6 jenis vaksin ini diberikan kepada bayi dan kanak-kanak. Ia berupaya melindungi lebih dari 11 penyakit berbahaya.
Perkongsian daripada Dr Amirul Amzar patut diketahui oleh semua ibu bapa. Vaksin diibaratkan seperti hadiah yang sangat bermakna buat anak sebagai adalah usaha untuk mengelakkan si kecil daripada dihinggapi penyakit berjangkit yang berbahaya seperti difteria, cacar, pertussis dan sebagainya.
JOM KENAL VAKSIN MALAYSIA
Dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia, ada 11 penyakit yang dilindungi oleh vaksin-vaksin tersebut (12 kalau di Sarawak). Jom kita kenal vaksin penyakit-penyakit itu secara ringkas.
Diberi seawal lahir, ia mencegah dari kuman mycobacterium tuberculosis. Kuman ini umumnya menyebabkan Batuk Kering (pulmonary tuberculosis). Tapi tujuan suntikan ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman ini pada selaput otak bayi. Ia mencegah tuberculous meningitis. Kalau tak vaksin, dan dijangkiti, lebih separuh dari bayi akan cacat otak kekal dan 1 dari 5 akan mati.
Diberi dengan dos 3 siri iaitu seawal lahir, 1 bulan dan 6 bulan. Ia mencegah dari jangkitan virus hepatitis B. Virus ini kalau kena pada bayi, 95% daripada mereka tidak akan dapat melawan jangkitan ini dan menjadi pembawa kronik. Akibatnya mereka akan membesar dengan virus itu dan kelak boleh menjadi penghidap kanser hati. Bukan tu saja, pasangan dan keluarga mereka juga boleh dijangkiti kelak.
D untuk diphtheria. Corynebacterium diphteriae adalah bakteria yang menjangkiti tekak sehingga boleh menyebabkan kematian. Macam mana boleh mati? Bayangkan tekak anak anda tersumbat sehingga mereka tak boleh bernafas. Kematian akibat diphtheria adalah lebih tinggi pada kanak-kanak bawah 2 tahun dan mereka yang tidak divaksin. Kuman ini juga boleh merebak ke organ lain dan menyebabkan kegagalan organ. Bayangkan tekak anak anda disumbat dengan span bersalut lendir kuman sampai tak dapat bernafas, macam tu lah bila mereka dijangkiti.
T untuk tetanus. Bahasa Melayunya dipanggil kancing gigi. Orang selalu salah faham ingat kancing gigi ni kalau kena besi karat je. Sebenarnya kuman ini boleh ada di mana-mana dan di dalam tanah. Kita beri vaksin ini bagi melindungi dari kuman ini yang mudah masuk melalui luka. Kalau dijangkiti, pesakit akan mengalami kekejangan yang amat teruk sehingga boleh patah tulang sendiri. Rawatannya melibatkan kos yang mahal kerana memerlukan suntikan immunoglobulin. Kadar kematiannya adalah tinggi pada mereka tidak pernah melengkapkan sekurang-kurangnya 3 dos suntikan.
aP adalah untuk Pertussis. A tu untuk acellular. Dulu kita pakai whole cell pertussis vaccine. Tapi sekarang dah tukar kepada yang lebih selamat dan baru. Jangkitan pertussis ini digelar batuk 100 hari. Budak boleh kena, orang besar pun boleh kena. Budak kalau kena, memang dahsyat. Boleh tengok muka dia bertukar dari normal, ke merah, putih dan seterusnya biru pada satu masa. Ianya boleh membunuh. Kalau dah ambil vaksin, walaupun dijangkiti, ia tidak akan serius.
IPV adalah inactivated polio vaccine. Dulu kita pakai OPV, oral polio vaccine. Oral polio ni murah, sen sen je. Tapi banyak masalah. Maka KKM pun belanja lebih sikit untuk beli IPV bagi mencegah polio. Hasilnya, alhamdulillah polio dah tak ada kat Malaysia. Tapi baru-baru ni ada satu kes di Indonesia. Kalau masuk ke Malaysia, yang mula-mula kena adalah bayi kecil yang belum divaksin atau orang yang menolak vaksin. Kalau kena, risiko lumpuh adalah tinggi. Dan poliomyelitis tiada ubat. Otot pernafasan anda pun boleh lumpuh. Bayangkan, kalau kena polio, anda nak bernafas pun kena guna tenaga dan fikir macam mana nak bernafas tu.
HiB adalah vaksin untuk hemophilus influenza type B. Ni bukan vaksin influenza untuk flu yang ambil setahun sekali tu. Ini adalah vaksin bagi mencegah kuman HiB. Kuman ini biasanya menyerang selaput otak dan mengakibatkan kecacatan otak dan pekak.
Haa, yang ni banyak kontroversi. Bermula dari kajian Dr Andrew Wakefield, satu dunia gempar vaksin ini menyebabkan autism. Tahu tak kajian Andrew Wakefield tu dah ditarik balik? Dan tahu tak tiada satu kajian pun berjaya mendapatkan keputusan sama macam kajian dia. Malah, kajian pada lebih 1 juta kanak-kanak membuktikan vaksin ini atau merkuri dalam vaksin tidak menyebabkan autism.
M pertama adalah untuk measles. Measles ni orang panggil demam campak. Dia datang dengan demam dan ruam. Selalu juga ada mata merah dan batuk selsema. Tapi, banyak lagi jangkitan virus lain yang hampir datang macam measles. Kita gelarkan viral exanthem. Viral exanthem ini adalah demam dan ruam akibat jangkitan virus. Ia tak sebahaya measles. Dan masyarakat selalu salah faham, anak dah ambil vaksin tapi masih kena demam dan ruam. Walhal demam dan ruam itu sebab virus lain. Measles ni, perlu vaksin. Ia sangat mudah merebak. Dan ia boleh membunuh. Di Filipina sekarang, angka kematian akibat measles dah cecah 200 orang. Dan pada 2018, semua kematian akibat measles di Malaysia adalah dalam kalangan yang tidak menerima vaksin.
M nombor 2, mumps. Ianya adalah sejenis jangkitan disebabkan virus paramyxovirus. Ia boleh menjangkiti kelenjar air liur dan menyebabkan beguk. Biasanya ia tidak merbahaya. Tapi, salah satu komplikasinya adalah kemandulan. Jangkitan beguk ini boleh menyebabkan telur anda bengkak tak kisahlah anda lelaki atau wanita dan seterusnya menyebabkan kemandulan.
R untuk rubella. Ianya juga demam dan ruam. Ianya juga secara umum tidak merbahaya, tetapi, jika dijangkiti sewaktu mengandung, anak dalam kandungan akan lahir cacat otak, kepala kecil, mata buta, jantung berlubang dan pekak. Memang cacat. Bayangkan kalau berlaku wabak, dan isteri awak yang tengah mengandung pulak ada dalam lokaliti wabak tu. Baik semak mak pak mertua tu antivaksin ke tidak.
Ini vaksin baru. Ianya diperkenalkan bagi mencegah jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV ini adalah penyebab utama kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita. Tahu tak, kanser pangkal rahim ini adalah kanser kedua paling kerap berlaku pada wanita di Malaysia? HPV virus lah penyebab utamanya. Sebab itu kita vaksin kan anak gadis kita seawal 13 tahun. Sebab, kita tak tahu siapa yang ada jangkitan ini kerana pada kebanyakan masa, ia tiada simptom sampailah berlaku perubahan kanser pada pangkal rahim.
Ianya vaksin khas untuk Japanese Encephalitis dan hanya diberi untuk Sarawak sahaja. Sebab apa, sebab risiko jangkitan masih tinggi di sana berbanding di semenanjung. Virus ini adalah bawaan nyamuk. Ianya boleh menyebabkan bengkak pada otak. Kecacatan otak kekal boleh berlaku pada 30% pesakit dan kadar kematian boleh mencapai setinggi 50%.
Jadi, ini lah kesemua vaksin yang disubsidi penuh oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak dapat dibendung dan kesihatan masyarakat terutamanya generasi akan datang, terjaga.
Tolak vaksin, dan kita akan lihat wabak berlaku, anak-anak kita lahir dengan kecacatan atau cacat akibat jangkitan serius. Saya pasti semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Maka vaksinkan lah anak anda.
Dr Amirul Amzar
#perangigavak
#antivaksin
Sumber: Amirul Amzar