Setelah melalui proses kelahiran dan berpantang, seorang ibu akan menempuhi pelbagai  cabaran disamping menguruskan bayi. Bantuan dan keprihatinan daripada suami akan amat menolong dalam proses pemulihan ini.

Jururawat Bel Nawhen berkongsi info mengenai apa yang boleh suami lakukan selepas seorang ibu melahirkan. Memang tidak dinafikan para suami memang ingin membantu cuma tidak tahu apa perlu dilakukan. Ini adalah antara pertolongan yang boleh diberikan. Berikut ialah perkongsian beliau;

Suami, bila isteri sudah melahirkan, apa boleh buat untuk ringankan beban isteri?

  1. AMBIL TAHU PASAL EPISIOTOMY WOUND/ LSCS WOUND ISTERI.

Tolonglah cucikan luka mereka sikit. Dari situ awak akan tahu berharganya parut mereka demi melahirkan zuriat tercinta anda.

Pastikan isteri cuci luka betul-betul untuk elak jangkitan dari berlaku.

Belajar juga kenalpasti luka macam mana sudah di jangkiti kuman contoh isteri tiba-tiba demam, luka dia tak sembuh-sembuh, berbau tak menyenangkan, ada nanah segala. Bawa isteri jumpa doktor segera.

 

2. AMBIL TAHU TENTANG JENIS DARAH NIFAS ISTERI.

– Anda perlu tahu, ada beberapa jenis darah nifas isteri dan jika darah nifas isteri berbau kurang menyenangkan, darah yang keluar kelihatan segar, memenuhi lebih dari 1 pad sehari, bawa isteri ke hospital segera.

Kenali Jenis Nifas, Luka Bersalin, Pemakanan & Hadkan Pelawat. 9 Tugas Ini Suami Perlu Buat Bila Isteri Berpantang

PERLU TAHU JENIS DARAH NIFAS

Kalau para suami nak tahu, darah nifas (lokia) ada 3 jenis:

1. Rubra
Hari pertama sehingga hari 4.
Berwarna merah terang

IKLAN

2. Serosa 
Hari ke 5 sehingga 14.
Berwarna merah gelap.
Amaun semakin sedikit

3. Alba 
Hari ke 15 keatas.
Kadangkala keluar spotting.
Amaun yang sedikit atau minimal

Kenali Jenis Nifas, Luka Bersalin, Pemakanan & Hadkan Pelawat. 9 Tugas Ini Suami Perlu Buat Bila Isteri Berpantang

6 TUGAS SUAMI SELEPAS ISTERI BERSALIN

Para suami boleh melakukan pelbagai perkara dalam tempoh ini. 6 pekara utama ini perlu diberikan perhatian iaitu;

1. Sediakan pemakanan seimbang yg tinggi dengan protein untuk galakkan penyembuhan luka. Makanan tinggi vitamin C untuk bantu tingkatkan imuniti badan isteri

2. Sentiasa ingatkan isteri untuk kerap tukar pad setiap 3 jam sekali walaupun pad tak penuh.

– Sambil tu, bantu jaga bayi sebentar sementara isteri tengah menukar pad dan membersihkan diri. Ada sesetengah ibu ni jadi malas nak tukar pad pasal tidak ada sesiapa tengokkan bayi masa dia ke tandas.

3. Ambil tahu tentang penyusuan susu ibu

IKLAN

Bantu isteri dalam perlekapan yang baik supaya isteri tak sakit dan anak dapat susu yang berkualiti bukannya hisap angin sahaja.

– Jika isteri ada simpan susu dalam fridge, tolonglah suamkan susu dan bagi pada anak dan kasi chance isteri berehat jap.

– Kenal pasti keadaan isteri yang alami breast engorgement. Sakit woi. Jadi tolonglah demahkan sikit payudara yang membengkak tu.

Kenali Jenis Nifas, Luka Bersalin, Pemakanan & Hadkan Pelawat. 9 Tugas Ini Suami Perlu Buat Bila Isteri Berpantang

4. Tempoh berpantang isteri

– Berpantang bukan takat pantang bersama, tapi proses isteri sembuh emosi dan fizikal. Jadi, suami kena tahu bila masa sesuai nak bagi isteri beristirehat dan suami tolong urus anak-anak.

– Pastikan makanan yang diambil oleh isteri adalah makanan berkhasiat bukannya disukat-sukat. Kalau disukat, isteri sembelit, isteri stress, rehat tak cukup, emosi tak stabil, luka lambat sembuh.

5. Temu janji

IKLAN

Bila nurse datang rumah, bagi kerjasama. Bukan hunus parang bila ada nurses datang melawat rumah untuk lakukan pemeriksaan ke atas isteri dan bayi.

– Siapkan isteri dan anak-anak bila nurse nak melawat. Jadi isteri kurang segan sikit.

Jika perlu bawa isteri temujanji klinik, ambil tahu tarikhnya. Jika tak mahu teman dalam klinik, hantar depan pintu pun oklah.

6. Lain-lain

Hadkan orang yang boleh melawat dan peluk cium anak anda. Nanti yang selsema dan batuk tu tibai cium anak anda, anak pula berjangkit.

Jangan bagi orang melawat malam-malam buta. Bagi masa anak dan isteri berehat. Mereka bukan bahan pameran.

Siapkan mandian isteri setiap pagi jika tidak ada air pancuran.

Belajar juga cara tukar lampin anak anda. Bukan susah pun.

Boleh belajar mandikan bayi. Kasihanlah isteri dengan luka pembedahan dan episiotomi perlu duduk mencangkung atau atas bangku tertunduk-tunduk mandikan bayi anda sambil tahan sakit.

Bila anda bantu isteri waktu begini, isteri kurang stress dan kurang beremosi. Kalau ibu pertama kali lagilah tak berapa pandai urus anak. Kerjasama suami dapat meringankan sedikit perasaan si isteri.

Notakaki:
Sayang isteri bukan sekadar cukup bermain kata-kata tapi juga meringankan tulang menguruskan rumahtangga.

Sumber: Bel Nawhen

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI