A terrible two! Istilah ini selalu kita nampak dalam mempelajari ilmu parenting. Pada usia anak dua tahun, anak sudah mula meneroka pelbagai perkara di sekelilingnya.
Paling ketara kata Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, anak pada usia dua tahun mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang berubah-ubah.
Jangan biarkan sebaliknya pandu arah anak kecil kita dengan rutin harian yang sama. Ikuti perkongsiannya.
Ads
Anak 2-3 tahun kejap senang mandi, kejap susah nak mandi, kejap kuat makan, kejap susah makan.. alert!
Ini punca rutin yang tak konsisten.
Ads
1. Budak kecil usia ni mereka dalam fasa instinctive behaviour. Bukan di rancang tapi semua terjadi secara spotan.
2. Oleh itu jadual & konsistensi rutin setiap hari memainkan peranan besar kepada mood anak.
Ads
3. Kalau biasa tidur jam 9, tiba tiba tidur lambat sikit atau tidur tak dapat bawah ketiak ibu, boleh kacau mood dia esok harinya.
4. Waktu makan, tempat makan & situasi makan yang berubah ubah juga boleh efek mood anak.
5. Jadinya dengan anak-anak kecil ni penting untuk kita stick pada jadual yang konsisten setiap hari, baru tenang tenang sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Enam beranak yang menghuni pondok buruk dalam kebun getah di Kampung Air Kembai, Mukim Kupang di Baling menarik nafas lega apabila bakal menerima rumah baharu lebih selesa Ramadan ini.
Megat Noor Asyeqi Megat Hussin, 36, berkata dia terpaksa berteduh di pondok itu bersama isteri, Siti Roshamilia Mat Radzi, 32, dan empat anak mereka sejak lebih setahun lalu.
Pernah sewa rumah tapi tak mampu bayar
Menurutnya, sebelum ini dia ada menyewa rumah, namun pendapatannya sebagai penoreh getah yang tidak menentu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke pondok berkenaan.
“Saya sedih melihat tiga anak (Puteri Amira Husna, 11, Puteri Aleesya Husna, 8, dan Megat Hanif Mukhriz, 7) yang sudah bersekolah terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan.
“Walaupun hidup miskin, saya sangat pentingkan soal pendidikan anak agar mereka tidak terabai dan menerima nasib seperti saya,” katanya ketika ditemui selepas dikunjungi Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Megat Noor Asyeqi berkata, meskipun hidup serba kekurangan, anaknya masih berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.
“Puteri Amira berjaya mendapat tempat pertama peperiksaan akhir tahun dan turut mendapat tempat pertama di sekolah agama tahun lalu. Puteri Aleesya pula mendapat tempat kedua peperiksaan akhir tahun dan tempat pertama di sekolah agama. Hanya anak bongsu (Puteri Anisa Husna, 4) yang masih tidak bersekolah,” katanya.
Sementara itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya akan membantu membina rumah baharu di tanah milik bapa Megat Noor Asyeqi yang terletak tidak jauh dari kebun getah berkenaan.
Katanya, rumah berkenaan akan dilengkapi bilik tidur, dapur dan bilik air bagi membolehkan keluarga itu hidup selesa dan anak Megat Noor dapat terus belajar.
Menangis tengok kesusahan 6 beranak
Sementara itu, dalam perkongsian terbaru di Facebook Ebit Lew, beliau kembali semula memulakan kerja amalnya membantu insan memerlukan. Beliau turut berkongsikan kisah keluarga ini yang cukup buatkan hatinya sebak.
Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Naik hilux atau jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.
Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Tapi tuler mesti lambat lagikan ustaz. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua.
Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.
Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.
Bagaimanapun difahamkan keluarga ini terpaksa menolak permintaan Ustaz Ebit untuk berpindah ke pekan Baling kerana jauh dari kebun getahnya untuk menoreh.
Alhamdulillah hasil dari kerjasama semua pihak, keluarga ini bakal menerima rumah yang lebih selesa bagi menjamin keselamatan ahli keluarga dan keselesaan anak-anak.
Di bulan yang mulia ini sudah semestinya semua berlumba-lumba untuk melakukan amalan ibadah namun ruang waktu yang begitu terhad disebabkan menguruskan rumah tangga dan anak-anak membuatkan ibadah seorang ibu menjadi terbatas.
Perkongsian sekeping gambar viral oleh Akhi Fairuz Al- Jengkawi dan perkongsian saudara Muhammad Hassan ini perlu diselami para suami.
Kita buat semampu mungkin kerana segala kerja yang kita lakukan juga ibadah. Jadi tidak perlu merasa kecewa tidak dapat berada di sejadah lama atau membaca al-Quran bermuka surat. Suami juga perlu sama membantu. Jangan buat tak endah. Bantulah isteri sebanyak mungkin.
Ibadat infirodi ini penting. Namun kena tengok keadaan, pandang kiri kanan. Sebagai suami yang inginkan ibadah yang sempurna:
1. Jika isteri sedang memasak dan kita nak solat sunat tanya isteri. Awak nak saya bantu apa-apa tak? Saya nak solat 2 rakaat sekejap. Jika isteri kata abang main dengan anak jap saya nak masak. Maka suami utamakan anak-anak.
2. Jika anak-anak berbelit ajak Mak mereka main, suami tutup Mushaf Al Quran dan main dengan anak-anak. Atau bawa anak-anak keluar sekejap mungkin isteri nak rehat atau nak siapkan juadah berbuka.
3. Apabila isteri hidangkan makanan, suami kena terus ucap terima kasih sayang, kucup dahi dan tangan isteri dan doa. “Ya Allah moga asbab kebaikan isteriku masak untukku dan anak-anak, maka Ya Allah terimalah ibadat isteriku ini dan gantikan kebaikan ini dengan syurga buatnya”.
4. Ringankan tulang untuk kemas atau basuh segala pinggan mangkuk setelah makan. Inilah paling berat buat suami, namun ketahuilah senangkan hati isteri seperti kita senangkan hati ibu kita. Senangkan hati isteri kita senangkan hati ibu kepada anak-anak kita.
Demi Allah. Nilai Setitik susu yang anak kita minum dari badan isteri sampai khiamat tidak akan mampu kita balas.
Isteri sapu halaman rumah itu pun dikira ibadat. Ibadat tidak semestikan solat, zikir, baca Al Quran sahaja. Jom bahagia.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau zaman dahulu, mak-mak tak kisah anak bermain kotor dan bermain pasir dan tanpa sedar, bermain menggunakan pasir boleh membantu dari sudut perkembangan bahasa dan sosial kanak-kanak. Mereka boleh berangan ketika bermain pasir selain cuba untuk tahu pelbagai perkara baru dan ia membantu mereka untuk lebih banyak berfikir dan bercakap.
Kelebihan anak-anak bermain pasir:
1. Perkembangan bahasa
Menambah kosa kata anak-anak semasa bermain. Mereka lebih mudah menerima kerana praktikal depan mata. Lebih mudah menjelaskan apa itu kasar dan lembut sewaktu bermain pasir daripada hanya sekadar menerangkannya, kan?
Contoh lain : Masukkan pasir ke DALAM bekas.
2. Perkembangan skil motor halus
+ koordinasi mata dan tangan, fokus ketika masukkan pasir ke dalam sesuatu bekas.
+ Mengasah skil pergerakan jemari halus : Menggenggam, menggempal, mengurai dan lain-lain. Ini membantu untuk aktiviti lain yang banyak menggunakan jemari halus.
3. Perkembangan motor kasar
Merangkak, berlari, melompat, mengangkat, melempar, dan meniti.
4. Perkembangan kognitif
Selain membentuk istana pasir, anak-anak juga boleh diajar membentuk huruf, nombor, membina perkataan dan sebagainya.
Jelas bermain pasir dapat menjadikan anak lebih cergas dan bijak.
5. Perkembangan sosial emosi
Apabila anak bermain dengan adik-beradik yang lain atau dengan rakan sebaya mereka. Kita dapat lihat bagaimana anak-anak bekerjasama antara satu sama lain, meluahkan perasaan semasa bermain, bertolak ansur.
Secara tidak langsung membina nilai murni dan mengajar anak memahami perasaan orang lain.
Keseronokan semasa bermain, gembira dan gelak ketawa membina emosi positif anak-anak. Mereka bebas explore dunia bermain dan melakukan eksperimen sendiri.
Sehingga anak-anak dapat mengembangkan pencapaian diri, keyakinan lebih tinggi, berani membuat keputusan, dan meningkatkan rasa ingin tahu.
6. Perkembangan aktiviti
+ Meningkatkan daya tumpuan dan fokus.
Membina bangunan istana pasir bertingkat-tingkat, menghubungkan bongkah-bongkah pasir yang telah dibentuk supaya tidak jatuh.
+ Menajamkan daya imiginasi dan kemahiran berfirir.
Contoh : Berfikir desain terbaik untuk istana pasir sendiri.