nak buat sesuatu benda tu.
Dah tahu ni terus amal pada anak visual kita semua ye!
Jom join Telegram Parenting Nota Taufiq Razif. Install Telegram dan Klik je sini t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber: Taufiq Razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI