Terdapat pelbagai jenis alat perancang keluarga. Alat dalam rahim  atau IUCD adalah salah satu daripadanya. Doktor ini kongsi maklumat tepat mengenai IUCD.

IUCD ialah singkatan daripada Intrauterine Contraceptive Device ialah sejenis alat yang mencegah pelekatan janin pada dinding rahim.

Kenali Alat Perancang Keluarga IUCD, Doktor Kongsi Risiko dan Prosedur Memasangnya. 99% Berkesan Cegah Kehamilan

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak telah berkongsi info tepat mengenai IUCD. Berikut ialah perkongsian beliau;

Alat dalam rahim ( IUCD )

Alat ni berupa plastik kecil yg bersalut dgn dawai kuprum yang diletakkan dalam rahim. Ianya ada 1 atau 2 benang halus pada hujungnya supaya boleh nampak tergantung pada pangkal rahim ( serviks)

IUCD boleh berfungsi sebagai alat perancangan keluarga selama 3, 5 atau 10 tahun bergantung pada jenisnya. Kalau ada dah berumur 40 tahun atau lebih, bila IUCD ni dipasang, ianya akan berfungsi sebagai perancangan keluarga sehinggalah mencapai umur menopaus.

Dah menopaus, tak perlu lah lagi pakai perancangan keluarga kan. Bukan untuk mereka yang berumur 40 tahun je, mana-mana peringkat usia pun boleh pakai setelah dipikirkan sesuai oleh Dr.

IKLAN

Kenali Alat Perancang Keluarga IUCD, Doktor Kongsi Risiko dan Prosedur Memasangnya. 99% Berkesan Cegah Kehamilan

Kadang2 IUCD ni dipanggil ‘coil’ atau ‘copper coil’. Ada pelbagai jenis dan saiz

99% berkesan untuk mengelakkan dari mengandung – maka sangatlah sesuai utk digunakan. Kurang dari 1 dalam 100 wanita yang menggunakan IUCD sebagai teknik merancang keluarga akan mengandung dalam 1 tahun. Jika IUCD digunakan selama 5 tahun, kurang dari 2 dalam 100 wanita yg menggunakan IUCD akan mengandung sepanjang 5 tahun tu. Efektif kan?

TIDAK PERLU LAGI MAKAN PIL PERANCANG
Bila dah pasang IUCD tu boleh digunakan sehingga sekurang-kurangnya 5 tahun( mengikut jenis) dan tak perlu dah nak ingat nak makan ubat hari-hari seperti pil perancang.

HAID MUNGKIN AKAN JADI LEBIH BANYAK ATAU SAKIT

IKLAN

Period mungkin jadi lebih banyak, panjang atau sakit. Tetapi akan beransur seperti sediakala selepas beberapa bulan. Tapi perlu ingat, IUCD tidak melindungi seseorang wanita itu untuk mendapat penyakit bawaan kelamin kerana fungsinya hanya utk mencegah kehamilan terjadi.

RISIKO-RISIKO YANG BERKAITAN DENGAN IUCD

  • Risiko kecil mendapat jangkitan kuman untuk 20 hari pertama lepas IUCD dimasukkan.
  • IUCD boleh terkeluar dari rahim. Mungkin anda pun Tak sedar iucd perkara ni berlaku. Nnti misi atau Dr akan ajar mcm mana nak periksa IUCD ni masih ada atau tak dgn meraba hujung benang halus pada hujung IUCD tu.
  • Jarang berlaku, tapi ada risiko kecil IUCD ni boleh tertembus masuk ke dalam dinding rahim dalam proses memasukkan alat ini. Risiko ini terjadi lagi tinggi jika anda baru lepas bersalin. Simptom merangkumi sakit tapi selalunya takda apa-apa sebab bahagian yg tertembus tu boleh baik dan sembuh dgn sendirinya. Walau bagaimanapun, kejadian IUCD tertembus ni dikurangkan jika prosedur dilakukan oleh doktor yg berpengalaman.
  • Walaupun susah untuk mengandung jika dah dimasukkan IUCD, tapi JIKA MENGANDUNG, risiko untuk mendapat kehamilan luar rahim meningkat. Perlu diingatkan, dengan pemakaian IUCD tidak meningkatkan risiko seorang wanita tu utk dapat kehamilan luar rahim jika dibandingkan dgn orang yg tak menggunakan apa-apa teknik perancangan keluarga.

Kenali Alat Perancang Keluarga IUCD, Doktor Kongsi Risiko dan Prosedur Memasangnya. 99% Berkesan Cegah Kehamilan

BILA BOLEH MASUKKAN IUCD?

Boleh dimasukkan bila-bila masa dalam kitaran haid, dengan syarat anda TIDAK mengandung.

IKLAN

 

BAGAIMANA DOKTOR NAK MASUKKAN IUCD?

  1. IUCD dimasukkan ke dalam rahim. Pemeriksaan pada bahagian perut dilakukan untuk menentukan kedudukan rahim.
  2. Masukkan IUCD tak lama pun, paling lambat dalam 5 minit. 
  3. Mungkin akan ada sakit sikit macam cramping pain dan pendarahan sedikit tapi untuk beberapa hari saja lepas IUCD dimasukkan. Kalau perlu baru makan ubat tahan sakit.

Jumpa Dr dan tanya pasal IUCD. Mungkin ini adalah yg terbaik untuk anda dalam membantu menjarakkan kelahiran. Untuk makluman anda, kawan-kawan doktor perempuan saya pun ramai menggunakan kaedah IUCD sebagai teknik perancangan keluarga. Tengok tu, doktor pun menggunakan sekurang-kurangnya kaedah yang berkesan, bukan rancang-rancang sendiri sebab takut ‘melekat’ lagi.

Kenali Alat Perancang Keluarga IUCD, Doktor Kongsi Risiko dan Prosedur Memasangnya. 99% Berkesan Cegah Kehamilan

Every pregnancy is a planned pregnancy. Takda eksiden eksiden punya

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI