Sebagai ibu bapa, kita perlu kenali emosi anak dahulu supaya dapat asuh anak menjadi pintar dan cemerlang dalam hidupnya! Emosi merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang. Tanpa emosi, diri manusia tidak lengkap. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai pelbagai emosi. Emosi merangkumi pelbagai perasaan termasuk negatif dan positif. Melalui emosi, anak-anak dapat meluahkan perasaan yang tercetus dalam dirinya. Malah, ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan perancangan.
1.Gembira
Membantu kanak-kanak berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang disukai sepanjang hari penerokaan dalam persekitarannya.
2.Marah
Perasaan marah ini membantu kanak-kanak mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang diinginkan dengan melahirkan perasaan geram, mengamuk atau marah dalam bentuk yang bersesuaian.
3.Takut
Perasaan ini membuatkan kanak-kanak berasa terancam sekali gus membentuk motivasi ingin memastikan keselamatan diri daripada aspek fizikal dan psikologi.
4.Sedih
Perasaan kehilangan iaitu tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih untuk mendapat apa yang diinginkan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
5.Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan terhadap suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati dan tidak berminat untuk mendekati dan mengambilnya..
6.Cemas
Ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.
7.Malu
Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak bersikap di luar batasan.
8.Bangga
Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati dan dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan oleh ibu bapanya